Dalam Tafsir Hishamuddin Anwar Nak Bentuk Pakatan Baru


CATATAN [Bahagian 2]
PERSOALAN kenapa Hishamuddin Rais tidak akan bersama Anwar tetap akan menjadi tanda tanya dan tidak akan ada jawaban konkrit. Boleh jadi hingga kiamat? Jawaban sebenar ada kepada tuan tubuh, khasnya Hishamuddin. Anwar tidak akan mempersoalkannya. 
Semasa berjumpa dengan Hishamuddin,
bersama sdr Rozali.Kita hanya dapat membaca dan mentafsir daripada gerak, kata-kata yang terdengar dan diberitakan kemudian dipercayai sesetengah orang

Yang jelasnya ketidaksenangan Hishamuddin kepada Anwar yang terserlah daripada kritikan dan sinisme beliau kepada Anwar. Hishamuddin menama dan menggelarkan Anwar sebagai seorang retorik (menggunakan istilah lebong = tipu) dan seorang yang berahi untuk jadi perdana menteri. Banyak lagi istilah dan kata-kata sindiran dan kritikan lain Hishamuddin kepada Anwar. Sila geoogle anda akan menemuinya tanpa ragu atau bercakap dengan kader-kadernya (pengikut Hishamuddin) yang berselerakan. Mereka rata-rata mempunyai tanggapan sama terhadap Anwar seperti mana dianuti Hishamuddin. 
Perjumpaan dan perbualan saya dengan sdr Kamaruzaman Yaacob petang Jumaat itu sepertti dalam catatan pertama dahulu memberi kesempatan kepada saya untuk mengetahui sebab dan musabab kenapa Hishamuddin jengkel dengan Anwar. 
Tidak beri perkenan.Kita sudah maklum yang Hishamuddin tidak akan memberi perkenan kepada Anwar untuk jadi perdana menteri, ia disampaikan lewat beberapa tulisannya. Misalnya awal-awal lagi Hishamuddin membuat prediction yang Anwar tidak akan jadi PM selepas Mahathir. Ternyata prediction itu benar dan jadi kenyataan. 
Anwar penasaran dengan apa yang berlaku itu. Bukan sahaja Anwar, tetapi setiap orang mendambakan beliau akan jadi PM jadi "sebal" dan sedih. Tidak kurang juga meletakkan kelewatan itu disebabkan kerana ulah dan tingkah Mahathir. 
Maka untuk menjadikan ramalan itu tepat, dia berusaha agar ia jadi, kalau tidak dia boleh malu dengan dirinya sendiri. Menjadi Pak Nujam yang bohong. Usaha-usaha bagi merealisasikan ramalan itu menyerlahkan akan ketidaksenangan Hishamuddin kepada Anwar dan membenarkan nujumnya. 
Apakah penolakan itu tepat, sesuai dengan penerimaan umum atau sebaliknya itu hak asasi Hishamuddin Rais?  Yang jelasnya kebencian Hishamuddin itu tidak mampu menyekat semua orang yang mendambakan Anwar jadi PM. Bagi mereka yang setia dan bersama berjuang dengan Anwar sejak di alam kampus dan tidak melarikan diri ke luar negara meletak keyakinan tinggi kepada Anwar. 
Berbalik kepada pertemuan dan apa yang saya perolehi daripada Kamaruzzaman Yaacob kawan baik Hishamuddin itu, mengapa blogger Tukar Tiub itu tidak sedia menyokong Anwar, seperti mana dituturkan Kamaruzaman ia disebabkan kononnya Anwar hendak bekerjasama dengan Umno bagi membentuk pakatan baru. Maklumat dan dapatan ini mengejutkan saya, ia kontras dengan nilai diri seorang Hishamuddin yang dianggap pejuang bertaraf antarabangsa. 
Semua cerita dan tanggapan ini bermula pada 10 Mei 2018 di malam kemenangan PH dalam Piraum ke-18. Kata Kamaruzaman, Hishamuddin mendapat maklumat yang Anwar hendak membentuk pakatan baru bersama Umno. Hishamuddin tidak dapat menerima rancangan Anwar ini. Baginya (Hishamuddin) pakatan baru itu sebagai pengkhianatan Anwar kepada perjuangan rakyat.
Kelewatan SPR mengumumkan kemenangan PH dan juga kelewatan Yang Di-Pertua Agong untuk menerima menghadap Dr Mahathir Mohamad bagi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dijadikan alasan dan bukti bahawa ada rundingan membabitkan Anwar dengan pihak Umno untuk menubuhkan pakatan baru. Kononnya kelewatan itu disengajakan

Kata Kamaruzaman, Hishamuddin mendapat maklumat yang sangat boleh dipercayai akan apa yang sedang dilakukan Anwar berdasarkan kelewatan-kelewatan itu. 
Tindakan Anwar itulah menyebabkan Hishamuddin menurut Kamaruzaman, tidak boleh diterima Hishamuddin kerana ia merupakan satu pengkhianatan kepada perjuangan rakyat yang kesekian lama berusaha untuk menumbangkan establishment di negara ini. 
"Dalam memperjuangkan untuk menumbangkan establishment sudah banyak yang mati dan dipenjara jadi tindakan Anwar itu dianggap satu pengkhianatan oleh Hishamuddin," kata Kamaruzaman. 
Menurut Kamaruzaman itu tindakan atau peristiwa itulah menjadikan sempadanan dan garis pemisahan antara Hishamuddin dengan Anwar. 
Iya kalau ia maklumat benar dan logik ada munasabah kalau Hishamuddin sang pejuang rakyat marahkan Anwar. Tetapi apakah ia benar

Saya terbata-bata mendengar penjelasan itu dan terkejut, apakah benar alasan diberikan itu. Rakan saya Sdr Rozali yang ada sama dan mendengarnya saya kira dia juga terkejut. Sama sekali saya tidak terfikir kalau sikap Hishamuddin itu hanya kerana itu yang mana ia boleh dipertikaikan. 
Bagi mereka yang tidak ada masalah dengan Anwar baik sekarang atau dahulu, akan timbul kesangsian terhadap alasan itu kerana pada ketika itu Anwar masih dalam penjara, bagaimana mungkin beliau boleh mengadakan rundingan

Oh mungkin melalui isterinya Dr Wan Azizah dan orang-orangnya? Ini mungkin maklumat penting sampai kepada Hishamuddin. 
Tidak sebaris dalam perjuangan.
Hak Hishamuddin maupun Kamaruzaman untuk menolak Anwar kerana mereka diketahui sejak awal lagi tidak sebaris dalam perjuangan bersama Anwar. Perbezaan ideologi dan pendekatan menjelaskan yang mereka tidak sehaluan.  Mereka terbang bersama tetapi destinasi berbeza. Tetapi kalau mengambil alasan kononnya Anwar hendak membentuk pakatan baru dan mengadakan rundingan dengan Umno ia sesuatu yang boleh difikir banyak kali. Banyak kali dan banyak kali. 
Saya tidak tahu apakah masih ada bukti dan dalil-dalil lain digunakan Hishamuddin untuk marah kemudian sekat Anwar jadi perdana menteri, tetapi kalaulah alasan seperti dituturkan kepada Kamaruzaman itu ianya sangat naif dan dhaif sekali. 
Dengan mengambil kira apa didakwa Hishamuddin itu boleh dipertikaikan beberapa perkara:
1. Apakah rundingan itu berjaya dan pakatan untuk bergabung dengan Umno berlaku? 2. Bukankah akhirnya yang menjadi perdana menteri itu Dr Mahathir Mohamad bukan Anwar
3. Tidakkah untuk mengangkat Mahathir jadi PM itu adalah konsensus PH yang dipersetujui Anwar
4. Tidakkah dalam menentukan apa-apa keputusan dalam PH ia merupakan keputusan kolektif majlis presiden PH, bukan hak individu Anwar

Jadi macam mana kalau Hishamuddin mempercayai apa yang dipercayainya itu kononnya Anwar mengadakan rundingan dengan Umno untuk mewujudkan pakatan ketiga. Masakan orang sebijak dan sehebat Hishamuddin dia boleh disihir dengan mudah. Atau pun beliau diupah

Dan pertanyaan cepus emas buat Hishamuddin, apakah dalam kepala dan perhitungannya tercabutnya Mahathir daripada kerusi PM dan tumbangnya kerajaan PH adalah hasil rundingan ataupun kolaborosi Anwar dengan Umno? 
Dan macam mana pula sikap dan penerimaan Hishamuddin terhadap kerajaan PN hari ini. Apakah kerajaan ia tidak bersubahat dengan establishment yang dibenci dan dilawannya itu. Atau dalam perkiraan Hsihamuddin kerajaan PN ini berjiwa rakyat kerana beliau juga turut sama membentuknya. Bukankah semasa mengadakan Langkah Sheraton itu ternmpak sama kalibatnya. Bersambung. [sitiawan. prk. 9:47 am 22/08/2020]  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/08/dalam-tafsir-hishamuddin-anwar-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Baru Dr Mahathir Welcome Di Dalam Pakatan Harapan Kata Anwar

Parti Baru Dr Mahathir Welcome Di Dalam Pakatan Harapan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 361 hits
Pakatan Harapan sedia mempertimbang kemasukan parti baru yang akan ditubuhkan kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu bagi menguatkan gerakan pembangkang Pengerusinya Anwar Ibrahim berkata keterbukaan itu bagai...
Anak Baru Nak Makan Dah Kena Alergi Ini Saranan Dietitian Nak Elak Anak Alami Alahan Pada Makanan

Anak Baru Nak Makan Dah Kena Alergi Ini Saranan Dietitian Nak Elak Anak Alami Alahan Pada Makanan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 456 hits
Cukup enam bulan ibu biasanya akan mula memperkenalkan si kecil dengan makanan pejal Memang ada rules yang biasa disarankan oleh pakar pemakanan bagi mengelakkan si kecil alami alahan pada sesetengah makanan tertentu Untuk ketahui bagaimana...
Anwar Sedia Pertimbang Parti Baru Dr Mahathir Ke Dalam Ph Jika Diminta

Anwar Sedia Pertimbang Parti Baru Dr Mahathir Ke Dalam Ph Jika Diminta

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 426 hits
285 total views 285 views today Pakatan Harapan sedia mempertimbangkan penyertaan parti baharu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti komponen dalam gabungan itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkat...
Sekarang Dap Baru Nak Mengaku Ada Bayaran Untuk Projek

Sekarang Dap Baru Nak Mengaku Ada Bayaran Untuk Projek

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 266 hits
NAJIB RAZAK Sekarang DAP baru nak mengaku ada bayaran untuk projek Kenapa dulu asyik kata tiada satu sen pernah dibayar Tiga Jalan itu adalah antara komponen projek terowong bernilai RM6 34b Ini seperti projek bina rumah Perlu bayar juga un...
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 471 hits
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e Commerce di Malaysia Bisnes satu perkara biasa zaman sekarang Dari usia kanak kanak hingga ke orang yang berusia sekarang mula bisnes Bisnes mula menjadi satu trend atau kerjaya sama ada secara kerj...
Dr Mahathir Akan Kaji Dulu Jemputan Anwar Masuk Pakatan

Dr Mahathir Akan Kaji Dulu Jemputan Anwar Masuk Pakatan

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 226 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji terlebih dahulu tawaran kerjasama dengan Pakatan Harapan jika parti baharunya mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan diluluskan Bekas Pengerusi PH itu berkata beliau sebenarnya tidak tahu apa yang dipe...
Saya Tak Mampu Nak Jaga Dia Ibu Campak Bayi Baru Lahir Dari Jambatan

Saya Tak Mampu Nak Jaga Dia Ibu Campak Bayi Baru Lahir Dari Jambatan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 425 hits
Seorang wanita ditahan pihak berkuasa di utara China selepas didakwa membuang bayinya yang baru lahir ke dalam semak samun Suspek Guo dikatakan membuang bayi lelaki itu dari jambatan ketika dalam perjalanan ke rumah ibunya Suspek mengaku be...
Mengapa Hishamuddin Rais Dengan Anwar

Mengapa Hishamuddin Rais Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 323 hits
CATATANKetika bertemu Hishamuddin di Lumut Perakmasa road show Mahathir jelang Piraum 2018 SEPERTI mana dijanjikan lewat satu status di FB semalam saya akan membuka rahsia atau menjawab kemusykilan sesetengah pihak kenapa Hishamuddin Rais t...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara