Adakah Buat Tempahan Di Laman Web Airbnb Lebih Murah Berbanding Laman Web Lain
Seronoknya kalau dapat pergi bercuti.
Tapi, sebelum nak pergi bercuti, kenalah buat perancangan yang rapi terlebih dahulu. Jika anda tak berhati-hati, kos untuk pergi bercuti boleh jadi sangat mahal.
No wonder tak ramai orang yang berani nak bawa famili pergi bercuti.
Berbaloi ke tidak kalau nak habiskan RM1,000 – RM3,000 untuk pergi bercuti semata-mata? Sesetengah orang merasakan tindakan seumpama ini langsung tak berbaloi.
Daripada habiskan sampai ribuan ringgit sebab nak pergi berseronok, lebih baik gunakan duit tu untuk buat belanja benda lain. Misalnya, untuk langsaikan hutang, simpan untuk kecemasan dan sebagainya.
Bagi sesetengah orang pula, mereka menganggap perbelanjaan untuk pergi bercuti itu sangat berbaloi. Sebabnya lepas balik bercuti, minda jadi segar dan rasa lebih semangat untuk bekerja.
Perspektif dan pandangan terhadap dunia juga mula berubah apabila mereka pernah melancong ke tempat orang. Dari pengalaman percutian tersebut, kita boleh lihat sebenarnya diluar sana, ada yang tidak begitu bernasib baik kalau nak bandingkan dengan kehidupan di negara sendiri.
Jika ada yang berpeluang mengunjungi negara yang lebih baik dari negara sendiri, ada banyak pula perkara yang boleh dipelajari daripada kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Bercerita mengenai kos pergi bercuti, kita tak dapat lari daripada perlu sediakan belanja untuk perkara-perkara berikut.
(1) Pengangkutan
Jika destinasi percutian yang kita ingin tuju sangat jauh dan memakan masa yang agak lama, kaedah perjalanan yang lebih sesuai biasanya adalah menggunakan kapal terbang.
Saya ada kongsikan beberapa teknik untuk dapatkan tiket kapal terbang murah sebelum ini. Kalau anda masih belum baca, baik baca dulu posting tersebut.
(2) Sewa kereta
Jika sepanjang percutian itu nanti, anda akan melawat banyak tempat, sudah tentu anda akan perlukan pengangkutan untuk ke tempat-tempat tersebut. Selain sewa kereta, anda boleh dapatkan khidmat dari pemandu Uber, Grab atau mungkin pemandu teksi.
Sebaliknya, jika anda tak suka menunggu dan lebih suka memandu sendiri, maka terpaksalah anda menyewa kereta sepanjang percutian tersebut.
(3) Tempat penginapan
Belanja untuk tempat penginapan boleh menjadi perbelanjaan paling besar dan paling MAHAL apabila bercuti. Mujurlah sekarang ini, ada banyak laman web tempahan yang kita boleh gunakan untuk dapatkan tawaran harga yang paling istimewa.
Antara laman web yang saya biasa guna adalah seperti Agoda dan juga Airbnb. Selain itu, laman web Traveloka, Booking.com, Trivago dan banyak lagi juga menyediakan perkhidmatan yang lebih kurang sama.
Persoalannya, adakah kalau buat tempahan melalui Airbnb lebih murah berbanding tempahan melalui lain-lain laman web?
(4) Makanan
Bila pergi ke tempat orang, kalau boleh kita nak juga rasa masakan istimewa yang hanya boleh diperolehi kalau pergi ke tempat tersebut.
Rugilah kalau tak cuba rasa masakan ditempat tersebut, lagipun lepas ini belum tentu lagi kita akan datang lagi ke sana.
(5) Aktiviti
Kalau dalam jadual percutian anda, ada perancangan untuk buat aktiviti tertentu, perkara ini juga perlu diambil kira dalam bajet anda. Misalnya kalau anda nak pergi bercuti ke Sabah, mungkin anda nak rasa pengalaman melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Anda kena siap sedia dengan bayaran untuk sewa peralatan khas untuk buat aktiviti tersebut.
(6) Tiket masuk
Bayaran tiket masuk juga perlu diambil kira. Ada banyak juga tempat-tempat menarik yang mengenakan bayaran untuk tiket.
(7) Shopping
Mungkin nak beli sedikit buah tangan untuk orang tersayang atau sebagai kenang-kenangan.
(8) Kecemasan
Macam mana kalau anda jatuh sakit atau ditimpa kemalangan semasa bercuti? Pada masa ni, anda perlu siap sedia dengan duit belanja untuk kos rawatan dan sebagainya. Kita bukannya minta benda ini akan terjadi, cuma kena beringatlah.
(9) Lain-lain belanja
Belanja yang tak dijangka. Mungkin anda beli gula-gula, coklat, aiskrim, beri sedekah dan sebagainya.
Adakah buat tempahan melalui Airbnb lebih murah?
Susah juga nak buat perbandingan antara epal dengan epal.
Saya cuba buat perbandingan antara laman web Agoda dengan Airbnb, sekiranya nak buat tempahan bagi tempat penginapan di Pulau Langkawi.
Resort yang saya pilih untuk dijadikan perbandingan ialah Malibest Resort.
Kalau kita lihat listing yang terdapat di Agoda, ianya tak begitu banyak. Saya tak menemui listing untuk bilik yang mengadap laut, wooden house dan juga treehouse.
Apa yang ada ialah Family Room dan juga superior Queen Bed.
Kalau tengok pada gambar-gambar yang disiarkan di website Agoda, bilik-bilik ni nampaknya seperti bangunan yang macam asrama tu.
Tapi kalau anda mahukan tempat penginapan yang lebih unik, bolehlah tempah Tree House.
Sayangnya Tree House tidak boleh ditempah melalui Agoda semasa saya buat carian. Jika anda ingin buat tempahan, ianya boleh dilakukan melalui laman web rasmi pihak Malibest ataupun tempahlah melalui Airbnb.
Ini adalah harganya jika booking terus melalui website Malibest.
Harganya adalah RM260 untuk penginapan semalaman.
Manakala jika anda ingin buat tempahan melalui Airbnb, harganya adalah seperti dibawah ini.
Jumlah kena bayar adalah RM280 untuk satu malam. Disebabkan ada service fee, jumlah besar yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak RM316.
RM260 vs RM316.
Direct booking di website Malibest vs Harga di Airbnb.
Tunggu dulu.
Kalau booking melalui Airbnb, anda boleh gunakan Travel Credit bernilai RM120 yang anda boleh dapati di laman web ini.
Dengan adanya Travel Credit bernilai RM120, jumlah besar yang baru yang perlu dibayar menjadi RM316 – RM120 = RM196
Kalau sebelum ini jumlahnya ialah RM260 vs RM316
Tapi setelah gunakan Travel Credit, ia menjadi
RM260 vs RM196
Sebenarnya, kalau anda rajin kongsikan Travel Credit ini kepada seberapa ramai yang anda mampu, anda boleh nikmati pengalaman tak perlu bayar sesen pun untuk tempat penginapan. Semuanya ditanggung 100% oleh pihak Airbnb.
Rasa macam susah nak percaya? Saya pernah kongsikan pengalaman saya sebelum ini buat tempahan tanpa perlu bayar apa-apa di Airbnb.
Baca disini: Cara buat tempahan tempat penginapan melalui Airbnb
Saya juga tak tahu, sampai bila Airbnb akan terima Travel Credit sebagai cara pembayaran. Mungkin sampai bila-bila, atau mungkin juga hanya akan bertahan selama setahun dua.
Apa yang saya boleh katakan, selagi mana kemudahan dan keistimewaan tersebut masih ada, gunakan dan manfaatkanlah.
Serius saya katakan, dengan adanya fungsi Travel Credit ini, ia berjaya buatkan tempahan melalui Airbnb lagi murah berbanding tempahan melalui lain-lain website.
The post Adakah buat tempahan di laman web Airbnb lebih murah berbanding laman web lain? appeared first on Xplorasi Destinasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://xplorasidestinasi.com/buat-tempahan-di-laman-web-airbnb-lebih-murah-atau-mahal/