Ini Koleksi Resipi Sarapan Untuk 2 Minggu Mak Mak Boleh Cuba


Beberapa hari je lagi anak-anak akan kembali ke sekolah dalam pada sibuk dengan persiapan ke sekolah, jangan lupa sarapan juga penting  untuk memastikan anak kekal bertenaga sepanjang hari di sekolah. Tak tahu nak buat sarapan apa, ini ada 15 menu mudah yang korang boleh cuba atau dijadikan idea untuk cipta menu sarapan baru.
 BAKED BREAKFAST OMELETTE
BAHAN-BAHAN:        
4 biji telur gred A½ cawan susu segar¼ cawan cincangan sosej/pepperoni1 biji tomato | cincang2 sudu makan parutan keju – Mozarela/Romano/Parmesan1 sudu makan cincangan daun basilGaram, lada hitam dan lada sulah secukupnyaMentega secukupnyaCARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.Angkat dan sedia dihidangkan. 
ROTI BAKAR TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti2-4 biji telurMentega secukupnyaKaya secukupnyaGaram dan lada sulah secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Bakar roti hingga perang.Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).Letakkan telur di atas roti bakar dan tabur sedikit garam dan lada sulah.
NASI GORENG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk2 batang sosej | bulat nipis2 sudu makan cincangan daun bawang3 ulas bawang putih4 biji cili padi2cm belacanGaram dan lada sulah secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
TORTILLA SAMBAL SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping tortilla segera  | nyah bekukan3-4 ketul sardin dalam tin2 sudu makan cili kisar1 labu bawang besar | cincang dadu1 biji tomato | cincang dadu4-5 biji cili padi | cincang halus2 keping asam kepingGaram dan lada sulah secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang cincang dan cili kisar hingga cili masak.Masukkan ikan sardin, asam keping, tomato dan cili padi. Didihkan beberapa minit.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Di dalam kuali leper (non stick), panaskan tortilla hingga agak perang. Ulangi langkah hingga selesai.Bentukkan tortilla mengikut cita rasa masing-masing dan hidangkan bersama sambal sardin dan sedikit daun salad jika suka.
BURITOS AYAM & CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
2 keping tortilla2 keping dada ayam10 biji cendawan butang | hiris nipis150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning2 sudu makan mayones1 sudu teh oregano keringDaun salad secukupnyaGaram, lada hitam dan lada sulah secukup rasaMinyak zaitun secukupnyaCARA MEMASAK:
Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pada kepingan ayam lalu dipanggang dengan sedikit minyak zaitun hingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dalam kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.Tortilla dipanaskan sedikit di dalam kuali leper. Angkat dan ketepikan.Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pada tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.
PRATA  TELUR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan1 labu bawang besar | cincang halus3 biji telur1 sudu makan cincangan daun bawangGaram dan lada sulah secukup rasaMinyak zaitun secukupnyaCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.
ROTI GULUNG BERINTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti3 biji telur | pukul sedikit dengan garpu1 cawan tuna flakes (dalam tin)         | toskan1 labu bawang besar | cincang halus1 biji cili merah | cincang halus1 biji cili hijau| cincang halus1 sudu teh paprikaGaram dan lada sulah secukup rasaCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.Roti dibuang tepinya dan dileperkan.Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yang telah dileperkan. Sapu sekeliling roti dengan sedikit telur.  Gulung dan kemaskan.Celup roti ke dalam bancuhan telur.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng gulungan roti hingga keperang-perangan. Toskan dan sedia hidangkan.
SANDWICH AYAM  & SALAD
BAHAN-BAHAN:
400gm ayam (bahagian dada)4-5 sudu makan mayonesDaun salad secukupnyaBaguette Perancis secukupnyaMentega secukupnyaGaram, lada sulah dan lada hitam secukup rasaCARA MEMASAK:
Ayam dilumur dengan sedikit garam, lada sulah dan lada hitam lalu dipanggang hingga masak dan cincang halus.Campurkan mayones ke dalam mangkuk berisi cincangan ayam dan gaul rata.Tambahkan lada sulah/lada hitam dan gaul sebati. Ketepikan.Sapu sedikit mentega ke atas roti.Letakkan sekeping daun salad ke atas roti.Letakkan sesudu campuran ayam dan ratakan di atas roti.Ambil sekeping lagi roti yang telah disapu mentega dan tutup seperti sandwic.Sedia dihidangkan.
LEMPENG  MINI GULA MERAH KELAPA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum280ml susu segar30gm gula halus50gm kelapa parut  | putihnya sahaja1 biji telur   | pukul sedikit dengan garpu2 sudu makan mentega | cairkan1 sudu teh serbuk penaikAir gula merah secukupnyaCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.Panaskan kuali leper (non stick). Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.
TELUR HANCUR & CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur8 biji cendawan butang | hiris nipis1 biji tomato | cincang1 sudu makan cincangan cili benggala½ cawan susu segar½ cawan parutan keju parmesan+mozzarellaGaram dan lada sulah secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk; pukul telur bersama susu, garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tuang bancuhan telur dan masak hingga agak kental.Masukkan cincangan cendawan, cili benggala, parutan keju dan cincangan tomato. Gaul sebati dan hancurkan.Hidangkan bersama kepingan roti, salad dan sos pilihan jika mahu.
SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)2 batang jejari ketam | potong kecil8-10 ekor udang sederhana | bersihkan5-6 biji cili padi | hiris halus3 ulas bawang putih | cincang halus1 sudu makan cili kisar1 sudu makan sos tiram1 sudu makan cincangan daun bawangGaram dan lada sulah secukup rasaMinyak zaitun secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Angkat dan sedia dinikmati.
LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI
BAHAN-BAHAN A:
1 cawan tepung gandum¾ cawan air1 biji telurSecubit garamBAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
15 biji cili padi hijau4 biji cili hijau5 ulas bawang merah1 labu bawang besar | potong bulat100gm ikan tahai | bersihkan3cm belacan1 sudu teh air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaAir secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka boleh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yang telah dibersihkan dan didihkan hingga beberapa minit.Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.
LEMPENG SAYURAN DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum¾ cawan air6-8 ekor udang sederhana | cincang kasar1 biji cili merah  | cincang halus3 biji tomato ceri | cincang dadu1 labu bawang besar  | cincang halus1 sudu makan cincangan daun bawang1 sudu makan parutan lobak merah½ sudu teh garam¼ sudu teh lada sulah¼ sudu teh serbuk penaikCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non stick). Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali.Masak lempeng hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Sedia dihidangkan.
WESTERN EGG SKILLET
BAHAN-BAHAN:
½ cawan susu segar + krim masakan¼ cawan air2 sudu makan minyak zaitun2-3  biji telur3 batang sosej | hiris nipis4 keping roti (sourdough bread) | potong dadu1 labu bawang besar | mayang halus1 biji cili benggala | hiris nipis10 bij tomato ceri           | belah dua2 sudu makan cincangan parsli¼ sudu teh serbuk cayenne¼ sudu teh serbuk lada hitamGaram dan lada sulah secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.Tuang minyak zaitun dalam kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dalam ketuhar.Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato. Masak dalam ketuhar selama 5-6 minit atau hingga semua bahan lembut.Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati. Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dari ketuhar.Lubangkan 2-3 bahagian roti dalam kuali tadi dan pecahkan telur di dalamnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dalam kuali. Masukkan kembali dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.
NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk2 sudu makan mentega2 biji telur10 ekor udang segar | bersihkan2-3 ulas bawang putih  | cincang halusSedikit cincangan daun bawang | hiasanGaram, lada sulah dan lada hitam secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang. 
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/ini-koleksi-resipi-sarapan-untuk-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Koleksi Resipi Sotong Paling Senang Masak Mak Mak Boleh Cuba Ni

8 Koleksi Resipi Sotong Paling Senang Masak Mak Mak Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 637 hits
Sotong antara seafood yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap mudah disedia dan sedapdimakan Menariknya sotong boleh dipelbagai cara memasak dan menu ikut selera keluarga korang Kepada penggemar sotong berikut RASA kongsikan lapan res...
Satu Pes Boleh Masak Macam Macam Lauk Mak Mak Sibuk Boleh Cuba Ni

Satu Pes Boleh Masak Macam Macam Lauk Mak Mak Sibuk Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 544 hits
Berita baik untuk mak mak sibuk terutamanya yang bekerja Jom kita masak secara bijak hanya dengan menggunakan pes ajaib ini tanpa perlu bersilat di dapur setiap hari Cuba ambik sedikit masa hujung minggu sediakan pes ajaib untuk kemudahan d...
Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 455 hits
Bila fikirkan koyakan masa bersalin ngilunya seperti terasa Rupa rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini URUTAN PERINEUM Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika ham...
3 Menu Dessert Dari Buah Naga Yang Osem Boleh Cuba Ni

3 Menu Dessert Dari Buah Naga Yang Osem Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 576 hits
Sedapnya buah naga kalau anda penggemar buah yang kaya khasiat ini cer cuba pelbagaikan cara pengambilannya dengan mengolah buah eksotik dalam beberapa menu deseert yang sedap Tak percaya ini RASA kongsikan tiga resipi dessert yang sedap Ka...
Dyra Bakey Academy Terbuka Untuk Semua Adik Adik Kakak Kakak Mak Mak Pun Boleh

Dyra Bakey Academy Terbuka Untuk Semua Adik Adik Kakak Kakak Mak Mak Pun Boleh

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 523 hits
Siapa nak belajar masak Cuti sekolah ni mesti adik adik banyak masa lapang Kalau terasa nak cari duit poket apakata belajar buat pasteri cookies dan lauk pauk Nanti bila dah mahir tu boleh buat tempahan on line Ni Min kongsi info mengenai D...
Bapa Ini Kongsi Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Mak Ayah Kena Pandai Pengaruhi Anak

Bapa Ini Kongsi Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Mak Ayah Kena Pandai Pengaruhi Anak

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 593 hits
Anak kecil memang tidak lepas dari mainan Ke mana sahaja dia pergi jika nampak mainan pasti hendak memilikinya Bagaimana cara nak dapat Itu mengikut kreativiti mereka Ada yang menangis ada yang tantrum dan ada yang minta tanpa tangisan Dise...
Ini 4 Cara Goreng Kacang Tanah Gerenti Tak Hangus Korang Boleh Cuba

Ini 4 Cara Goreng Kacang Tanah Gerenti Tak Hangus Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 729 hits
Goreng kacang tanah dengar macam senangkan tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak Nak tahu macam mana cara yang sempurna gore...
Awas Kelahiran Boleh Terjadi Seawal 28 Minggu Peka 3 Tanda Bersalin Ini Walaupun Tarikh Jangkaan Masih Jauh

Awas Kelahiran Boleh Terjadi Seawal 28 Minggu Peka 3 Tanda Bersalin Ini Walaupun Tarikh Jangkaan Masih Jauh

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 479 hits
Kelahiran tidak semestinya berlaku seperti dijangka Ada yang terjadi seawal minggu ke 28 kehamilan yang dikategorikan sebagai kelahiran pramatang Mama papa tolong peka tanda tanda bersalin walau pun tarikh jangkaan masih lagi jauh Ia mungki...
5 Tip Santan Tak Pecah Korang Boleh Cuba Ni

5 Tip Santan Tak Pecah Korang Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 492 hits
Alamak santan pecah mesti geramkan Sebenarnya istilah ini merujuk pada santan yang digunakan sebati dengan kuah masakan Hasilnya kuah lemak tidak cantik teksturnya dan kurang lemak aroma santan juga tidak naik Korang jangan bimbang ini ada ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Experience The Power Of Unlimited Website Traffic

Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km