Inilah Cara Sebenar Untuk Buat Nasi Lemak Tradisional Dan Sambal Tumis Azie Kitchen Yang Sedap


Inilah Cara Sebenar Untuk Buat Nasi Lemak Tradisional Dan Sambal Tumis Azie Kitchen Yang Sedap. Memasak sambal tumis yang sedap tidaklah susah tetapi perlu tahu teknik menyediakan sambal yang betul. Saya belajar memasak dari keluarga, dari kawan kawan dari masa ke semasa. Saya masih ingat tips yang saya pelajari untuk menghasilkan sambal yang berwarna merah cantik dan berkilat dari arwah Kak Ena, ketika saya baru bekerja.
Bayangkan telah lebih 30 tahun. Untuk menghasilkan masakan yang sedap memerlukan latihan dan latihan. Tidak cukup sekadar menpunyai pengetahuan semata. Sejak itu, saya memang mengamalkannya. Kemudian saya belajar pula dari sepupu saya cikgu Wan Faizah setelah merasai sambal tumis ikan bilis beliau yang sangat sedap. Lama lama, saya mengubahsuai bahan bahan mengikut citarasa sendiri sehingga akhirnya menjadi sambal yang dimasak secara rutin.
Nasi lemak yang sedap bergantung kepada sambalnya. Sambal yang disediakan hari itu, memang tidak mencukupi kerana masing masing menambah nambah. Nelly yang kebetulan ada di rumah bertanya kalau Sambal Tumis Ikan Bilis yang disediakan Nana hari itu menggunakan resepi Azie Kitchen. Katanya lagi, “Adik hanya suka sambal tumis menggunakan resepi Mama jer”. Hahaha seronok mendengar anak anak suka dengan masakan kita kan. Saya jarang meletak belacan kerana anak anak allegik dengan belacan. Tapi lebih sedap jika ditambah belacan.
Menyentuh sedikit mengenai nasi lemak pula. Banyak cara menyediakan nasi lemak semua bergantung kepada citarasa masing masing. Namun saya sentiasa cuba mencari cara cara baru untuk memperbaiki hasil masakan nasi lemak saya.
Ini saya belajar dari Kak Fatimah. Kak Fatimah selalu menyediakan nasi lemak kalau ada majlis makan makan di surau Ad Dhuha. Kata beliau, orang berniaga tak akan guna santan yang banyak untuk memasak nasi lemak, jadi santan diletak di akhir sekali. Lagi pulak, santan bila dimasak lama akan bertukar menjadi minyak. Kita mahukan nasi yang berlemak bukan nasi berminyak. Selain itu, masukkan halia juga di akhir. Itulah petua yang dikongsi dan memang sangat harum. Malahan setiap kali periuk dibuka, terbau wangi dan harum nasi lemak satu dapur.
Jom layan resepi sambal tumis versi Azie Kitchen. Saya sekarang bila menyediakan sambal tumis, memang ikut angin. Kalau rasa nak letak halia, saya letak. Di kebanyakan masa, saya tak letak terutama bila tiada stok.
Cara cara: Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah garing.
Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.
Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis. Nota: warna sambal lebih cantik jika menggunakan asam keping.
Kacau rata sehingga sambal masak dan mesra. Nota:
Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya. Ikan bilis boleh digoreng sehingga layu, jika suka. Nasi Lemak Sedap Dan Tahan Lama.
Bahan bahan;
Beras – basuh dan tos
1-2 helai daun pandan – carik dan simpul
Sedikit garam
1 – 2 inci halia – hiris kasar
1 cawan santan pekat/1 kotak santan kotak
Cara cara: Masak nasi dengan air secukupnya, iaitu bergantung kepada jenis beras masing masing. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.
Masukkan garam dan juga daun pandan yang dicarik. Mesti dicarik bagi menambah aroma daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan.
The post Inilah Cara Sebenar Untuk Buat Nasi Lemak Tradisional Dan Sambal Tumis Azie Kitchen Yang Sedap appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/inilah-cara-sebenar-untuk-buat-nasi-lemak-tradisional-dan-sambal-tumis-azie-kitchen-yang-sedap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Bagi Sambal Nasi Lemak Makin Sedap Mengan Cam Waktu Nak Kisar Bawang Tu Letaklah Bahan Ini Rileks Media

Nak Bagi Sambal Nasi Lemak Makin Sedap Mengan Cam Waktu Nak Kisar Bawang Tu Letaklah Bahan Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 608 hits
Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia Namun adakah semua rakyat Malaysia tahu cara penyediaan nasi lemak Sekiranya anda sedang mencari resepi tradisi turun temurun nasi lemak anda berada di tempat yang betul Ikut cara memasak ...
Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng Menu Ala Carte Paling Sempoi Sedap

Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng Menu Ala Carte Paling Sempoi Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 843 hits
Orang Malaysia memang sinonim dengan Nasi Goreng sebab itulah pelbagai menu nasi goreng yang sedap dan sesuai dengan selera tempatan tercipta Sangat mudah disediakan dan sedap campak campak dan goreng kurang dari lima minat siap Tak percaya...
Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Azie Kitchen

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 893 hits
Sebelum masuk bab resepi jom kita cerita cerita dulu Sejak kecil saya sangat adore melihat gadis gadis dan wanita yang cantik Saya dah ada beauty conscious seawal saya di darjah 6 lagi Saya melihat ramai rakan rakan sekolah yang putih melep...
Produk Jenama Azie Kitchen Dan Masak Lemak Daging Salai

Produk Jenama Azie Kitchen Dan Masak Lemak Daging Salai

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 682 hits
Saya telah memperkenalkan beberapa produk keluaran By Azie Kitchen dalam Instgaram saya Motivasi utama saya mengeluarkan produk makanan berskala kecil ini ialah memperkenalkan jenama Azie Kitchen untuk produk makanan yang exclusive dan home...
Cara Buat Bubur Merah Putih Tradisional Yang Sedap

Cara Buat Bubur Merah Putih Tradisional Yang Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 5242 hits
Cara Buat Bubur Merah Putih Yang Sedap Dah lama tak buat bubur merah Ditengahnya ada sejemput bubur putih Lemak manis dan harum pandan memang membuka selera Last saya makan bubur merah putih ni mungkin 10 tahun yang lalu Itu pun waktu anak ...
Jom Cuba 7 Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Lebih Padu Rasanya

Jom Cuba 7 Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Lebih Padu Rasanya

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 701 hits
Semestinya sambal tumis adalah salah satu jenis lauk yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia Walaupun kedengaran mudah bukan semua orang dapat menghasilkan sambal tumis yang lazat dan mengancam lebih lebih lagi pada percubaan pertama Tapi...
Ayam Geprek Sambal Bawang Resep Dan Cara Membuatnya

Ayam Geprek Sambal Bawang Resep Dan Cara Membuatnya

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 2376 hits
Ayam Geprek Sambal Bawang Resep dan Cara Membuatnya kali ini admin Jagat Resep informasikan untuk anda dimana Resep Ayam Geprek banyak dicari karena hidangan ini menjadi menu populer beberapa Klik pada judul untuk selengkapnya
Selain Goreng Sambal Ini 10 Resipi Tauhu Yang Sedap Korang Boleh Cuba

Selain Goreng Sambal Ini 10 Resipi Tauhu Yang Sedap Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 746 hits
Tauhu sumber protien yang murah dan sedap untuk itu apa kata korang pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga Selain murah cara memasaknya juga ringkas dan senang Malah rasanya juga tidak pernah mengecewakan ...
Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat

Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 425 hits
Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat Salam semua salam Jumaat yang barakah bila sebut sayur masak lemak ni rasa semua orang boleh buat kan pejam mata pun boleh hii semudah ABC Sayur masak lemak sinonim dah de...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Dhuha Itu Rahsiaku Rezeki Itu Hadiah Untukmu Doa Isteri Jadi Pintu Rezeki Suami

Tiada Haid Walaupun Sudah Ambil Ubat Turun Haid

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti