Ini Rupanya Sebab Mengapa Kita Tak Boleh Makan Babi


Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada memakan babi. Namun, adakah anda tahu mengapa? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.
Daging yang paling tinggi konsumsinya Jika dilihat pada konteks global, daging babi merupakan daging yang kedua terbanyak permintaannya berdasarkan daripada statistik yang dikeluarkan oleh OECD Agricultural. Menurutnya, pada tahun 2018, pengambilan daging ini mencecah 12.3 kilogram per kapita, 1.9 kilogram per kapita lebih rendah berbanding dengan pengambilan daging ayam.
Di Malaysia, pengambilan daging tersebut berada pada 5.4 kilogram per kapita, jauh lebih rendah daripada pengambilan daging ayam. Ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor harga, kebolehdapatan dan kepercayaan agama, di mana pengambilan daging babi dianggap sebagai larangan (haram).
Jadi mengapa ada larangan untuk makan daging babi, ya? Kebanyakan kajian mengaitkannya dengan kecenderungan untuk mendapat jangkitan parasit dan kencing manis jenis 2. Namun, di sini, penulis ingin menyenaraikan faktor binatang itu sendiri sebagai punca mengapa daging ini tidak sesuai untuk dijadikan hidangan.
Babi tidak mempunyai kelenjar peluh? Mitos. Perpeluhan merupakan proses fisiologikal penting bagi mengekalkan suhu badan yang ideal. Proses penyejatan air peluh daripada permukaan kulit menyebabkan kesejukan badan dan pada masa yang sama, berperanan untuk membuang toksin dalaman. Mereka yang tidak berpeluh terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya.
Terdapat mitos yang mengatakan bahawa binatang tersebut tidak mempunyai kelenjar peluh. Fakta itu salah. Mereka mempunyai kelenjar peluh namun bilangannya sedikit berbanding dengan saiz badan mereka. Fungsi utama kelenjar tersebut adalah untuk membuang toksin. Jadi bagaimanakah caranya mereka mengekalkan suhu badan normal?
Mereka menggunakan lumpur sebagai alternatif kepada proses penyejukan badan melalui perpeluhan. Jika anda pernah ternampak mereka berkubang atau berguling-guling di atas lumpur, tingkah laku itu membantu mereka untuk menyejukkan badan. Ia seperti anda menggunakan kipas tangan pada musim panas. Babi sebenarnya suka kepada kawasan lumpur yang bersih.
Namun, bagi sekumpulan binatang tersebut yang diternak di ladang-ladang atau kilang, ia ditempatkan di ruangan yang sangat sempit. Ini membuatkan kawasan perkubangan mereka menjadi terhad dan kebiasaannya, lumpur yang digunakan bercampur dengan najis dan muntah mereka sendiri.
Jika hendak dibayangkan betapa banyaknya bahan buangan mereka, 5,000 ekor babi boleh menghasilkan najis bersamaan dengan 50,000 orang yang tinggal di bandar. Kawasan buangan inilah kadangkala menjadi tempat mereka menyejukkan badan.
Namun tidak semua tinggal seperti itu. Babi seperti Kurobuta, diternak di kawasan persekitaran yang kurang tekanan dan diberi makanan berasaskan bahan-bahan organik. Mereka merupakan “wagyu” dalam kalangan binatang tersebut.
Bakteria kebal antibiotik Disebabkan oleh keadaan tempat tinggalnya yang diternak di kawasan kilang itu kebiasaannya kotor, mereka mudah mendapat penyakit kulit dan jangkitan kulat. Kebarangkalian yang tinggi ini menggalakkan penternak untuk menggunakan antibiotik bagi memastikan kesihatan binatang ternakan tersebut berada pada tahap yang optimum.
Secara teorinya, penggunaan antibiotik secara meluas ini bukan sahaja boleh menggalakkan tumbesarannya dengan cepat, ia boleh melahirkan spesies bakteria kebal antibiotik yang mampu mengancam kesihatan populasi manusia secara umum. 
Kajian yang dibuat oleh Julia Osterberg pada tahun 2016, telah mendapati bahawa, babi yang diternak di dalam kilang mempunyai spesies bakteria E. Coli yang kebal dengan antibiotik Ampicilin, Tetracyclin, Trimethoprim, Sulphonamide atau Streptomycin. Bakteria tersebut boleh kebal terhadap 1 atau lebih antibiotik.
Oleh sebab harga daging babi organik adalah sangat mahal, majoriti masyarakat memakan daging babi yang diternak di kilang. Ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mendapat bakteria kebal antibiotik tersebut. 
Risiko jangkitan parasit Walaupun jangkitan parasit pada binatang tersebut telah menurun secara mendadak sejak 20 tahun yang lalu, babi (termasuk babi organik) masih terdedah kepada jangkitan tersebut. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), walaupun banyak langkah boleh diambil untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, binatang ternakan tersebut masih terdedah kepada jangkitan jika mempunyai sentuhan secara terus dengan rodensia yang lain.
Rawatan pencegah kepada jangkitan ini boleh mencecah 80% daripada perbelanjaan keseluruhan penternakan babi membuatkan ramai penternak yang enggan melaburkan wang mereka. Pengguna yang membeli daging babi yang mempunyai jangkitan ini terdedah kepada risiko penyakit trichinosis jika daging tersebut tidak dimasak dengan betul. Simptom seperti jangkitan mata, bengkak mata, fobia cahaya, kelesuan dan sakit otot merupakan tanda-tanda awal kepada penyakit ini.
CDC menggalakkan pembekuan daging tersebut sebelum dimasak secara teliti bagi memastikan parasit tersebut telah terbunuh.
Konklusi Jika anda merupakan individu yang makan daging babi, pastikan anda memasaknya dengan teliti untuk tujuan kesihatan secara menyeluruh. Ini sama sahaja dengan mereka yang kerap memakan daging binatang ternakan lain namun babi mempunyai risiko jangkitan yang tinggi disebabkan oleh faktor persekitarannya.
Nota penafian: Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada masyarakat umum berkenaan dengan sebab yang berkemungkinan menjadi tunjang mengapa babi tidak boleh dimakan. Penulis tidak berniat untuk menidakkan, mengutuk, menggalakkan atau melarang amalan pemakanan individu terlibat.
Sumber : Mohammad Nazri Zulkafli via Hello Doktor
The post Ini Rupanya Sebab Mengapa Kita Tak Boleh Makan Babi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/31/ini-rupanya-sebab-mengapa-kita-tak-boleh-makan-babi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengah Berucap Tiba Tiba Agong Titah Saya Tak Boleh Cakap Lama Isteri Desak Saya Nak Makan Durian

Tengah Berucap Tiba Tiba Agong Titah Saya Tak Boleh Cakap Lama Isteri Desak Saya Nak Makan Durian

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 1249 hits
Pulau Pinang mempunyai tarikan yang cukup unik dengan rakyat berbilang kaum bangsa agama yang sentiasa berada dalam situasi dan keadaan yang cukup harmoni dan bersatu padu Sudah tentu Pulau Pinang mempunyai banyak yang boleh dipelajari dari...
Anak Asyik Bergaduh Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama Sama

Anak Asyik Bergaduh Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama Sama

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 616 hits
Anak anak kita ada perangainya masing masing Bila mereka duduk bersama tiba tiba boleh bercakar Itu adalah perkara normal ada saja perkara yang akan menyebabkan mereka bergaduh Pergaduhan ini boleh merapatkan hubungan mereka tetapi tidak el...
Makan Daging Babi Kerana Tak Tahu Apa Hukumnya

Makan Daging Babi Kerana Tak Tahu Apa Hukumnya

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 274 hits
Mungkin sebahagian dari kita masih tidak tahu akan ciri ciri makanan yang diharamkan oleh Allah ataupun warung makanan yang kita makan tidak jujur akan masakan yang dia masak sehingga kita secara tidak sengaja memakan makanan yang diharamka...
Godaan Telur Kuning Cair Tapi Ibu Hamil Jangan Makan Boleh Kena Jangkitan Bakteria

Godaan Telur Kuning Cair Tapi Ibu Hamil Jangan Makan Boleh Kena Jangkitan Bakteria

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 437 hits
Semasa mengandung ibu hamil kena berhati hati Biarpun orang kata waktu mengandunglah nak makan apa saja perlu diperhatikan juga Bukan semua jenis makanan boleh dimakan sewenang wenangnya Jika tidak diberikan perhatian ada kemungkinan mendap...
Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1141 hits
Biasanya lelaki akan memakai cincin kahwin ketika awal awal perkahwinan Namun selepas beberapa bulan tak ramai yang meneruskan pemakaian cincin kahwin kerana rasa kurang selesa Namun tahukah anda dengan memakai cincin kahwin rupanya boleh b...
Puding Roti Tanpa Oven Guna Kuali Je Tak Sampai 10 Minit Anak Dah Boleh Makan

Puding Roti Tanpa Oven Guna Kuali Je Tak Sampai 10 Minit Anak Dah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 312 hits
Menyediakan menu berbakar seperti puding roti pastinya memerlukan ketuhar atau oven untuk membakar namun tidak pada resipi yang satu ini Resipi perkongsian menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini memang unik Puding roti untuk anaknya yan...
Jenis Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan

Jenis Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 1007 hits
Ramai di antara kita gemar makan masakan dari cendawan atau ada setengah tempat panggil kulat Kalau di kampung kampung lain jenis cendawan yang biasa kita temui dan di masak untuk menu masakan tradisional tapi kalau di bandar ni lebih kepad...
Jual Pil Gugur Janin Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun Makan Tanpa Kawalan Boleh Bawa Maut Kkm

Jual Pil Gugur Janin Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun Makan Tanpa Kawalan Boleh Bawa Maut Kkm

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 429 hits
Mutakhir ini isu penjualan pil pengguguran janin seperti misoprostol secara dalam talian semakin memuncak Pengambilan pil gugur tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar boleh memberi implikasi seperti rahim terkoyak pendarahan tidak no...
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 394 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu