Awas Kelahiran Boleh Terjadi Seawal 28 Minggu Peka 3 Tanda Bersalin Ini Walaupun Tarikh Jangkaan Masih Jauh


Kelahiran tidak semestinya berlaku seperti dijangka. Ada yang terjadi seawal minggu ke-28 kehamilan yang dikategorikan sebagai kelahiran pramatang. Mama papa tolong peka tanda-tanda bersalin walau pun tarikh jangkaan masih lagi jauh. Ia mungkin kelahiran pramatang!
Selalunya ibu pertama kali tidak tahu mengenai tanda-tanda kelahiran kerana tiada pengalaman. Apatah lagi kelahiran pramatang ini yang berlaku sebelum tarikh jangkaan bersalin. Tetapi kepekaan kepada tanda-tanda kelahiran pramatang amat penting untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

Menurut Dr Mohd Daud Yahaya, Doktor Kanan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital PUSRAWI Sdn Bhd, kelahiran pramatang bermaksud kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 37. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka.
TAHAP-TAHAP KELAHIRAN PRAMATANG    Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke sebelum minggu 37 Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34 Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 31 minggu Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu Terdapat perbezaan di antara keguguran dan kelahiran pramatang. Keguguran berlaku di bawah usia 22 minggu manakala kelahiran pramatang pula lahir di bawah 37 minggu.
Setiap ibu hamil wajib tahu tentang tanda-tanda kelahiran pramatang sebagai persediaan menghadapi dan mengelakkan panik. Ia memang tidak boleh dijangka serta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

3 BERLAKUNYA KELAHIRAN PRAMATANG Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu sebelum 37 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda  yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
#1 Berlakunya pendarahan atau turun darah secara tiba-tiba (show).
#2 Rasa kekejangan atau cramp pada bahagian perut  atau abdomen.
#3 Berlaku kontraksi secara berpanjangan.
IBU YANG BERISIKO TINGGI MENGHADAPI KELAHIRAN PRAMATANG
Ibu mempunyai sejarah kelahiran pramatang sebelum ini. Kehamilan bayi kembar. Jarak kehamilan kurang dari enam bulan dengan kehamilan sebelum ini. Kehamilan hasil daripada teknik in vitro fertilization (IVF). Ibu yang mempunyai masalah pada uterus, pangkal rahim atau plasenta previa. Ibu yang merokok atau mengambil dadah. Ibu yang mengalami kekurangan nutrien semasa hamil. Ibu yang tidak naik berat badan pada tahap sepatutnya semasa hamil . Jangkitan kuman pada air ketuban dan vagina. Ibu yang mengalami darah tinggi dan kencing manis yang kronik. Berat badan kurang atau melebihi paras normal sebelum hamil. Mengalami tekanan perasaan atau stres. Ibu pernah keguguran sebelum ini. Mengalami kecederaan atau trauma. Air ketuban yang banyak. Ibu yang mempunyai masalah fibroid.
SEGERA KE HOSPITAL BILA ADA TANDA-TANDA Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke wad dan doktor akan melakukan pemeriksaan dan menilai keadaan pesakit dan janin.

JIKA TERLALU AWAL, DOKTOR AKAN CUBA RAWAT & TANGGUH KELAHIRAN Doktor akan cuba merawat penyebab dan tanda kelahiran pramatang tersebut sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan bayi. Seboleh-bolehnya doktor akan cuba menangguhkan kelahiran dengan menjalankan non active procedure.
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal. Hanya segelintir yang memerlukan pembedahan caesarean.

PEMERIKSAAN ANTENATAL MESTI MENGIKUT JADUAL Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Kaunseling sebelum merancang untuk hamil adalah disarankan.
 
The post Awas! Kelahiran Boleh Terjadi Seawal 28 Minggu. Peka 3 Tanda Bersalin Ini Walaupun Tarikh Jangkaan Masih Jauh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/awas-kelahiran-boleh-terjadi-seawal-28-minggu-peka-3-tanda-bersalin-ini-walaupun-tarikh-jangkaan-masih-jauh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendarahan Dari Faraj Ketika Mengandung Boleh Jadi Tanda Sesuatu Yang Serius Pada Ibu Atau Janin Walau Pun Secalit

Pendarahan Dari Faraj Ketika Mengandung Boleh Jadi Tanda Sesuatu Yang Serius Pada Ibu Atau Janin Walau Pun Secalit

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 596 hits
Pendarahan dari faraj ketika mengandung boleh jadi petanda sesuatu yang serius pada ibu atau janin Berhati hatilah ibu ibu semua walau pun secalit Jangan ambil mudah dan hanya berteka teki sendiri Pendarahan atau bleeding masa hamil perlu d...
Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin

Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 416 hits
Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang semasa bersalin Ikan kembung gatal Ikan cencaru tajam Ikan siakap boleh menyebabkan bentan Ikan sardin gatal Semua makanan dalam tin tinggi garam angin dan bisa Sayur kangkung sejuk d...
Ini Koleksi Resipi Sarapan Untuk 2 Minggu Mak Mak Boleh Cuba

Ini Koleksi Resipi Sarapan Untuk 2 Minggu Mak Mak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 570 hits
Beberapa hari je lagi anak anak akan kembali ke sekolah dalam pada sibuk dengan persiapan ke sekolah jangan lupa sarapan juga penting untuk memastikan anak kekal bertenaga sepanjang hari di sekolah Tak tahu nak buat sarapan apa ini ada 15 m...
Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 449 hits
Bila fikirkan koyakan masa bersalin ngilunya seperti terasa Rupa rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini URUTAN PERINEUM Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika ham...
Ibu Kembar 4 Kongsi Momen Kehamilan Minggu Ke 23 Dah Mula Kontraksi Bersalin Pada Minggu Ke 35

Ibu Kembar 4 Kongsi Momen Kehamilan Minggu Ke 23 Dah Mula Kontraksi Bersalin Pada Minggu Ke 35

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 682 hits
Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru baru ini tel...
Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan

Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 288 hits
Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa TindakanPada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan
Tiba Hari Bersalin Boleh Lahir Normal Almy Rasa Lega Kerana Sebelum Ini Bayi Songsang

Tiba Hari Bersalin Boleh Lahir Normal Almy Rasa Lega Kerana Sebelum Ini Bayi Songsang

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 350 hits
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz bersama isteri Datin Almy Nadia selamat menimang cahaya mata perempuan ketiganya Sabtu lalu Berita gembira itu dikongsi Fizz menerusi akaun Instagramnya fizzfairuzofficial Alhamdulilah isteri saya dah se...
Apa Itu Forseps Dan Vakum Yang Digunakan Semasa Bersalin Ini 11 Info Tentang Alat Bantuan Kelahiran

Apa Itu Forseps Dan Vakum Yang Digunakan Semasa Bersalin Ini 11 Info Tentang Alat Bantuan Kelahiran

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 425 hits
Kelahiran yang dibantu lazimnya melibatkan penggunaan forsep atau ventouse atau lebih dikenali sebagai vakum Kedua duanya merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar Proses kelahiran yang memakan lebih ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp