Budi Ds Najib Pasti Tersemat Dalam Hati Setiap Daripada Rakyat Malaysia Tinggal Lagi Nak Akui Atau Tidak
Tentunya bukan nyonya ni seorang sahaja yg mempunyai penghargaan setinggi ini kepada DS Najib di atas jasa, sumbangan, budi yg diberikan selama beliau memimpin negara sebagai Perdana Menteri, yang mana hanya Allah sahaja yg mengetahui... sudah pasti ramai lagi kalangan rakyat yg berkongsi perasaan yg sama seperti yg dirasai oleh nyonya ini...
Cuma lagi, cara nak tunjukkan atau cara nak mengzahirkannya mungkin berbeza... seperti nyonya ini, ada yg berpeluang untuk zahirkan penghargaan kpd DS Najib secara bersemuka... kebanyakan yg tidak berpeluang mungkin memilih untuk zahirkan dalam bentuk sokongan, dalam kertas undi dan di dalam doa masing2...
Malangnya, tak kurang juga di kalangan rakyat yg masih lagi sombong, bongkak dgn nikmat yg telah Allah berikan... sifat ego dan angkuh mereka bukan sahaja menghalang mereka drpd mensyukuri nikmat Allah dgn cara yg sewajarnya, bukan saja telah menjadikan mereka manusia yg tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih, malah lebih teruk lagi, mereka tergamak menggigit dgn rakus dan zalim tangan2 yg telah Allah hantar, yg selama ini telah memberi mereka makan, yg telah mengeluarkan mereka dari lembah kehinaan di mata manusia akibat kemiskinan...
Hari ini, apa yg berlaku di seluruh dunia, dengan datangnya wabak pandemik Covid-19, yg telah merubah norma kehidupan manusia, mengeluarkan manusia samada secara redho atau terpaksa dari kepompong kebiasaan zon selesa kepada sebuah persekitaran baru, terbuka dan pastinya lebih mencabar... ada yg melihat ini sebagai rahmat baru dan tak kurang juga yg terpaksa akur dgn ujian, atau mungkin juga bala bg segelintir manusia...
Orang yg dulunya hidup senang, perniagaan makmur dan untung, nikmat mencurah-curah, hari ini mungkin sudah ramai terkesan, perniagaan tidak selaku dulu, pelanggan yg datang berbelanja tidak lagi semeriah dulu... semuanya menuntut kepada perubahan... tapi segalanya jadi tidak bermakna jika perubahan sikap tidak berlaku, perubhan akhlak tidak berlaku...
[Tulisan di bawah dipetik dari laman Facebook DS Najib Razak]
Saya tidak tahu apa yang pernah saya buat untuknya.
Dengar saja saya ada di sekitar sini jumpa penduduk.
Dia gembira dan mahu jumpa Najib.
Terus dia minta orang bawa jumpa saya.
Maafkan saya.
Sepatutnya saya yang pergi kepada saudari.
Saya tidak tahu apa yang pernah saya buat untuknya, atau berikan kepada mereka.
Tetapi saya menghargai saat ini.
Hari ini saya dapat seorang lagi kawan, seorang lagi kenalan, tambah lagi seorang kroni.
Ya, rakyat kroni saya.
Saya doakan saudari dikurniakan kesihatan baik sentiasa.
Sumber : Najib Razak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaramelayubaru.blogspot.com/2020/08/budi-ds-najib-pasti-tersemat-dalam-hati.html