Bercuti Sambil Beli Barang Di Kelantan


 
Bagaikan bermimpi  bawa pulang barang yang di beli   di Kelantan.  Tanpa sebarang perancangan apa pun, tiba-tiba boleh shopping di sempadan Kelantan Thailand iaitu di Rantau Panjang. Kemudian, berada di Tumpat dan  pergi menjejak kasih pula dengan waris abah yang berada di Bunut Susu.
 
 
Homestay malam pertama sampai di Kelantan


 
 
Aku kira, percutian kali ini sungguh mencabar. Banyak pula dugaan untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Dari Kuantan jam 11.00 pagi kami bertolak dengan 6 dewasa dan 6 kanak-kanak. Maka, itulah waktu yang sesuai. Sebenarnya sebelum subuh dah bangun, tapi biasalah masing-masing mempunyai anak masih kecil. Nak bancuhkan susu baby, dan mandikan anak-anak yang umur bawah 7 tahun sangat mencabar jika perjalanan sebelah pagi.
 
Oleh sebab, ini pertama kali aku bercuti bersama 2 buah keluarga. Jadi, kami menginap di homestay sahaja. Jenuh lah juga mencari. Pada perancangan awalnya, aku ingin ke Melaka, sebab suami lambat memberi kata putus. Owner homestay sudah tidak mahu melayan lagi, mungkin mereka fikir aku dan suami scam kot. Tapi betullah, nak memilih homestay yang selesa perlu teliti memilih. Tambahan lagi homestay yang mencecah ribuan ringgit. Uiiii, lagi lah kena berfikir puluh kali sebelum buat bayaran deposit.
 
 Artikel lain : Destinasi Percutian Menarik ke Jakarta

 
Homestay ada kolam renang di KelantanLast minit bertukar plan ke Kelantan. Malam yang sama, kami suami isteri buat kerja gila, mencari homestay bagaikan orang kurang waras. Lebih 20 Homestay di Kelantan kami telefon dan juga whatsapp bagi bertanyakan kekosongan. Homestay yang menjadi keutamaan kami adalah, homestay ada kolam renang di Kelantan.
 
Semua homestay yang kami inginkan penuh. Maklumlah, cuti tahun baru islam ( Maal Hijrah 1444H ). Kami di Pahang bercuti selama 3 hari, dan Kelantan adalah pilihan tempat bercuti murah di Malaysia. Eheheh. Ya, tak tipu!
 
Tengah malam tu, aku dapat satu homestay yang di rekomen oleh rakan blogger, ciknor. Dia juga menetap di Kelantan. Pemilik blog Norminieza .
 
 
Beli Barang di Kelantan 
 
Oleh sebab aku nak membeli belah di Rantau Panjang, makanya aku memilih homestay terdekat iaitu di Kg Lati. Homestay ni berkonsepkan  mewah dan moden, hanya RM 250 semalaman. Tapi itulah, suami dan keluarga pula takut nak tidur 2 malam disini. Homestay ni dah cantik sangat-sangat, tapi dikelilingi pokok-pokok getah. Seram wei! aku bukan apa, risau pontianak mengilai ke atau pak belang keluar jer. Tambahan lagi, adik aku ada bawa baby 4 bulan. Risau jer, sebarang kemungkinan berlaku di tengah malam. Homestay ni memang pedalaman. Line umobile pun takde sini.
 
 
Jika tidak silap aku, 30 minit perjalanan untuk ke Rantau Panjang. Sewaktu dalam perjalanan ke Rantau Panjang tu, siaran radio pun dah bertukar kepada siaran Thailand. Ada jumpa 2 temple Thailand juga lah sini. Google Maps bawa kami masuk ke jalan alternatif. Apa yang menariknya, pengamatan aku penduduk di Kelantan semuanya kaya raya. Tidak jumpa rumah perumahan, yang ada rumah banglo-banglo. Dasyat juga orang Kelantan, jika kaya betul-betul kaya raya. Jika miskin, sungguh-sungguh daif. Sepanjang perjalanan,  perasaan bercampur baur antara sedih dan kagum dengan penduduk Kelantan. Rumah banglo dan masjid memang banyak dibina, yang aku tahu Kelantan ramai berniaga. Usahawan berjaya!
 
Berbalik kepada cerita beli barang di Kelantan, aku berhajatkan ingin mencari set sudu garfu dan periuk. Benda lain, memang tiada dalam senarai. Tapi tulah, perempuan. Suami aku pun sama naik. Anak ada 4 orang, semuanya dapat ole-ole Kelantan dari suami.
 
Barang yang dibeli di Rantau Panjang ( Zon Bebas Cukai ): 
1. Kain pelikat cap gajah duduk  = RM 28
 
2. Periuk non stick Saiz 26cm = RM 90
 
3. Baju Blouse Zebra hijau= RM 35
 
4. Seluar Palazo = RM 35 ( Seluar palazo murah, di Kuantan dah jadi RM 50 sehelai )
 
5. Set sudu garfu = RM 50 ( harga asalnya sedozen sudu RM 28, manakala garfu RM 28 sedozen ) sedozen tu ada 6pcs jer.
 
6. Cermin mata hitam anak = RM 10
 
7. Beg dompet Soffea = RM 18
 
8. Baju budak dan seluar jean sepasang = RM 25 beli 2 pasang.
 
9. Legging kanak-kanak = RM 18 ( beli 2 helai )
 
10. Tali pinggang ( ni tak tahu harga, sebab suami cari sendiri )
 
 
 


 
 
Dek kesuntukan masa untuk memilih, aku beli barang di Kelantan hanya beberapa barangan sahaja. Ikutkan tikar, karpet, periuk nak lagi tambah. Allah tidak izinkan, ada sahaja perkara berlaku. Mungkin allah bagi hint supaya jangan boros. Masih muda lagi bulan.




Berdasarkan pengamatan aku semasa berada di Rantau Panjang. Antara barang wajib beli di Kelantan ( Rantau Panjang )  ialah :


1. Toto.
2. Kain selimut.
3. Periuk belanga.
4. Baju wanita.
5. Aneka asam dan kekacang. 
6. Set pingan mangkuk Corelle



Mengapa  aku sarankan begitu? sebab senarai barangan diatas satu keperluan. Harga pun murah-murah dan cantik. 


 
 
Apa yang aku lihat di Rantau Panjang, semua barangan disini gred. Maksudnya dia copy ori pun ada. Macam beg galas Carlo Rino, hanya RM 38. Suami aku membebel, katanya sini lagi murah daripada beg yang aku beli di GPO ( Genting Premium Outlet ) 3 bulan lepas. Jenis aku, sukakan yang berbaloi bila membeli. Biarlah mahal, janji boleh ulang pakai lama. Lagi pun, yang original tu kulit.
 
Keluar dari tempat membeli di Rantau Panjang, kami dikenakan Cukai sebanyak Rm 5 kerana barang melebihi RM 100. Bayar di kaunter Kastam, dan perlu  transfer  terus ke akaun yang dinyatakan.

 
 
Setelah siang hari penat berjalan-jalan membeli belah di Rantau Panjang. Sebelah malam, kami keluar seawal jam 6.30 petang untuk makan malam. Kami ketakutan, sebab sini pun bukan kawasan kami. Homestay pun pedalaman, risau pak belang keluar. HIhihi. Salah sendiri juga yang buat keputusan last minit.

 
Langit pun gelap gelita, seakan ingin ribut malam itu. Dan, aku meminta suami untuk berhenti makan malam di warung tepi jalan.
 
Misteri di Warung
 
Entahlah, sama ada kebetulan atau apa. Sebaik sahaja suami berhentikan kereta di warung tersebut, angin tiba-tiba kuat menerpa kearah mukaku sebaik daun pintu dibuka. Zapp! sekilas macam tu. Aku tergamam, dan tutup semula pintu. Tunggu angin hilang, kemudian aku keluar semula.
 
Lebih kurang 10 minit kemudian, kami 2 buah keluarga selesai memesan makanan. Satu lagi tiupan angin kencang memasuki warung. Botol-botol sos pecah, angin kencang selama 15 minit. Aku hanya melaungkan azan sederhana perlahan, dan kemudiannya angin terus hilang. Nyaris aku nak melarikan diri tau apabila 3 kali kena serangan angin macam tu. Teringat cerita Final Destination.
 
 
Menu makan malam yang aku pesan adalah :
 
Sup ketingSup Perut mudaSup tulangTomyamPaprik ayamTelur dadarNasi Goreng CinaMee GorengAir carrot 2Air Jagung 4Air Laici 3 
Keseluruhan makan malam berjumlah RM 108.00
 
Sup yang aku suka adalah Sup Keting Kelantan. Sedap dan lembut, kuahnya pun pekat. Cukup perasa, ada masam dan masin. Terbaik! sup keting tu, kalau tidak silap aku bahagian kaki lembu. Kenyal dan lembut. Antara negeri yang popular dengan masakan SUP.

 
Malam tersebut, mak aku sakit perut cirit birit diikuti abah pula sekitar jam 2 pagi muntah dan cirit birit tanpa henti. Yang peliknya, hanya mereka berdua sahaja yang terkena. Wallahualam.
 
 
Bertukar plan : menginap semalaman di Homestay Tumpat, Kelantan. Homestay  yang ada kolam renang di Tumpat
 
Hari yang sama aku dan suami menggelupur, mencari homestay lain di Tumpat. Perancangan awalnya, mahu membeli belah di Pengkalan Kubor. Jadi, kami sepakat memilih homestay Tumpat Kelantan. Macam biasa, suami memilih homestay ada kolam renang di Kelantan. Maka, terjumpalah satu homestay ni, Hasmi Homestay Tumpat.  Semalaman dengan bajet RM 250 sahaja, dilengkapi kolam renang. Rumah taman perumahan, walaupun kecil tetapi boleh lah bermalam.
 

Homestay di rantau panjang kelantan kebanyakannya  sudah penuh. Jadi, aku memilih dengan menginap semalaman di Hasmi Homestay & Pool Tumpat.
 
Homestay ini mempunyai gazebo dan meja batu untuk tetamu homestay berehat dan juga boleh barbeque.




Perancangan kami berubah lagi, memandangkan kenalan abah di Bunut Susu memberitahu bahawa ada berlaku tembakan di Pengkalan Kubor. Jadi, kami tidak mahu ambil risiko. Tukar ke rancangan membeli belah di Pasar Siti Khadijah,  1 jam jarak perjalanan kami. Sebelum kami ke Pasar Siti Khadijah, kami singgah ke Bunut Susu terlebih dahulu.
 
Disini, sejurus memasuki ke Bunut Susu. Pemandangan di kelilingi sawah padi, dan apa yang tidak best. Akibat kepesatan ekonomi, ramai penduduk membina rumah banglo sebuah satu lot. Ini menjadikan, saluran longkang kurang. Dan paling aku tidak suka sepanjang jalan menjadi semakin kecil. Dek kerana masing-masing memilih untuk membina banglo, sepatutnya boleh buat taman perumahan. Dapat jimatkan tanah.
 
Kami nyaris lagi nak termasuk ke bendang semasa mencari rumah waris abah tau. Google Maps punya penangan.  Proses mencari waris memakan masa sejam. 40 tahun terpisah katakan. Kami melepaskan penat hanya setengah jam sahaja, memandangkan kami perlu bergerak untuk ke Pasar Siti Khadijah.
 
 
Sebelum pulang ke Kuantan, kami singgah hanya setengah jam sahaja di sana. Bangunan Pasar Siti Khadijah mempunyai 3 tingkat. aku hanya sempat menerjah ke tingkat dua dan bawah sahaja. Iaitu bahagian kain pasang, tudung, kerongsang dan kain telekung. Tingkat bawah menjual bahan-bahan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ikan masin, dan buah- buahan. Buat korang rambang mata, dalam bangunan Siti Khadijah dipenuhi dengan kedai emas. Jenuh lah melihatnya.
 
          Baca artikel : Berbaloi menulis dengan Artikel Mesra SEO

 
Sesuai sangat bagi sesiapa yang ingin mahu mulakan perniagaan. Boleh membeli secara borong seperti pakaian, tudung, kain telekung dan kain batik. Kain telekung Siti Khadijah copy original pun cantik, murah je RM 50. Aku nak beli sebenarnya, tapi tidak sempat. Sebab ada satu insiden, dimana aku dan adik bongsu ke tandas.
 
 Isu air di Pasar Siti Khadijah
Kami terpaksa menggangkut air dari belakang tandas, bahagian tu pula macam pasar tempat potong ayam. Antara rela dan tidak, terpaksa menimba air satu baldi dari sana. Huhuhu~ ia satu pengalaman buruk yang aku terima. Apapun, buat kerajaan Negeri Kelantan tolong lah buat sesuatu. Dek kerana isu air begini, pengunjung takkan jejakkan kaki lagi ke sini. Mood membeli-belah pun dah mati.

 
 
Berbalik kepada cerita beli barang di Kelantan, kami sekeluarga sangat seronok dengan  percutian kali ini. Perjalanan selama 7 jam, dari Kuantan ke Kelantan. Pitsop kami Pasir Mas - Tumpat - Rantau Panjang - Kota Bahru - Bunut Susu.   Walaupun kami menerima dugaan pelbagai sewaktu berada di bumi serambi mekah, kami reda dengan ketentuan allah. Teruja dan kagum dengan adat budaya serta kepesatan ekonomi di Kelantan. Memasuki bandar Kelantan, terlalu banyak kedai-kedai emas berbanding Shopping Complex. Aku rasa, dah boleh tukar Bumi Emas Kelantan. Hahah. Lawak jer ye. Jangan kecil hati.
 
 
 
 Facebook : Nor Azlina Mohd Ali 


 
 
 
 
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2022/08/beli%20barang%20di%20kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 646 hits
Assalamualaikum Kita stop dulu review review barang nie Untuk tahun 2022 ini catatan pertama kami untuk memulakan family camping Sebelum ini Fiza dah share barang barang dan keperluan asas dalam camping terutamanya apabila kita bercamping d...
Cukai Jualan 10 Beli Barang Import Rm500 Ke Bawah Mulai 2023

Cukai Jualan 10 Beli Barang Import Rm500 Ke Bawah Mulai 2023

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 421 hits
Tahukah anda bermula 1 Januari 2023 setiap pembelian barangan RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara akan dikenakan cukai jualan 10 Ini bermaksud semua pembelian dalam talian yang dibawa masuk dari luar negara atau be...
Ini Punca Utama Kenapa Anda Terlajak Habiskan Duit Beli Barang Yang Tak Perlu Berulang Ulang

Ini Punca Utama Kenapa Anda Terlajak Habiskan Duit Beli Barang Yang Tak Perlu Berulang Ulang

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 296 hits
Berapa kali dalam hidup anda beli barang tak perlu Tak perlu ertinya kalau tak beli pun tak apa Bila tak perlu maka tak berapa ataulansung tak pakai Masa awal baru beli saja mungkin digunakan Selepas itu terbiar begitu saja Kemudian ulang l...
Cara Cuci Barang Kemas Nampak Macam Baru Beli Guna 3 Bahan Ni Terus Berkilau

Cara Cuci Barang Kemas Nampak Macam Baru Beli Guna 3 Bahan Ni Terus Berkilau

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 249 hits
Barang kemas yang dipakai lama semakin hilang kilauannya dan nampak kusam Tak perlu bawa ke kedai untuk mencuci cuci sahaja menggunakan tiga bahan mudah di rumah Tip perkongsian pengguna Tik Tok eija nazrin 4ever yang berkongsi tip mudah un...
Pengalaman Beli Barang Di Decathlon Shah Alam Cuba Sekali Terus Melekat

Pengalaman Beli Barang Di Decathlon Shah Alam Cuba Sekali Terus Melekat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 281 hits
Kedai Decathlon ini dah lama saya dengar Kali pertamanya disebut oleh kawan yang tinggal di Shah Alam juga Kawan tu jenis yang suka mengembara dan kerap masuk melepak dua atau tiga hari dalam hutan Masa dia sebut tentang kedai Decathlon tu ...
Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 422 hits
Tak salah pihak luar bantu orang miskin di Kelantan tapi janganlah masyarakat hentam kerajaan pemimpin Kelantan Timb MBKerajaan Kelantan tidak menghalang mana mana pihak menyalurkan bantuan kepada masyarakat daif dan miskin di negeri itu te...
Hiburan Budaya Menggelar Sangat Kuat Enggan Lagi Pulang Kerana Dihina Lelaki Kongsi Pengalaman Hidup Di Kelantan

Hiburan Budaya Menggelar Sangat Kuat Enggan Lagi Pulang Kerana Dihina Lelaki Kongsi Pengalaman Hidup Di Kelantan

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 136 hits
Satu perkongsian di oleh saudara Mohd Faisal baru baru ini ternyata telah menjentik emosi netizen berikutan pengalamannya hidup di sebuah negeri yang membuatkan dirinya fobia dan enggan berpaling lagi meskipun dibesarkan di sana Cerita Mohd...
Sultan Kelantan Perkenan Isytiharkan Sultanah Kelantan

Sultan Kelantan Perkenan Isytiharkan Sultanah Kelantan

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 284 hits
Sultan Kelantan Perkenan Isytiharkan Sultanah Kelantan Pastinya rakyat Kelantan Darul Naim cukup gembira bila Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord