Inilah 7 Tabiat Buruk Yang Perlu Anda Buang Supaya Wang Anda Lebih Terjaga


Sejak akhir-akhir ini, ramai antara kita yang mengeluh tentang kos sara hidup yang semakin meningkat. Daripada bahan makanan sehinggalah menggunakan tandas awam, semuanya memakan kos yang makin meningkat saban hari. Namun dilihat ramai antara kita yang masih lagi seronok berbelanja tanpa runsing tetapi pada masa yang sama merungut tentang kos sara hidup yang tinggi.
Malah masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak sedar tentang benda kecil yang dibuat mereka sebenarnya memberi impak yang besar dalam peningkatan kos sara hidup. Jom kita tengok 7 tabiat buruk yang perlu anda buang supaya wang anda lebih terjaga.
#1 – “Umur Tak Panjang, Belanja Je Selagi Ada”
Jika kita ada perangai malas nak rekodkan perbelanjaan, sebenarnya kita boleh dikatakan sebagai gagal dalam pengurusan kewangan. Kenapa? Sebab tanpa rekod, kewangan kita akan jadi kucar-kacir.
Sekiranya anda sudah cukup syarat untuk membayar cukai, rekod keluar masuk wang adalah penting untuk pembayaran cukai. Bukan itu sahaja, ia juga diperlukan untuk membuat pengurangan dan pengecualian cukai seterusnya membawa kepada penjimatan wang.
Sebagai contoh, anda boleh membuat pengecualian cukai sehingga RM3,000 jika memberi wang kepada ibu bapa. Tapi, itu semua perlu direkod barulah boleh dikecualikan. Jadi, langkah terbaik adalah dengan memindahkan wang tersebut ke akaun bank mereka supaya dapat direkodkan. Kalau tak mahu pening dan nak menjimatkan masa, pindahkan terus wang itu secara online menggunakan servis pemindahan segera MEPS.
#2 – “Alah, Kad Kredit Tu Bayar Minimum Je, Bunga Baru 1.5%”-Satu lagi aktiviti yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia, iaitu meminjam. Dan pinjaman wang dari bank yang paling mudah adalah kad kredit. Penggunaan kad kredit memang seronok bagi mereka yang suka berbelanja, swipe sana swipe sini, mudah kan? Rasa macam orang kaya boleh shopping tak ingat dunia.
Dan seperti yang sedia maklum, penggunaan kad kredit yang tidak dikawal adalah satu bencana besar buat anda. Mengikut analisa bank, interest yang dikenakan oleh bank untuk setahun adalah dalam 18% (1.5% interest bulanan x 12 bulan). Ini bermakna pengguna kad kredit secara tidak langsung telah terjebak di dalam permasalahan hutang. Ini adalah kerana rata-rata rakyat Malaysia kebanyakannya akan membuat pembayaran minimum setiap bulan.
Anda perlu faham, setiap kali pembelian menggunakan kad kredit, anda diberikan masa sebanyak 20 hari untuk membuat pembayaran semula. Jika lebih 20 hari, anda akan dikenakan bunga. Bayangkan setiap hutang anda bertambah setiap bulan dan bayaran minimum anda hanya mampu membayar bunga sahaja. Maka jangan hairan kenapa jumlah hutang kad kredit tidak berganjak, malah semakin tinggi.
Untuk mengelak daripada perkara ini berlaku, pastikan anda membayar sepenuhnya jumlah yang telah anda pinjam sebelum ianya dikenakan bunga. Mungkin ada antara anda yang mungkin tidak sempat untuk membayar tunggakan kad kredit kerana mempunyai gaya hidup yang sibuk. Anda boleh menggunakan servis pemindahan segera MEPS untuk membayar tunggakan kad kredit. Servis pemindahan MEPS ini juga boleh digunakan untuk pembayaran balik pembiayaan kewangan kereta atau rumah. Anda juga boleh membayar duit yang dipinjam daripada rakan dengan mudah. Yang paling penting sekali pemindahan wang adalah terjamin selamat dengan paparan butiran penerima sebelum ianya disahkan. Maka, tenanglah jiwa selepas langsaikan hutang.
#3 – “Jom Makan, Aku Belanja Besar Malam Ni, Gaji Dah Masuk”
Tabiat ini sangat popular dalam kalangan masyarakat kita yang gemar meraikan duit gaji masuk di awal bulan. Sedar atau tidak, tabiat ini jugalah antara penyebab ramai orang ‘makan mi segera’ di hujung bulan.
Tak salah nak makan besar sekali-sekala. Tapi, biarlah berpada-pada. Sepatutnya, duit makan besar itu disimpan supaya boleh menjadi aset dikala kita memerlukan wang. Lagipun, apa fungsi bekerja kalau langsung tidak dapat menyimpan?
Salah satu tips yang amat mudah bagi mengelakkan dari berbelanja besar di awal bulan adalah dengan memotong terus sedikit dari wang gaji untuk masuk ke satu akaun bank yang khas untuk simpanan. Gunakan servis pemindahan segera MEPS untuk memindahkan wang dari akaun gaji ke akaun simpanan anda. Servis pemindahan MEPS boleh didapati secara online melalui telefon pintar mahupun dimana-mana ATM seluruh negara. Tidak perlu lagi membazir masa menunggu nombor giliran di bank dan bersusah payah mencari parking.
#4 – “Beli Je Lah, Kalau Tak Elok Kira Bukan Rezeki La”>Dalam zaman yang serba moden dan ringkas ini, membeli barang di kedai bukanlah satu kepentingan lagi. Kini lebih ramai yang gemar untuk membeli barangan secara online. Ini kerana ianya dapat menjimatkan kos perjalanan dan sudah tentu masa. Namun anda haruslah berhati-hati ketika membeli barang secara online.
Adalah lebih baik jika anda membuat kaji selidik tentang barang yang ingin dibeli terlebih dahulu seperti membaca ulasan pengguna dan video review di laman sosial contohnya.
Anda juga perlu membandingkan harga barang yang diinginkan. Hati-hati dengan peniaga yang menipu di Internet. Jika perlu, hubungi terus penjual dan kaji selidik identiti penjual di laman sosial.
Mungkin ada di antara anda yang ragu-ragu dengan pembelian secara online, situasi yang sangat difahami, anda tetap perlu membuat kajian terlebih dahulu dalam menentukan kedai yang paling murah. Bandingkan harga pasaran dan kualiti barang tersebut di Internet sebelum pergi ke kedai untuk membelinya.
#5 – “Yang Penting Paling Murah”Ingat, barang yang murah tidak semestinya satu pembelian yang berbaloi. Ya, anda mahu berjimat, tetapi membeli barang murah bukanlah solusinya. Ini kerana setiap harga barang dinilai daripada kos pembuatan di kilang. Barang yang berkualiti selalunya dijual pada harga yang sedikit mahal kerana menggunakan bahan atau teknologi baru.
Kita ambil contoh mudah, membeli kasut Adidas tiruan berbanding dengan kasut Adidas original yang sedikit mahal. Kebarangkalian kasut Adidas tiruan untuk rosak adalah lebih tinggi jika dipakai setiap hari maka anda terpaksa membeli lagi kasut baru secara berulang-ulang tanpa anda sedari kos membeli sudah melebihi harga kasut original yang mungkin mampu bertahan dengan lebih lama.
Alah membeli menang memakai. Tetapi barang berharga tinggi juga tidak semestinya barang yang bagus dan berkualiti. Kadang-kala harga tinggi disebabkan jenamanya sahaja, jadi anda harus menjadi pembeli yang bijak ketika membuat keputusan sebelum berbelanja. Anda juga perlu peka dengan tawaran dan promosi yang ditawarkan untuk mendapatkan barang berkualiti dengan harga yang lebih rendah.
#6 – “Alah, Setakat Tak Tutup Suis Kipas Je Pun, Apalah Sangat”Antara perkara yang selalu terlepas pandang oleh kita adalah kos elektrik. Ramai yang tidak mengendahkan tentang penjimatan elektrik namun tahukah anda, anda dapat penjimatan sehingga separuh daripada jumlah bil elektrik dan jika anda betul-betul peka dengan penggunaan elektrik di rumah.
Salah satu tabiat yang sering diamalkan oleh kita adalah tidak menutup suis ketika keluar dari rumah. Walaupun langkah seperti ini nampak remeh namun percayalah, menutup suis elektrik merupakan benda penting yang perlu anda ambil perhatian terutamanya penggunaan penghawa dingin jika anda mahu berjimat.
Pendek cerita, untuk elakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup suis daripada plug apabila peralatan elektrik tidak digunakan. Jika anda letak dalam keadaan standby atau sleep mode, tenaga elektrik masih digunakan, jadi lebih baik tutup sahaja. Anda juga disarankan untuk cabut terus soket daripada plug kerana tenaga elektrik masih mengalir walaupun anda tidak membuka suis.
#7 – “Takpe, Aku Pernah Lalu Jalan Ni Sekali”Ini lagi satu perkara yang sering dipandang remeh oleh kebanyakkan orang. Setiap daripada anda sudah tentu memiliki sebuah telefon pintar dan kesemua telefon ketika ini dimuatkan dengan fungsi GPS untuk memudahkan navigasi ketika anda menuju ke sesuatu destinasi.
Dengan menggunakan GPS, anda tidak perlu lagi membazir masa untuk mencuba jalan yang tidak diketahui arah tujunya. Malah anda juga dapat menjimatkan penggunaan minyak kerana fungsi GPS seperti Google Maps dan Waze dapat membantu memilih jalan yang terbaik untuk anda.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/04/inilah-7-tabiat-buruk-yang-perlu-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Simpan Buah Strawberry Supaya Tahan Segar Lebih Lama

Macam Mana Nak Simpan Buah Strawberry Supaya Tahan Segar Lebih Lama

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 543 hits
Macam mana nak simpan buah strawberry supaya tahan segar lebih lama Assalamualaikum wbt Kadang kadang buah buahan yang kita beli mesti cepat rosak atau busuk kan bila kita bawak balik ke rumah Masa dekat kedai memang cantik ranum berkilat j...
13 Tabiat Buruk Yang Kerap Kita Lakukan Ini Boleh Merosakkan Gigi

13 Tabiat Buruk Yang Kerap Kita Lakukan Ini Boleh Merosakkan Gigi

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 658 hits
Gigi sangat penting untuk kesihatan tetapi terdapat banyak perkara yang boleh merosakkan gigi kita Tabiat dan gaya hidup juga mampu memberi kesan kepada gigi Ada beberapa gaya hidup yang jika kerap dilakukan akan membuatkan gigi anda cepat ...
Kbs Saran Terbitkan Lebih Banyak Buku Sukan

Kbs Saran Terbitkan Lebih Banyak Buku Sukan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 374 hits
UALA LUMPUR 4 April Penerbit penerbit buku disaran menerbitkan lebih banyak buku buku berkaitan kajian sukan untuk dikongsi dengan orang ramai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong yang membuat sranan itu mengambil contoh k...
Microsoft Mengumumkan Windows 10 May 2019 Update Bakal Menawarkan Lebih Kawalan Terhadap Kemaskini

Microsoft Mengumumkan Windows 10 May 2019 Update Bakal Menawarkan Lebih Kawalan Terhadap Kemaskini

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 383 hits
Microsoft pada tahun lepas telah memperkenalkan kemaskini Windows 10 terbaru sekitar April Walaubagaimanapun untuk tahun ini Microsoft dilihat memerlukan masa tambahan dan menangguhkannya sekitar sebulan Selari dengannya Microsoft turut tel...
Lebih Dari 13 000 Surat Suara Di Purbalingga Tidak Lolos Sortir

Lebih Dari 13 000 Surat Suara Di Purbalingga Tidak Lolos Sortir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 237 hits
Sebanyak 13 258 surat suara di Purbalingga dinyatakan tidak lolos sortir Rinciannya Surat Suara Presiden dan Wakil Presiden sebanyak 1 262 Surat Suara DPD 3 226 Surat Suara DPR RI 3 477 Surat Suara DPRD Provinsi 2 755 serta Surat Suara DPRD...
Adakah Buat Tempahan Di Laman Web Airbnb Lebih Murah Berbanding Laman Web Lain

Adakah Buat Tempahan Di Laman Web Airbnb Lebih Murah Berbanding Laman Web Lain

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 576 hits
Seronoknya kalau dapat pergi bercuti Tapi sebelum nak pergi bercuti kenalah buat perancangan yang rapi terlebih dahulu Jika anda tak berhati hati kos untuk pergi bercuti boleh jadi sangat mahal No wonder tak ramai orang yang berani nak bawa...
Waze Mempunyai Lebih 6 3 Juta Pengguna Aktif Bulanan Di Malaysia

Waze Mempunyai Lebih 6 3 Juta Pengguna Aktif Bulanan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 291 hits
Waze adalah salah satu pilihan aplikasi navigasi yang digunakan oleh ramai pengguna kenderaan di segenap dunia Aplikasi yang dimiliki Google ini berfungsi memberikan petunjuk arah laluan yang terdekat kepada pengguna serta membantu kenderaa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat