Anak Asyik Bergaduh Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama Sama


Anak-anak kita ada perangainya masing-masing. Bila mereka duduk bersama, tiba-tiba boleh ‘bercakar’. Itu adalah perkara normal, ada saja perkara yang akan menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan ini boleh merapatkan hubungan mereka, tetapi tidak elok juga kalau dibiarkan berlaku selalu.
Sebagai ibu ayah, dari awal lagi amat penting untuk kita terapkan nilai kekeluargaan dan kasih saying dalam diri anak-anak. Beritahu dan jelaskan kepada mereka mengapa kita sebagai satu keluarga tidak boleh bergaduh selalu. Jika ia dibuat sejak mereka masih kecil, pasti masalah bergaduh ini dapat dielakkan. Atau setidak-tidaknya, bolehlah dikurangkan kan?
Artikel Menarik: [Asal Marah, Anak Yang Sama Je ‘Kena’. Mak Ayah Siasat Dulu, Baru Hukum!]
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
JADIKAN RUTIN UNTUK MAKAN BERSAMA-SAMA Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.

Ketika makan bersama-sama, kita akan saling bercerita dan lebih dekat dengan semua yang ada. Selain itu, makan bersama dapat mendidik anak-anak untuk berkongsi makanan. Lebih baik lagi, kita dapat mengajar anak untuk membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, kakak atau abang ambilkan makanan untuk si adik. Atau adik tolong tuangkan minuman untuk abang dan kakaknya.
AJARKAN ANAK UNTUK SALING MENJAGA Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.

Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
Artikel Menarik: [Sayangkan Bayi, Peluk Cium Selalu. Tak Perlu Mainan Banyak, Dia Tak Reti Main Pun!]
IBU AYAH KENA ADIL Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.

Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
SUKA TOLONG ADIK-BERADIK Biarpun anak masih kecil tetapi sikap saling membantu perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.

JADI CONTOH TERBAIK Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.

Artikel Menarik: [Rumah Sekolah Pertama Anak. Apa Mak Ayah Tunjuk Depan Anak Akan Diperhatikan]
Sekiranya setiap sikap positif ini diterapkan dalam diri anak sedari mereka masih kecil, pasti boleh membentuk peribadi yang baik. Bergaduh adik-beradik adalah perkara normal, tetapi sebaik-baiknya kita sebagai ibu ayah mencuba untuk mengelakkan mereka dari kerap bergaduh dengan teruk. Mainkan peranan tetapi jangan gunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak.
 
The post Anak Asyik Bergaduh, Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama-Sama appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-asyik-bergaduh-rupanya-mak-ayah-tak-amalkan-makan-sama-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Marah Anak Yang Sama Je Kena Mak Ayah Siasat Dulu Baru Hukum

Asal Marah Anak Yang Sama Je Kena Mak Ayah Siasat Dulu Baru Hukum

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 508 hits
Tengok abang tu perangai dia baik je Mama cakap sekali dah dengar sebab tu Mama sayang dia lebih dari adik bentak Pn Marina ketika memarahi anak keduanya Sudah acap kali Pn Marina membandingkan kedua dua anaknya itu Lebih teruk lagi sikap p...
Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 548 hits
Ibu dalam perut ibu ada adik ya Macam mana adik nak keluar nanti Dulu kakak dalam perut ibu juga ke Ibu oooh ibu Jawablah Perasan tak persoalan ni yang selalu ibu bapa akan hadap bila anak dah mula mencecah usia 3 tahun ke atas Kadang soala...
Biar Anak Yang Sakit Jangan Mak Yang Sakit Rupanya Inilah Maksud Mak Saya

Biar Anak Yang Sakit Jangan Mak Yang Sakit Rupanya Inilah Maksud Mak Saya

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 455 hits
Menjadi seorang ibu merupakan tugas yang amat mulia dan tanggungjawabnya pula berat Ibulah yang akan memastikan setiap keperluan ahli keluarga di penuhi Ibu juga lah tulang belakang setiap ahli keluarga Begitulah perkongsian daripada Fariza...
Gambar Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil Tenung Anak Makan Jadi Viral

Gambar Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil Tenung Anak Makan Jadi Viral

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 540 hits
Seorang ayah pasti akan melakukan yang terbaik buat anaknya biarpun terpaksa berpenat lelah dan berhujan panas demi sesuap rezeki Baru baru ini sekeping gambar yang menyentuh perasaan tular di media sosial negara jiran Dalam foto berkenaan ...
Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan

Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 295 hits
Kebanyakan kanak kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun Secara umum 85 kanak kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10 14 bulan Menurut Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan beliau ...
Perut Anak Tak Sama Macam Kita Jangan Paksa Dia Makan Banyak Sangat

Perut Anak Tak Sama Macam Kita Jangan Paksa Dia Makan Banyak Sangat

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 542 hits
Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak anak Ketika waktu makan khususnya kebanyakan ibu akan mengatur apa yang perlu dimakan oleh anak mereka Sesetengah daripada menu yang disediakan oleh si ibu mungkin tidak menyelerakan bagi anak ...
Belum Ada Perkataan Mudah Keluar Dari Mulut Anak 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

Belum Ada Perkataan Mudah Keluar Dari Mulut Anak 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 360 hits
Adakah anak saya speech delay atau memang dia saja tak mahu cakap Soalan ini antara yang sering ditanya ibu bapa yang ada anak antara usia 12 bulan hingga 3 tahun Nak tahu anak anda ada masalah pertuturan di peringkat awal Terapis Cara Kerj...
Dah Umur 70 Tahun Selamba Je Lari 10km Anak Pecah Rahsia Mak Amalkan Solat Solat Sunat Setiap Hari

Dah Umur 70 Tahun Selamba Je Lari 10km Anak Pecah Rahsia Mak Amalkan Solat Solat Sunat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 545 hits
Di usia yang panjang Tuhan kurniakan kesihatan yang baik supaya kita lebihkan untuk beribadah dan melakukan kerja kerja harian Perkongsian seorang wanita mengenai ibunya kini tular di media sosial setelah mendapat reaksi daripada Tunku Aziz...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator