10 Tempat Makan Menarik Di Penang
Assalamualaikum wbt,
10 Tempat Makan Menarik Di Penang | Apabila berkunjung ke Penang, anda tidak perlu risau untuk memikirkan makanan dan tempat makan menarik di Pulau Pinang. Untuk pengetahuan anda semua, Penang digelarkan 'Syurga Makanan' kerana di Pulau Pinang ke mana saja anda pergi pasti menemui tempat makan yang sedap dan menarik.
Pulau Pinang juga digelar satu bandar paling meriah dengan makanan yang sedap oleh media antarabangsa iaitu Forbes, TheCultureTrip serta Thrillist. Selain itu juga, Penang pernah terpilih sebagai "Best Foodie Destionation" oleh Lonely Planet pada tahun 2014. Woww, suatu pencapaian yang membanggakan sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah menjadi pelajar di negeri Pulau Pinang ini
Baca : 10 Makanan Wajib Cuba Di PenangDi sinilah anda dapat menemui dan mencuba pelbagai jenis makanan yang sedap dan menarik. Jom teruskan pembacaan anda tentang 10 tempat makan menarik di penang
10 Tempat Makan Menarik Di Penang1. Hameediyah Restaurant (Beriani)
Image - maisinggah.comJika anda ingin mencuba nasi beriani mamak, di sinilah tempat yang anda wajib cuba. Ini adalah restoran paling meletop yang boleh anda cuba, kerana pelbagai jenis lauk dari ayam hingga kambing boleh anda dapati di Restoran Hameediyah ini. Menu yang menarik serta rasa yang sedap pasti mengundang memori kepada anda untuk kembali berkunjung ke Penang
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (10.00 am – 10.00 pm) | Jumaat (10.00 am – 12.30 pm, 3.00 pm – 10.00 pm)Lokasi :
164 Lebuh Campbell, Georgetown, Penang 10100 George Town, Malaysia
2. Restoran Adam Char Koey Teow
Jika anda sudah sampai ke Penang, tidak lengkap rasanya kalau tidak mencuba Char Koey Teow Adam ini. Dikatakan Char Koey Teow ini adalah antara char koey teow paling sedap di Penang. Lihat sahajalah udang memenuhi pinggan anda. Sekali makan, pasti puas hati
Restoran Char Koey Teow Adam ini dulu hanya beroperasi digerai sahaja, kini sudah mempunyai restoran sendiri dan pelanggan memenuhi setiap ruang kedai.
Waktu operasi : Setiap hari (6.30 petang - 3.00 pagi)Lokasi :
No. P1, Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
3. Restoran Laksa Janggus
Jika anda berkunjung ke Penang, jangan lupa untuk singgah makan di Restoran Laksa Janggus. Laksa yang istimewa tiada di tempat lain, hanya di Penang. Kenapa digelar laksa janggus? Ini kerana kedai laksa janggus ini dikelilingi oleh pokok janggus.
Laksa janggus boleh di makan bersama dengan air batu campur ABC yang sedap dan pasti menyejukkan tekak anda diwaktu panas.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (3.30 pm – 8.00 pm) | Rabu (Tutup)Lokasi :
338 MK, Jalan Bharu, Kampung Perlis, 11000, Penang
4. Nasi Kandar Deen Maju
Penang cukup sinonim dengan nasi kandarnya. Percutian anda pasti tidak sah, jika tidak mencuba dan beratur untuk mendapatkan makanan ini. Lihat sahajalah keadaannya, barisan yang panjang dan menarik-narik pengunjung untuk mencuba juga.
Nasi kandar biasanya dimakan bersama beberapa jenis lauk dan kuah, jika lebih banyak kuah, lebih kandaq laa orang kata. Lauk pauk yang disediakan juga adalah pelbagai dan anda boleh memilih lauk mana yang anda inginkan. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan kari yang ditawarkan seperti kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam dan banyak lagi.
Istimewanya lauk dikedai nasi kandar Deen Maju ini adalah kerana ayam goreng berempahnya. Untuk pengetahuan anda, ayam goreng berempat yang sedap ini diperap dengan 15 jenis rempat yang berbeza selama 8 jam. Woww, memang terbaik, korang boleh rasa kepaduan ayam tersebut. Sebab itulah pelanggan sanggup beratur panjang.
Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.00 pmLokasi :
170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
5. Astaka Padang Brown
Jika anda biasa mendengar makanan paling popular iaitu Pasembur, dimana lagi kalau tidak di Astaka Padang Brown atau medan selera Padang Brown. Terletak tidak jauh dari Stadium Bandaraya Penang, medan selera ini menawarkan pelbagai jenis hidangan dan menu yang berbeza.
Selain pasembur, menu lain yang terdapat di Astaka Padang Brown adalah mee rebus, sate, kerang bakar, sup kambing, kuey teow, aneka makanan barat dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda juga, di sini turut menyediakan coconut shake.
Waktu Operasi: 10.00 am – 12.00 amLokasi :
Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang
6. Roti Canai Transfer Road
Pernah tak anda lihat video Alif Satar ronda-ronda ke Penang. Saah satu tempat yang dia tunjuk adalah roti canai transfer road. Menariknya menu roti canai ini korang boleh makan bersama kuah banjir serta telur gedik.
Selain daripada itu, anda juga boleh bersarapan dengan roti bakar bersama telur gedik. Woww, sangat menarik kan? Jadi, bila anda berkunjung ke Penang jangan lupa untuk mencuba makanan di kedai ini
Jika ke sini, anda perlulah datang awal supaya dapat meja dan tidak kecewa.
Waktu Operasi: Setiap Pagi (7.00 am – 11.00 am)Lokasi :
114, 110, Jalan Transfer, 10050 George Town, Pulau Pinang
7. Nasi Kandar Kampung Melayu
Apabila berkunjung ke Pulau Pinang, anda wajib singgah ke kedai nasi kandar kampung melayu ini. Terletak di deretan kedai flat kos rendah kampung melayu ini menyediakan 700 hingga 1000 pinggan sehari.
Istimewa nasi kandar kampung melayu ini menyediakan kuah kari yang disediakan menggunakan bawang dan rempah kari giling yang banyak. Jika anda mencuba, pasti kerinduan menggamit anda semula untuk datang ke sini.
Nasi kandar kampung melayu ini boleh dijamah dengan pilihan 15 lauk pauk dan kuah kari yang pelbagai, antaranya adalah kari kepala ikan, kari ayam, ayam ros, rendang daging dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.15 am – 1.30 pm)Lokasi :
A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
8. Kari Kepala Ikan Pen Mutiara
Restoran Pen Mutiara terletak 10 minit perjalanan dari lapangan terbang Penang. Ia merupakan sebuah restoran terkenal dengan kari kepala ikan.
Restoran Pen Mutiara ini lebih eksklusif kerana dilengkapi dengan penghawa dingin yang mana sesuai untuk nikmati makanan bersama keluarga. Bagi anda yang ingin mencuba, dinasihatkan untuk datang beramai-ramai atau bersama keluarga kerana kari kepala ikan yang disediakan bersaiz besar dan tidak habis jika di makan sendiri.
Lokasi :
Wisma Nelayan Pelabuhan LKIM Batu Maung, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
9. D'Seafood Paradise
Restoran D'seafood Paradise ini terletak dipersisiran pantai, konsep terbuka memberi satu pengalaman yang menjanjikan pemandangan yang memukau. Di tiup angin bayu pantai membuatkan anda makan tanpa sedar. Betapa seronoknya menikmati makanan di restoran terbuka ini.
Pelbagai jenis makanan laut segar boleh anda dapati di restoran ini dengan gembira. Ini kerana makanan lautnya segar dan berkualiti.
Selain itu juga, anda boleh memilih makanan laut yang segar di satu sudut kedai ini samada anda ingin makan sotong, ketam, udang dan sebagainya. Pilih sahaja mana satu yang anda mahu dan jenis masakan bagaimana yang anda inginkan, semuanya boleh disediakan.
Tempat ini mommy memang suka kerana ia fresh dan terbuka.
Waktu Operasi: 12.00 pm – 1.00 amLokasi :
Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang
10. Sani Char Koey Teow
Selain roti canai dan nasi kandar, anda boleh mencuba Char Koey Teow Sani apabila berkunjung ke Penang. Char Koew Teow Sani ini popular dikalangan pengunjung kerana mempunyai saiz hidangan yang besar.
Yang menariknya Char Koew Teow Sani ini kerana kuahnya yang pekat dan rasanya yang enak menjadi penambah selera bila berkunjung ke sini. Di dalam sepinggan hidangan char koew teow ini mempunyai udang, kerang dan telur menjadikan rasanya sungguh sedap dan memikat.
Selain char koey teow, terdapat juga menu lain iaitu nasi lemak dan nasi goreng ayam.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 pm – 3.00 am) | Selasa (Tutup)Lokasi :
Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Jika ke Penang pasti anda teruja untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Kini, anda tidak perlu risau jika merancang untuk bercuti ke Penang kerana anda boleh makan walau dimana sahaja dengan menggunakan khidmat Food Delivery Penang di apps FoodPanda Malaysia Delivery. Hebat bukan?
Ye betul, semudah ABC anda cuma perlu install di mobile phone dan aktifkan applikasi FoodPanda Malaysia Delivery dan pilih mana-mana makanan yang mommy recommended kepada anda 10 menu terbaik dibawah yang mesti anda cuba. Setiap pilihan anda nanti akan di hantar oleh Food Delivery Penang. Mudah ke mudah?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.vitaminwawa.com/2020/07/10-tempat-makan-menarik-di-penang.html