Ini Jambatan Thai Siapa Untung Thai M Sia S Pura Lks Biadap


 

Jambatan darat Thai, KXP dan industri kargo
HARI itu aku ada tulis gambaran kasar mengenai Jambatan Darat Thailand yang akan mengembangkan sektor penghantaran kargo selain sektor perkapalan dan pelabuhan. 
Sebenarnya idea Kedah Aerotropolis terutamanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) juga menjurus kepada perkhidmatan perindustrian kargo pada skala yang besar dan tidak terhad kepada eksport-import kargo

Isu ni aku dah pernah ulas sebelum ni. KXP sudah memperkenalkan model bisnes baharu yang bukan lagi tumpu kepada penerbangan penumpang mahupun belly cargo.
Model bisnes KXP sudah menapak satu tapak jauh ke hadapan dalam aspek perkhidmatan pengendalian kargo iaitu untuk menjadi transhipment cargo hub sebagai pangkalan utama di Asia Tenggara (full-fledged freighter service). 
Transhipment cargo hub ini fokus dia sebagai transit untuk penghantaran kargo daripada China, Luxembourg (pasaran kargo utama di Eropah), Afrika Utara, Timur Tengah dan sebagainya

Kargo-kargo ini akan transit di KXP sebelum bergerak ke region Asia Pasifik dalam kalangan negara ASEAN sendiri termasuklah Australia dan New Zealand. 
Kapasiti KXP diunjurkan boleh kendalikan sehingga 300,000 tan kargo dalam tempoh 3 tahun dan sasaran 500,000 tan untuk 5 tahun ke depan. 
Kalau Henan Province Airport Group pula kendalikan kira-kira 1 juta tan kargo setiap tahun. KXP AirportCity Holding ada buat MoU dengan Henan Province Group masa LIMA baru-baru ni untuk cawangan baharu Henan di Kedah Aerotropolis. 
Setakat ini Kerajaan Negeri di bawah KXP Airport City Holdings Sdn Bhd bersama-sama Tahira Air Sdn Bhd sudah menubuhkan syarikat berkeperluan khas (SPV) iaitu Kedah Aerotropolis Sdn Bhd. 
Tahira Air ada hubungan strategik dengan Henan Province Airport Group yang juga kendalikan transhipment cargo dan menjadi antara pemain utama dalam industri kargo selain yang ada di Luxembourg. 
Syarikat Tahira ini juga mengendalikan bisnes dalam rantaian bekalan logistik bersempadan (integrated logistics supply chain). 
Jadi, soal kredibiliti bukan lagi isu untuk Tahira Air Sdn Bhd yang akan menjadi main operator untuk KXP dan Kedah Aerotropolis bersama-sama KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd

Fungsi lain yang menjadi tarikan utama kepada Kedah Aerotropolis ini adalah komponen MRO, SLAM dan Centre of Excellence. 
MRO ni adalah penyelenggaraan, pembaikan dan overhaul penerbangan. 
SLAM adalah hub Logisitik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam. 
Centre of Excellence memfokuskan tenaga kerja mahir. 
Jadi, pakej fasiliti yang ada dalam Kedah Aerotropolis ni cukup lengkap. Komprehensif untuk perkhidmatan bukan sahaja tranship kargo, tetapi juga perkhidmatan aviation, logistics dan sebagainya

Tambah lagi boleh bantu jadi catalyst untuk perindustrian di Kulim Hi Tech Park. 
Point aku adalah, Kedah Aerotropolis ni boleh angkat Malaysia menjadi hub kargo udara terkemuka. 
Kalau Thailand kata Land Bridge boleh majukan pengangkutan kargo dalam sektor perkapalan, kita boleh jadikan Kedah Aerotropolis sebagai hub transhipment kargo penerbangan yang utama di Asia Tenggara

Selain daripada kita melihat kepada sektor perkapalan dan pelabuhan, elok kita bagi tumpuan yang seimbang untuk merealisasikan Kedah Aerotropolis sebagai transhipment cargo hub tadi. Kan na?  
HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 14/12/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini jambatan Thai, siapa untung, Thai-M'sia-S'pura? & LKS biadap.

Lihat komen ini.

(i) Mudahnya jadi warganegara M'sia. Kerana kewarganegaraan satu generasi terpakai buat anak, cucu.. Lihat penjelasan ini.
Hussin Ismail
Di KL, persoalan sama ada kewarganegaraan diberikan kepada satu generasi dalam negara ini juga melibatkan anak dan cucu ditimbulkan dalam hari terakhir sidang Dewan Negara.

Senator Hussin Ismail yang mengutarakan persoalan tersebut meminta penjelasan daripada kerajaan sambil menambah bahawa satu daripada syarat untuk menjadi warganegara negara ini ialah penggunaan bahasa.
Menjawab soalan tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa satu generasi akan mendapat warganegara melalui penguatkuasaan Undang-Undang 14.1B.
(Ikuti penjelasan lanjut 'Kewarganegaraan satu generasi terpakai buat anak, cucu?' -HARAKAHDAILY 14/12/2023)
(ii) Benarkah 'Kenyataan Kit Siang biadap, Melayu Islam perlu sedar' kata WAN MUHAMMAD ARIF WAN BAZLI FARIZ selaku Presiden GAMIS.
Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz
Ringkasnya, menurut beliau, GAMIS mengecam satu kenyataan biadap pimpinan veteran DAP, Lim Kit Siang pada 29 November lalu yang menyebut ‘Tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,’ selain berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri.
Biarpun tiada sekatan khusus yang menyatakan seorang Perdana Menteri perlu dari kalangan orang Melayu, dan Perkara 43(2) hanya menyatakan YDPA boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut, GAMIS menyelar kenyataan LKS dengan membawakan empat hujah berdasarkan perlembagaan, adat politik dan logik:
1. Apabila perlembagaan sendiri mengangkat agama Islam sebagai agama Persekutuan, sewajarnya perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan juga beragama Islam.
2. Terdapat perlembagaan negeri yang meletakkan Melayu Islam sebagai syarat untuk Menteri Besar, contohnya:a. Perkara 51 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
b. Perkara 37 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis 1959.
c. Perkara 35(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah 1959.
d. Fasal 2 dan fasal 24, Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk (Perlembagaan Negeri Terengganu)
Maka, amalan melantik perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di kala sebahagian negeri-negeri mensyaratkan orang Melayu dan beragama Islam untuk Menteri Besar, adalah jelas bertentangan dengan semangat federalisme yang patut diamalkan di Malaysia.
3. Menurut pakar undang-undang Malaysia Prof. Datuk Shad Saleem Faruqi, ia merupakan konvensyen (amalan politik kebiasaan) bahawa Perdana Menteri Malaysia yang dilantik haruslah lelaki, Melayu, dan beragama Islam. Biarpun pelanggaran terhadap konvensyen tidak akan menjadikan seseorang itu dihadapkan ke mahkamah, namun konvensyen mempunyai nilai yang penting dalam menafsirkan perlembagaan. Malah, peguam British Sir Ivor Jennings juga mengibaratkan konvensyen itu umpama “The flesh that clothes the dry bones of the law”
4. Pakar Sejarah Negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sendiri berkata bahawa Perdana Menteri haruslah orang Melayu kerana kaum Majoriti negara ini ialah orang Melayu (57.7%) diikuti oleh bangsa Cina (22.8%), India (6.6%) dan kaum lain-lain (12.9%). Oleh itu, pelantikan pemimpin negara mestilah dilantik dalam kalangan kaum yang paling dominan atau berpengaruh.
(Lanjut sila rujuk ''Kenyataan Kit Siang biadap, Melayu Islam perlu sedar' – HARAKAHDAILY 11/12/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.







Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1.Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..2.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++3. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..4. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?5. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...6. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..7. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...8. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/ini-jambatan-thai-siapa-untung-thai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fal Sia D El Rey House By I Da Arquitectos In Obidos Portugal

Fal Sia D El Rey House By I Da Arquitectos In Obidos Portugal

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 305 hits
Project Fal sia D El Rey House Architects i da arquitectos Location Obidos Portugal Area 8 761 sf Year 2023 Photographs by Fernando Guerra FG SG Fal sia D El Rey House by i da arquitectos Nestled along Portugal s Silver Coast near The post ...
Pengaruh Barat Dalam Kehakiman M Sia Dap Batil

Pengaruh Barat Dalam Kehakiman M Sia Dap Batil

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 205 hits
Pikat isteri orang tak salah Adakah perogol juga boleh bebas DALAM kes Lai Hen Beng lwn Pendakwa Raya Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa Seksyen 498 Kanun Keseksaan sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perle...
Ke Mana Mood Rakyat M Sia Kini Islam

Ke Mana Mood Rakyat M Sia Kini Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 160 hits
Kemenangan Dr Sam adalah mood rakyat Malaysia December 4 2023SEPERTI aku jangka Dr Sam menang Pilihan Raya Kemaman Paling ketara sokongan kepada calon PN berjaya dikekalkan manakala undi PH BN menurun Ketika PRU 15 kalau dicampur undi PH BN...
Israel Kalah Perang Di Gaza Kesan Di M Sia

Israel Kalah Perang Di Gaza Kesan Di M Sia

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 169 hits
BEBERAPA kereta kebal tentera Israel musnah ketika menentang Hamas di Gaza baru baru ini Foto Media Sosial Al MayadeenKonflik Palestin Israel Israel berisiko kalah perang di Gaza Oleh KOSMO 28 November 2023 BANDAR GAZA Cara Israel mengendal...
Pura Pura Salat Tahajud Pasutri Muda Di Oku Timur Curi Kotak Amal Masjid

Pura Pura Salat Tahajud Pasutri Muda Di Oku Timur Curi Kotak Amal Masjid

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 104 hits
Polisi meringkus pasutri LP dan MS karena mencuri kotak amal masjid Aksi keduanya dilakukan dengan modus pura pura salat tahajud
Pilihan Raya Pbt Siapa Yang Untung Sebenarnya

Pilihan Raya Pbt Siapa Yang Untung Sebenarnya

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 272 hits
harakahdaily netDecember 20 2023Datuk Ahmad Amzad HashimKUALA TERENGGANU Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan tidak sesuai dilaksanakan kerana masih lagi berhadapan dengan penyusunan kaum di dalam kawasan bandar yang mana tidak menggambarka...
Kenapa Dap Paling Untung

Kenapa Dap Paling Untung

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 254 hits
harakahdaily netDecember 20 2023KALAU DAP berjaya desak PBT dikembalikan DAP untung Kenapa DAP mahu mulakan di Kuala Lumpur Sebab di Kuala Lumpur DAP ada 5 kawasan Parlimen Jom tengok kenapa DAP paling untung Statistik penduduk dan undi DAP...
Thai Opposition Mp Gets 6 Years Jail For Insulting Monarchy

Thai Opposition Mp Gets 6 Years Jail For Insulting Monarchy

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 146 hits
A Thai opposition member of Parliament has been sentenced to six years in jail for posts insulting the monarchy The Bangkok Criminal Court today found Rukchanok Srinork the Move Forward Party MP for Bangkok guilty of insulting the monarch T...
Resepi Ikan Bawal Mas Kukus Ala Thai

Resepi Ikan Bawal Mas Kukus Ala Thai

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 240 hits
nbsp Bila kak ana beli ikan bawal mas nih teringat kat kak long masa dia dalam pantang Inilah lauk pertama dia makan kak ana sediakan bawa ke Hospital Cyberjaya selepas bersalin Lapar sungguh dia masa tu bergegas pagi pagi ke kedai Acheh be...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang

Makan Mee Champa Di Itu Kopi X D Nara Meesup Melayu Champa

Beragam Manfaat Air Tajin Kalau Tahu Pasti Bakal Simpan Air Beras Ini

36 Hours In Palm Springs Calif

Hiburan Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

Saya Lalui Banyak Masa Sukar Sebagai Seorang Song Hyekyo Song Hyekyo