Gesekan Biola Siti Hasmah Dituju Khas Buat Muhammad Adib


Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR — Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang ditujukan khas oleh isteri Perdana Menteri itu buat anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata memukau para penonton konsert “Duo Lagenda” di Istana Budaya di sini malam tadi.

Sebelum memulakannya, beliau menarik perhatian pada hadirin dengan merujuk kepada majlis perkahwinan Muhammad Adib yang telah ditakdirkan tidak berlangsung.

Loading...
"Hari ini pastinya ada satu majlis perkahwinan di sebuah kampung di Kuala Kedah. Tapi hajat tidak kesampaian kerana pengantin lelaki pergi menghadap Allah.

“Semoga mereka semua (keluarga) dalam keadaan sihat sejahtera dan reda dengan aturan Allah," kata isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Para hadirin yang jelas tersentuh dengan suasana malam itu, kemudiannya memberikan penghormatan dengan beramai-ramai berdiri di akhir persembahan kira-kira 20 minit itu.

Muhammad Adib, 24, yang tercedera akibat oleh perusuh semasa beliau hendak melaksanakan tugas memadam kebakaran semasa kejadian rusuhan di kuil di Subang Jaya pada 27 November itu, meninggal dunia di Institut Jantung negara pada 17 Disember.

Memulakan persembahan pada pukul 10.40 malam, Dr Siti Hasmah tampak profesional menggesek biola untuk lagu Fatwa Pujangga secara solo menerusi segmen khas di pertengahan konsert itu, sebagai persembahan iringan kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir.

Beliau turut menggesek biola bagi lagu Engkau Laksana Bulan dan Gubahanku sambil dinyanyikan secara duet oleh Jamal dan M. Nasir.

Dr Siti Hasmah mendahului persembahannya dengan memohon penonton menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Adib.

Persembahan Dr Siti Hasmah berlangsung sempena malam VVIP konsert itu, bertujuan mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kasih Malaysia yang dilancarkan Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia).

Dalam konsert itu, Jamal dan M.Nasir mendendangkan seleksi lagu popular mereka antaranya Cinta dan Tangis, Bicara Cinta, Aku Penghibur, Kau Lupa Janji, Terharu, Cenderawasih, Gadis Melayu, Hati Emas, Hijab Kekasih, Mustika, Apokalips, Gerhana serta Keronchong Untuk Ana, dan mereka turut berduet menyanyikan beberapa lagi lagu termasuk Ghazal Untuk Rabiah.

Konsert yang bermula 20 Disember dan berakhir esok itu turut menampilkan penyanyi undangan dari Australia, Cassidy Anderson.

Turut hadir menyaksikan konsert itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dan Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/gesekan-biola-siti-hasmah-dituju-khas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siti Hasmah Gesek Biola Untuk Arwah Adib Bomba

Siti Hasmah Gesek Biola Untuk Arwah Adib Bomba

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 503 hits
Siti Hasmah Mohd Ali berhasrat mendedikasikan persembahannya bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir sempena Konsert Duo Lagenda pada 22 Disember ini kepada anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Ditemui pada sesi latiha...
Bomba Lancar Tabung Wira Merah Khas Untuk Muhammad Adib

Bomba Lancar Tabung Wira Merah Khas Untuk Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 429 hits
Bomba Lancar Tabung Wira Merah Khas Untuk Muhammad Adib Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan media mengumumkan penubuhan Tabung Wira Merah iaitu tabung khas untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24 Allahyarham ya...
Perasaan Aku Dipermainkan Tunang Muhammad Adib Berang Kewujudan Akaun Palsu

Perasaan Aku Dipermainkan Tunang Muhammad Adib Berang Kewujudan Akaun Palsu

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 550 hits
Perasaan aku dimainkan tunang Muhammad Adib berang kewujudan akaun palsu NURUL NAJIHAH RADZI tunang kepada aggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang meninggal dunia akibat parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri ...
Mufti Perlis Pembunuh Muhammad Adib Mesti Dihukum Bunuh

Mufti Perlis Pembunuh Muhammad Adib Mesti Dihukum Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 478 hits
Semoga dia ditempatkan dalam kalangan syuhada Takziah buat keluarga beliau Dia telah terkorban semasa bertugas demi negara hasil dari perbuatan kumpulan pengganas Pihak berkuasa hendaklah segera membawa kumpulan pengganas tersebut ke pengad...
Muhammad Adib Meninggal Dunia

Muhammad Adib Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 466 hits
KUALA LUMPUR Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada jam 9 41 malam tadi kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah...
Ini Amalan Yang Muhammad Adib Lakukan Sehingga Beliau Dimuliakan Sedemikian Rupa

Ini Amalan Yang Muhammad Adib Lakukan Sehingga Beliau Dimuliakan Sedemikian Rupa

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 230 hits
Catatan tauladan Aku tertanya2 apa amalan arwah Adib agaknya sampai dimuliakan begitu rupa di bumi lagi Seluruh rakyat Malaysia mendoakan Adib Mahalkan nilai doa dari seorang mukmin kepada mukmin lain Yang aku nampak salah satunya dia memul...
Alhamdulillah Hutang Kereta Muhammad Adib Sudah Langsai

Alhamdulillah Hutang Kereta Muhammad Adib Sudah Langsai

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 418 hits
Alhamdulillah Hutang kereta Muhammad Adib sudah langsai Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak lagi terbeban dengan pinjaman kereta apabila Bank Simpanan Nasional membatalkan nama Muhammad Adib sebagai peminjam sekaligus menye...
Muhammad Adib Kematian Yang Ditangisi

Muhammad Adib Kematian Yang Ditangisi

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 521 hits
Semasa hayatnya bukanlah siapa siapa di kalangan rakyat Malaysia Bukan insan hebat dalam arena nya bukan manusia ternama mencipta rekodnya sekadar seorang anak kepada ayah bondanya Menjalani kehidupan yang biasa biasa sahaja rutinnya Namun ...
Giant Bukit Tinggi Klang Relaunches With A Fresh New Look And Exciting Customer Experiences

Muhyiddin Sahkan Hazmah Kekal Ketua Pembangkang Tak Ada Apa Apa Tak Ada Tukar

Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Syuriyah Pbnu Minta Kh Cholil Staquf Mundur Dalam Tempo Tiga Hari

Ideas Beef Cobbler Recipe Bbc

Kenapa Pelanggan Lebih Suka Produk Dengan Packaging Yang Dirangka Secara Profesional

Rbnz Hampir Menamatkan Kitaran Pemotongan Kadar Menyediakan Ruang Untuk Pemulihan Kiwi Terhadap Dolar

Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bertolak Ke Cappadocia Day 2

Keajaiban Alam Siberia Mengungkap Keindahan Taiga Timur Rusia

Victor Hartono Warisan Dan Inovasi Di Balik Kejayaan Djarum

Prince Syed Menangis Di Podcast Akui Terlalu Sayangkan Isteri Saya Akan Terima Balasan Dunia Akhirat Kalau Saya

Hiburan Ibu Shila Amzah Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan Majlis Sederhana Dihadiri Keluarga Terdekat

Bn S Bikin Balik Sabah Manifesto To Tackle Water Power And Road Issues Says Zahid