Ini Respon Terakhir Adib Khas Buat Rakyat Malaysia Allahu Memang Sebak
Semalam rakyat Malaysia diminta berdoa untuk kesihatan Anggota Bomba Mohammad Adib apabila beliau dikatakan kriitikal di IJN
Malah hari ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah mengadakan solat hajat untuk Adib
Solat hajat untuk Adib
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah hari ini, mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat serentak di 19 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri ini, bagi mendoakan kesejahteraan rakan mereka, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kini kritikal
Pemangku Pengarah JBPM Kedah, Mohd Zahar Abdullah, berkata pihaknya mengharapkan kesembuhan buat anggota kelahiran negeri ini yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan keadaan Muhammad Adib kini kritikal dan berharap berkat solat hajat, tahlil dan bacaan Yasin yang dilakukan akan memberi kesembuhan kepadanya
“Majlis ini diadakan selepas waktu Zohor tadi dan kita berharap ada berita baik mengenai keadaan terkini Muhammad Adib,” katanya ketika ditemui selepas majlis di BBP Alor Setar hari ini
Dalam majlis itu, seramai 50 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah dan anggota BBP Alor Setar mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat
Sementara itu, Pegawai Zon 1 Kota Setar, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya mengharapkan Muhammad Adib kembali pilih dan menjalankan tugas seperti biasa
Akhbar semalam melaporkan keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat parah dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, bulan lalu dilaporkan merosot
IJN menerusi satu kenyataan hari ini berkata, fungsi paru-paru Adib di dalam tempoh 24 jam yang lalu mengalami kemerosotan dan penilaian yang teliti menunjukkan tanda yang menyebabkan proses pertukaran gas tidak efektif
Adib Sudah Tiada
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meniinggal dunia pada 9.41 malam tadi
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor
Respon terakhir Adib tunjuk ‘thumbs up’ khas buat rakyat Malaysia sebak..Alhamdulillah, gambar terkini Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, hari ini menunjukkan keadaan kesihatan beliau semakin baik. Malah, dia juga mampu mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat bagus saat gambarnya dirakam
Menerusi kenyataan Institut Jantung Negara (IJN), jantung anggota bomba berkenaan dapat berfungsi sendiri sejak menggunakan sistem Veno-Venous ECMO pada Ahad lalu
Selain jantung, bahagian paru-paru kirinya turut menunjukkan perkembangan positif. Buat masa ini, beliau masih memerlukan bantuan oksigen dan pernafasan yang lebih sedikit sejak malam tadi
Namun, Muhammad Adib perlu menjalani rawatan dialisis meskipun buah pinggang sudah bertambah baik
Dalam perkembangan sama, anggota bomba itu sedang menjalani rehabilitasi paru-paru dan senaman anggota badan bersama pegawai fisioterapi IJN
Sementara itu, keluarga anggota bomba terbabit mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan Muhammad Adib
Dalam pada itu, mereka juga membenarkan untuk menyiarkan gambar terkini beliau. – MHE TVSumber gambar: UtusanSumber Artikel : HMETRO ONLINE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ediamedia.blogspot.com/2018/12/ini-respon-terakhir-adib-khas-buat.html