8 Koleksi Resipi Sotong Paling Senang Masak Mak Mak Boleh Cuba Ni
Sotong, antara seafood yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap, mudah disedia dan sedap
dimakan. Menariknya sotong boleh dipelbagai cara memasak dan menu ikut selera keluarga korang.
Kepada penggemar sotong, berikut RASA kongsikan lapan resipi sotong yang mudah disdiakan dan
sedap rasanya:_
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos2 sudu makan sos cili Thai1 sudu makan sos cili1 sudu makan sos plum1/2 sudu makan minyak masak1 biji bawang besar | cincang2 ulas bawang putih | cincang2cm halia muda | hiris halus2 biji cili merah | cincang halusGaram secukup rasaBAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih | kisar kasar1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar1 biji telurSedikit hirisan daun bawangSedikit hirisan daun ketumbar1 sudu teh garam1 sudu teh serbuk lada sulahCARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Panaskan pengukus.
3. Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
6. Sementara itu sediakan sos.
7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
11. Sotong sedia dihidangkan.
KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya200gm beras pulut susu | rendam150gm santan pekat campur 3 cawan air1 tin cendawan butang dalam tin 1 batang serai | titik1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul1 cili hijau | belah dua1 cil merah | belah dua10 cili api sebiji-sebijiGaram, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR1 batan serai4buah keras1/4 inci lengkuas1/4 inci halia1 bawang besar2 bawang putih1 inci kunyit hidupCARA MEMASAK:
1. Asingkan kepala dan badan sotong
2. Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
3. Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
4. Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
5. Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
6. Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan
cili padi.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8.Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung
jagung).
9. Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
10. Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
SOTONG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | dihiris bulat6 ulas bawang merah | dihiris3 ulas bawang putih | dicincang3cm halia muda | dihiris memanjang15biji cili padi | dihiris2 batang serai |dihiris1 sudu makan sos tiram1 sudu teh air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak secukupnya untuk menumisCARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, di dalam kuali, masukkan sotong dan kacau.
2. Apabla sotong kecut angkat dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumiskan bahan hirisan dan cincang hingga naik bau.
4. Masukkan sotong tadi, tambahkan sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG KERING BERKACANG:
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong kering |dikembangkan terlebih dahulu10 batang kacang panjang | dipotong 3cm6 ulas bawang merah | dikisar3 ulas bawang putih | dikisar3 sudu makan pes cili kering1 sudu makan air asam jawa1 sudu makan sos ciliGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumis.CARA MEMASAK:
1. Sotong kering yang telah dikembangkan, cuci kemudian hiris memanjang dan toskan.
2. Panaskan kuali, tmiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan pes cili kering tumis hingga pecah minyak
4. Masukkan pula sotong, kacau lagi.
5. Apabila sotong sudah kecut, maskkan air asam jawa, garam dan gula secukupna.
6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat baru masukkan kacang panjang.
7. Setelah kacang panjang layu, angkat dan hidangkan.
GULAI SOTONG PADANG
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong saiz XL | bersihkan dan potong bulat500ml santan2 helai daun salam3 helai daun limau purut1 helai daun kunyit | disiat-siat dan simpul2.5 lengkuas |dititik2 batang serai | dititik2 keping asam gelugorGaram dan gula secukupnyaMinyak secukupnya untuk menumisBAHAN-BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah5 ulas bawang putih5 biji cili kering3 biji cili merah1 sudu teh ketumbar biji1/2 sudu teh jintan manis2.5cm kunyit hidup3 biji buah kerasCARA MEMASAK:
1. Panas minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan santan, kacau sehingga mereneh.
3. Tambahkan asam gelugor, daun salam,limau purut, kunyit, lengkuas dan serai titik.
4. Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Biarkan mereneh 2-3 minit lagi.
6. Tutup api dan hidangkan.
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong saiz XXL | dibersihkan, potong bulat dan toskan500ml santanSedikit rempah penumis | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang2 sudu makan rempah kari daging1 sudu makan rempah kari ikan1 sudu makan serbuk cili1 sudu teh serbuk kunyit3 sudu makan air asam jawa5 ulas bawang merah | dihiris4 ulas bawang putih | dihiris3cm halia | dihiris2 batang serai | dititik1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainyaGaram dan gula secukupnyaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis bersama bahan hirisan dan titik
bersama daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari daging, ikan dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan sotong. Biarkan mereneh seketika.
4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
5. Selepas 2-3 minit, tutup api dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz XXL | dihiris bulat3 helai daun limau purut | dihiris kasar3 sudu makan pes cili kering2 sudu makan kicap pekat manis1sudu makan air asam jawa4 ulas bawang merah | dikisar kasar3 ulas bawang putih | dikisar kasar2.5cm halia |dikisar kasar1 batang serai |dititik1biji bawang besar |dihiris bulatGaram dan gula secukupnyaSedikit minyak untuk menumisCARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong kemudian tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
3. Masukkan pula pes cili kering dan daun limau purut, kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Seterusnya, masukkan sotong dan air asam jawa, kacau lagi hingga sotong layu.
5. Akhir sekali, lengkapkan rasa dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
SOTONG BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500 sotong saiz XL | dibersih dan toskan350ml santan1 keping asam gelugor2 kuntum bunga katan| dihiris menyerongGaram dan gula secukupnyaMinyak untuk menumisBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2cm lengkuas3cm kunyit hidup3 biji cili merah5 biji cili padiCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan santan dan kacau rata sehingga kuah agak pekat.
3. Masukkan sotong, asam gelugor.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Kecilkan api dan reneh sehingga kuah pekat.
6. Masukkan hirisan bunga kantan, kacau seketika dan angkat.
7. Sedia dihidangkan.
Komen anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/8-koleksi-resipi-sotong-paling-senang.html