Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Azie Kitchen




Sebelum masuk bab resepi, jom kita cerita cerita dulu. Sejak kecil saya sangat adore melihat gadis gadis dan wanita yang cantik. Saya dah ada beauty conscious seawal saya di darjah 6 lagi. Saya melihat ramai rakan rakan sekolah yang putih melepak dan cantik cantik. 
Ianya menyebabkan saya sentiasa merasa rendah diri bila melihat kawan kawan yang menpunyai kulit muka yang gebu dan halus mulus. Sedang kulit muka saya menpunyai freckles atau dipanggil sebagai jeragat. Ketika di tingkatan satu saya pernah membuat pembelian online ubat untuk jeragat berdasarkan iklan di majalah. 
Banyak lagi kekurangan fizikal diri yang saya amat sedari. Sehingga kini, saya terpegun bila melihat ramai anak anak gadis yang cantik cantik. Bukan sahaja berwajah cantik tetapi juga tubuh badan yang langsing dan ramping. Dalam hati sentiasa berkata betapa beruntungnya mereka, tanpa perlu menjaga muka pun, sebiji jerawat pun tidak singgah.  Hahaha cukuplah setakat ini dahulu. Sekarang kita pindah pula ke bab masakan.
Bila musim perayaan, Rendang samada daging atau ayam adalah antara menu yang wajib ada di rumah rumah dan juga majlis rumah terbuka. Rasa tak lengkap tanpa rendang yang dicicah dengan ketupat atau rendang. 
Sebelum ini viral di facebook pasal rendang saya yang dinamakan rendang Perak kerana kononnya tak sama dengan resepi nenek moyang mereka di Perak. Memasak adalah satu perkara seni. Kita perlu memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Baru lah apa yang dimasak akan menjadi sedap. 
Memasak juga perlukan kreativiti terutama mereka yang tidak menpunyai banyak masa. Saya hanya memasak selepas balik pejabat atau hanya pada hari minggu. Jadi saya banyak memasak mengikut gerak hati bagi menjimatkan masa di dapur tanpa kompromi dari segi keenakannya. 

Memang rendang asli tidak ditumis tapi tak salah jika saya mahu menumis. Kerana dengan menumis rendang menjadi tahan lama dan masa memasak juga dijimatkan. Begitu juga, tidak salah untuk membuat perubahan yang menghasilkan lauk pauk yang lebih sedap seperti ayam dimasukkan selepas bahan tumis garing dan dikecutkan dulu atau ayam dicelur supaya rendang tahan lebih lama. 

Resepi saya belajar dari keluarga mertua, bahan dihiris dan ada yang dikisar kemudian dimasukkan semua sekali ke dalam kuali dan dimasak dengan api sederhana. Tapi saya perhatikan, bila petang rendang dah mula lain. Ayam pun hancur sebab kesan dikacau. 

Jadi bagi mereka yang setia dengan rendang asli nenek moyang, jangan nak mengecam orang yang membuat perubahan. Anda sendiri tak memerah santan kelapa. Tapi mungkin membeli santan siap diperah yang mungkin bercampur tepung atau hanya menggunakan santan kotak sahaja. Itu pun kiranya dah tak lagi asli. 

Saya wanita berkerjaya, masa saya terhad. Saya tidak boleh terlalu lama di dapur kerana saya perlu masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri samada untuk mengaji, membaca buku dsb. Begitu juga cara asli membuat kerisik ialah dengan menggoreng kelapa parut tanpa minyak. Kalau guna kerisik segera, itu dah tak asli. Zaman nenek moyang tak ada kerisik segera kan. Tapi dari menghabiskan masa 30 minit menggoreng kelapa, kita boleh bakar kelapa parut di dalam oven sahaja. Atau jika tak ada masa, guna jer kerisik segera. 
Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang saya telah memasak berkali kali, boleh klik di SINI. Kali ini saya lebihkan bawang yang dihiris kerana mahukan ayam yang banyak serdaknya supaya sedap dicicah dengan pulut kuning atau lemang. Saya juga sukakan rasa daun kunyit yang ditabur sebelum rendang diangkat dari dapur. Sedikit boleh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. 
Jom layan resepi rendang ayam yang mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya makan mengulang berkali kali. Untuk resepi pulut kuning, boleh klik di SINI.

Rendang Ayam Mudah dan Sedap Oleh: Azie Kitchen 
Bahan-bahan:1 1/2 ekor ayam - potong 122 kotak santan kotak - saiz kecil2 sudu besar kerisik - buat sendiriMinyak untuk menumis1 sudu besar garam atau secukup rasa1/4 keping gula Melaka1 sudu besar gula1-2 keping asam keping - bergantung saizSerbuk perasa 

Bahan hiris:
10 - 12 ulas bawang merah 8 ulas bawang putih 2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus

Bahan kisar:2 senduk cili kering kisar - boleh tambah ikut pedas disukai4 tangkai cili padi, jika suka pedas - opsyenal2 - 2 1/2 biji bawang besar2 inci kunyit hidup6 batang serai2 inci halia2 inci lengkuas2 biji buah keras 
Cara-cara:Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. 


Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru dimasukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api kecil sehingga ayam masak, kuah pekat dan pecah minyak.

Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik dan sedikit serbuk perasa. 

Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus dan bolehlah ditutup api.


Nota:Cara mudah buat kerisik ialah dengan membakar di dalam oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. 

Jika suka, boleh juga dihiris halus halia dan separuh dari serai. Ini adalah cara arwah Bonda mertua saya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/03/rendang-ayam-mudah-dan-sedap-azie.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Cara Sebenar Untuk Buat Nasi Lemak Tradisional Dan Sambal Tumis Azie Kitchen Yang Sedap

Inilah Cara Sebenar Untuk Buat Nasi Lemak Tradisional Dan Sambal Tumis Azie Kitchen Yang Sedap

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 499 hits
Inilah Cara Sebenar Untuk Buat Nasi Lemak Tradisional Dan Sambal Tumis Azie Kitchen Yang Sedap Memasak sambal tumis yang sedap tidaklah susah tetapi perlu tahu teknik menyediakan sambal yang betul Saya belajar memasak dari keluarga dari kaw...
Jus Tembikai Yang Mudah Sedap Dan Menyegarkan Ada Rahsianya

Jus Tembikai Yang Mudah Sedap Dan Menyegarkan Ada Rahsianya

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 599 hits
Jus Tembikai Yang Mudah Sedap Dan Menyegarkan Ada Rahsianya Salam semua sejak cuaca panas macam ni memang tekak nak benda sejuk jer Kita memang jarang nak minum berais melainkan kalau cuaca panas sangat Sebab tu kat rumah tak laku ais hii m...
Cara Mudah Buat Pearl Bubble Yang Penting Sedap Dan Halal

Cara Mudah Buat Pearl Bubble Yang Penting Sedap Dan Halal

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 361 hits
Inilah Cara Mudah Buat Pearl Bubble Homemade Yang Penting Ianya Sedap Sangat Dan Halal
Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 725 hits
Kek batik coklat antara menu yang sering menjadi pilihan orang ramai ketika jamuan Cara yang ringkas dan mudah menarik minat orang ramai untuk mencuba resepi ini Menerusi Masak Apa Hari Ni seorang wanita berkongsi resepi kek batik yang muda...
Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap Berkuah Ini Rahsianya

Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap Berkuah Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 641 hits
Datin Furyna usahanita jelita dan kecil molek ini pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd masih sempat berkongsi resipi Ayam Masak Merah yang dikatakan lain dari kebanyakan menu ayam masak merah yang ada N...
Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat

Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 399 hits
Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat Salam semua salam Jumaat yang barakah bila sebut sayur masak lemak ni rasa semua orang boleh buat kan pejam mata pun boleh hii semudah ABC Sayur masak lemak sinonim dah de...
Produk Jenama Azie Kitchen Dan Masak Lemak Daging Salai

Produk Jenama Azie Kitchen Dan Masak Lemak Daging Salai

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 651 hits
Saya telah memperkenalkan beberapa produk keluaran By Azie Kitchen dalam Instgaram saya Motivasi utama saya mengeluarkan produk makanan berskala kecil ini ialah memperkenalkan jenama Azie Kitchen untuk produk makanan yang exclusive dan home...
Sebuku Roti Pun Tak Cukup Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap Mudah Ini

Sebuku Roti Pun Tak Cukup Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap Mudah Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 363 hits
Bagi yang gemar makan roti mesti bosan bila selalu sangat buat roti sandwich Nak buat roti bakar pun macam dah tak lalu nak telan Sesekali nak juga anda tukar selera Sebelum roti tamat tempoh baik anda buat roti goreng lemak manis ala frenc...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya