Som tam merupakan salah satu menu makanan yang cukup saya suka. Tapi, tidak semua orang boleh buat som tam dengan bagus dan sedap. Jadi untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan dengan korang sebuah gerai yang menyajikan som tam yang sangat sedap dan kena sengan selera saya. Ramai yang recommand pada saya untuk ke Dee Somtam yang berada di Jalan Sekolah Kebangsaan Cina, Rantau Panjang. Kalau korang berada di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, bolehlah berkunjung ke Gerai Dee Somtam untuk menjamu selera . Kat sini korang boleh menikmati pelbagai jenis somtam yang semuanya sedap-sedap dan murah.
Som Tam Betik ; RM4
Som Tam Jagung Seafood; RM8Somtam jagung ni ada dua jenis tau. Korang boleh pilih yang seafood atau telur masin. Kami pilih yang seafood je dan rasa dia memang sangat memuaskan. Nest time boleh la oder som tam telur masin pulak.Menu Kerabu di Restoran Dee Somtam Rantau PanjangSelain dari pilihan pelbagai jenis som tam, mereka juga ada menawarkan pelbagai jenis menu yam atau kerabu.
Kerabu Maggi; RM5Memandangkan saya ni penggemar kerabu maggi, jadi menu ni mestilah kena oder jugak. Boleh tahan kaw jugak kerabu maggi dia. Boleh di oder kalau datang ke sini.
Daging Bakar; RM8
Ayam Bakar; RM2/RM2.50
Mee CelupDee Somtam tak ada jual Mee Celup tau. Mee Celup ni kami oder dari kedai yang berada bertentangan dengan kedai Dee Somtam di sebelah jalan. Dah oder boleh je korang makan di sini sambil layan som tam dan makanan lain yang korang oder di Dee Somtam
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |