Ini Punca Utama Kenapa Anda Terlajak Habiskan Duit Beli Barang Yang Tak Perlu Berulang Ulang


Berapa kali dalam hidup, anda beli barang tak perlu?.
Tak perlu ertinya, kalau tak beli pun tak apa. 
Bila tak perlu, maka tak berapa ataulansung tak pakai. Masa awal baru beli saja mungkin digunakan. Selepas itu terbiar begitu saja.

Kemudian ulang lagi kesilapan yang sama. Masih amalkan beli barang tak perlu. Ulang lagi dan ulang lagi sampai sekarang.
Bila agaknya nak sedar supaya berhati-hati dan hentikan perangai beli barang tak perlu?
Bagi yang hanyut, mungkin tak perasan yang selama ini anda asyik ulang beli barang tak perlu. Amalan tanpa sedar dari dulu sampai sekarang?
Semak jumlah barang tak perluCuba semak semula segala barang yang anda miliki.
Di rumah, dalam kereta, di pejabat, di kampung, dalam beg, atas meja, dalam almari, dalam stor, bawah katil, dalam laci, dan di mana saja ruang yang anda ada.
Saya sendiri sebenarnya malu nak buat senarai barang tak perlu yang dimiliki. Sebab memang tahupun masih terlalu banyak barang tak perlu yang ada bersepah di segenap sudut.
Yang parahnya, walaupun sedar, asyik beli barang tak perlu, masih juga terlanjur buat kerja yang sama berulang kali.
Anda boleh cuba congak sendiri. Buat senarai kecil segala barang yang anda ada, yang memang sebenarnya tidak diperlukan. Kalau diperlukanpun mungkin hanya sementara waktu sahaja.
Yang hairannya, walaupun sedar barang itu sudah tak perlu lagi, masih simpan dan tidak diuruskan supaya ruang yang ada dikosongkan menjadi lebih lapang.
Jika dikosongkan, bukan sekadar lapang kawasan, malah dapat lapangkan dada dari rasa bersalah secara tidak disedari.
Bagaimana saya beli barang tak perluSaya baru perasan bagaimana semuanya bermula. Maksud saya, apa pencetus yang membuatkan pembelian barang tak perlu berlaku secara tak disedari.
Apabila perkara itu tercetus berlaku, maka akan dituruti oleh aktiviti beli barang yang tak diperlukan secara berangkai-rangkai. Susah nak berhenti.
Ini salah satu dari pengalaman yang memberi gambaran jelas bagaimana amalan leka beli barang tak perlu berlaku.
Sebelu ini, saya ada ubah suai rumah.
Hasrat ubah suai rumah itu asalnya memang suci murni. Hanya bermula di kawasan dapur. 
Dapur lama yang ada cuma dibuat unjuran dari bahan besi macam kontena. Tarik bumbung, tarik naik dinding, kemaskan lantai simen.
Dapur itulah yang selama itu digunakan dengan jayanya. Tak ada apa-apa masalah sangat. Jika dipertimbangkan faktor keboleh gunaan dapur itu, ia sempurna dan mencapai matlamat.
Cuma bila musim hujan, bunyi irama titisan air hujan yang jatuh atas bumbung tin itu memang kuat.
Satu lagi masalah kecilnya adalah pada ruang udara bahagian atas dinding yang jaraknya kurang sekaki dari bumbung. Berlaku tempias kalau hujan turun disertai angin yang kuat.
Alasan kurang selesa yang sedikit itulah, ditambah dengan wujudnya ruang untuk tikus boleh masuk ke dapur dari luar, membuatkan keputusan ubah suai itu difikirkan sangat perlu.
Maka saya buat keputusan untuk ubah suai dapur tersebut.
Projek ubah suai melarat jauhSaya panggil kontraktor. Tunjukkan ruang dapur yang mahu diubah suai. Masa bincang, timbul idea alang-alang ubah suai dapur, apa salahnya ubah suai ruang bilik kecil selepas dapur itu sekali. 
Tambah projek ubah suai bilik kecil tu pulak.
Sebelah bilik kecil itu ada tandas dan bilik mandi. Terfikir elok juga ubah suai kat situ. 
Merebak pula kepada bilik mandi itu. Elok buat sekali gus. Nanti kalau tangguh, bila nak ubah suai kemudiannya, akan jadi mahal pulak.
Timbul pula hasrat untuk luaskan ruang dapur sekali gus.
Buang bilik kecil itu sebab tak digunakan sangat. Jadikan ruang dapur lebih besar. Tentu isteri akan gembira dan memasak dengan penuh kasih sayang.
Dari asal ubah suai dapur kecil di belakang tu, sekarang dah merebak masuk habis keseluruhan dapur kering. Membesar 3 kali ganda sudah.
Eh! dapur yang besar ruangnya tak kan tak ada kabinet. Takkan tak ada table top. Oklah, pasang sekali semua itu. Bertambah lagi saiz projek.
Masih tak habis!
Merebak pula ke ruang tamu, perlu kemaskan siling. Cat semula dinding dan pasang lampu baru. Pasang kipas baru.
Melarat sedikit demi sedikit di tingkat bawah sampai ke depan rumah sekali dengan pagar besi dan pintu besi rumah berserta tiang dengan lampunya.
Naik ke atas rumah pula.
Semua bilik mahu dibesarkan dan pasang siling ubah lampu dan tukar kipas angin. Tak habis lagi!
Tambah lagi buat unjuran bilik utama kat atas, ada balkoni…
Dan akhirnya, saya terlanjur ubah suai keseluruhan rumah. Dari kos hanya dalam lingkungan RM20 ribu lebih, akhirnya memakan belanja lebih RM200 ribu!.
Saya pujuk hati kononnya itu aktiviti sekali seumur hidup.
Tambah lagi barang tak perluRumah siap. Semua orang senyum. Saya juga senyum puas hati. Tapi dalam hati perit juga sebab habiskan ratusan ribu untuk buat semua projek itu.
Tapi masih tak sedar lagi.
Rumah dah baru. Takkan perabut nak kekalkan juga dengan yang lama?
Mana boleh, tak serasi!.
Lalu saya tukar perabut.
Alang-alang tukar, elok tukar yang berkualiti. Saya borong perabut jati dari ruang tamu sampai ke dapur.
Atas rumah juga tak kan nak biarkan!
Tukar juga dan ada tambahan pulak!.
Sekali lagi berlaku aksi berangkai yang membuatkan saya beli dan tambah kesemua isi rumah dengan segala barang yang hakikatnya tak perlu.
Termasuklah dengan tukar TV, peti ais, dapur masak dan lain-lain, habis merebak ke segenap penjuru yang lansung tidak ada dalam perancangan dari awal.
Pencetus beli barang tak perluDari cerita di atas tadi. Kalau dihalusi, aktiviti yang agak perlu hanyalah ubah suai dapur sahaja.
Yang selain dari itu memang tidak ada dalam dalam senarai keperluan. Tak ubah suaipun pun tak mengapa. 
Tapi fenomena pergerakan berangkai membeli barang yang tak perlu itu berlaku tanpa dapat disekat.
Bila direnung semula, baru saya sedar rupa-rupanya begitulah kejadian amalan beli segala barang yang tak perlu berlaku selama ini.
Semua tercetus dari tindakan awal yang asalnya betul, perlu dilakukan. Kemudiannya merebak jadi berangkai kepada semua perkara atau barang yang ada hubungan emosi dengan aktiviti atau barang pencetus tadi.
Oleh kerana tidak ada satupun barang yang anda miliki tidak ada hubung kait antara satu sama lain, maka kesan berangkai akan berlaku tanpa disedari.
Bukannya ada hubung kait secara fizikal. Tapi hanya berhubung secara emosi. Mungkin warna, mungkin status, mungkin sepadan atau sedondon dan lain-lain lagi seumpamanya.
Moral ceritaBagaimana nak halang tindakan bodoh kesan berantai beli barang yang tak perlu?
Paling mudah adalah jangan buat tindakan pertama seandainya benar-benar tidak terdesak. Pertahankan dan kemutkan tangan berkira macam tangkai jering.
Itu akan menyelamatkan anda dari kesan berantai beli barang yang tak perlu.
Kalau terpaksa beli juga belian pencetus itu, tahan diri dan kuatkan semangat untuk membuat penilaian secara objektif.
Pertimbangkan betul-betul secara rasional dan objekitf, adakah kekalkan barang lama menghalang matlamat asal.
Macam yang saya sering katakan.
Ekonomi adalah kesan dari emosi. Untuk kuasai ekonomi, anda perlu kuasai emosi.
Kalau duit ada tak apa juga, walaupun ternyata masih tidak bijak.
Tapi kalau duit tak ada, masih buat juga beli barang yang hakikatnya tak perlu, maka kad kredit akan digunakan.
Dan semua itu membuatkan anda masuk jebak hutang yang dalam.
Cuba renungkan…



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/08/punca-utama-kenapa-anda-habiskan-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blibli Lebih Baik Beli Produk Lokal Dibanding Barang Kw

Blibli Lebih Baik Beli Produk Lokal Dibanding Barang Kw

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 202 hits
Edward menyampaikan apabila UMKM sudah naik kelas diharapkan dapat berkontribusi ke masyarakat agar membeli produk UMKM Akan tetapi apabila masyarakat Indonesia masih ragu untuk membeli produknya maka tetap susah lakunya
Bercuti Sambil Beli Barang Di Kelantan

Bercuti Sambil Beli Barang Di Kelantan

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 304 hits
Bagaikan bermimpi bawa pulang barang yang di beli di Kelantan Tanpa sebarang perancangan apa pun tiba tiba boleh shopping di sempadan Kelantan Thailand iaitu di Rantau Panjang Kemudian berada di Tumpat dan pergi menjejak kasih pula dengan w...
Cukai Jualan 10 Beli Barang Import Rm500 Ke Bawah Mulai 2023

Cukai Jualan 10 Beli Barang Import Rm500 Ke Bawah Mulai 2023

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 422 hits
Tahukah anda bermula 1 Januari 2023 setiap pembelian barangan RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara akan dikenakan cukai jualan 10 Ini bermaksud semua pembelian dalam talian yang dibawa masuk dari luar negara atau be...
Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 263 hits
Di hari ulang tahun sang ibunda Luna Maya membagikan potret kebersamaan mereka Seketika foto fotonya mendapat banyak respon positif dari netizen Ibu dan anak ini ramai dipuji sama sama cantik dan memesona Ini foto fotonya
Mahu Beli Model Iphone Baharu Pakar Ini Kongsi 10 Langkah Mudah Jaga Duit

Mahu Beli Model Iphone Baharu Pakar Ini Kongsi 10 Langkah Mudah Jaga Duit

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 191 hits
FAZLI RADZIBukan sedikit orang yang tidak tahu menjaga duit dimiliknya contohnya sanggup membeli model iPhone baharu walaupun jumlah wang tunai di akaun banknya tidak sebanyak harga telefon itu Pakar kewangan Faiz menerusi saluran Youtube b...
Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 646 hits
Assalamualaikum Kita stop dulu review review barang nie Untuk tahun 2022 ini catatan pertama kami untuk memulakan family camping Sebelum ini Fiza dah share barang barang dan keperluan asas dalam camping terutamanya apabila kita bercamping d...
Punca Utama Kapal Perang Lcs Tak Siap Mindef Menteri Pertahanan Abaikan 10 Surat Teguran Dan Bantahan Panglima Tldm

Punca Utama Kapal Perang Lcs Tak Siap Mindef Menteri Pertahanan Abaikan 10 Surat Teguran Dan Bantahan Panglima Tldm

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 190 hits
Pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard dalam pelaksanaan projek Kapal Tempur Pesisir Menurut laporan mengenai perolehan LCS mendedahkan pada asal...
Pengalaman Beli Barang Di Decathlon Shah Alam Cuba Sekali Terus Melekat

Pengalaman Beli Barang Di Decathlon Shah Alam Cuba Sekali Terus Melekat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 281 hits
Kedai Decathlon ini dah lama saya dengar Kali pertamanya disebut oleh kawan yang tinggal di Shah Alam juga Kawan tu jenis yang suka mengembara dan kerap masuk melepak dua atau tiga hari dalam hutan Masa dia sebut tentang kedai Decathlon tu ...
Pertama Kali Beli Perfume Mahal Tapi Berkec4i Ketika Teruja Nak Unboxing Duit Hangus Harumannya Tinggal Kenangan

Pertama Kali Beli Perfume Mahal Tapi Berkec4i Ketika Teruja Nak Unboxing Duit Hangus Harumannya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 329 hits
BAGAI kaca yang berkec4i begitulah hati wanita ini yang sedih mengenangkan wang miliknya melayang begitu sahaja Menurut Elyshia Abegail atau Abby minyak wangi jenama Yves Saint Laurent yang dibelinya pada harga RM625 pec4h selepas terjatuh ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya