Israel Kalah Perang Di Gaza Kesan Di M Sia




BEBERAPA kereta kebal tentera Israel musnah ketika menentang Hamas di Gaza baru-baru ini. - Foto Media Sosial/Al Mayadeen
Konflik Palestin-Israel: Israel berisiko kalah perang di Gaza -Oleh KOSMO! 28 November 2023, 
BANDAR GAZA – Cara Israel mengendalikan krisis tebusan selepas 50 hari perang tercetus membayangkan Rejim Zionis berisiko tewas di Semenanjung Gaza, lapor akhbar The Sunday Times kelmarin.
Israel melakukan pertukaran tebusan dengan Hamas secara berperingkat selepas kedua-dua pihak bersetuju melaksanakaan gencatan senjata kemanusiaan empat hari bermula Jumaat lalu.
Tidak lama selepas kumpulan Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa, Rejim Zionis mengaktifkan Artikel 40 undang-undangnya sekali gus mengisytiharkan perang dan mengerahkan tentera simpanannya.
Berdasarkan data yang dikeluarkan, Israel mempunyai kekuatan 550,000 askar dan berperang menentang sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam yang mempunyai anggaran 25,000 pejuang di Gaza.
Di sebalik kelebihan kekuatan dan kelengkapan ketenteraan yang tidak dapat dipertikaikan, Israel hilang kawalan ke atas ­situasi tebusan itu, lapor The Sunday Times.
Menurutnya, situasi pertukaran tebusan memberikan Hamas kelebihan dan mereka mahir menggunakan kelebihan tersebut.
Berikutan tekanan daripada negara-negara serantau, masyarakat antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS), Hamas sedar Israel akan dipaksa untuk bersetuju melaksanakan genca­tan senjata dan pertukaran tebusan dengan tahanan Palestin.
Hamas melakukan usaha terbaik untuk mendapatkan keuntungan politik yang maksimum daripada situasi tersebut.
Kesangsian Washington terhadap perang agresif Israel sebagai strategi berkesan untuk membawa pulang tebusan diculik Hamas terserlah semasa pertemuan 18 Oktober lalu antara Presiden Joe Biden dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Pembebasan dua rakyat AS yang ditawan Briged al-Qassam membawa kepada sokongan Washington kepada cadangan Qatar supaya gencatan senjata dilaksanakan dan rundingan berlangsung antara kedua-dua belah pihak.
Ia secara tidak langsung menandakan bahawa AS menganggap perang oleh Tel Aviv bukan lagi alternatif tunggal untuk menyelesaikan krisis tersebut.
Utusan AS ke Asia Barat, Brett McGurk menubuhkan sebuah pasukan khas di Washington yang berhubung rapat dengan pejabat Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani untuk merumuskan dan mempromosikan pakej gencatan senjata, bermula pagi Jumaat lalu.
Israel bukan pihak utama yang berusaha untuk mencapai persetujuan gencatan senjata itu.
Menghadapi tekanan domestik berhubung situasi tebusan, Netanyahu pula berusaha untuk mendapatkan semula sokongan penduduk Israel dengan mencadangkan lanjutan gencatan senjata di Gaza dengan pembebasan bersyarat 50 lagi tawanan.
Jika gencatan senjata semasa dilanjutkan selama sembilan hari lagi, kira-kira 100 daripada 230 tebusan yang ditawan Hamas akan dibebaskan.
Ia boleh meredakan sedikit kemarahan penduduk Israel terhadap Netanyahu. Dasar kese­lamatan pemimpin tersebut sejak 14 tahun lalu kini berada dalam keadaan goyah, kata laporan sama.
Namun, lanjutan gencatan senjata itu akan memberikan tekanan terhadap Kabinet perang Israel untuk mengekalkan momentum rundingan tebusan dan keadaan menjadi bertambah rumit apabila seramai 20 tebusan AS ditawan oleh Hamas.
Situasi itu mengundang penglibatan dan keputusan Washington dan ini memberi kesan kepada perancangan strategik tentera Israel di Semenanjung Gaza.

“Realitinya, amat sukar bagi Israel untuk meneruskan fasa operasi ketenteraan yang sete­rusnya,” kata laporan itu. – AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Sila lihat komen ini..
(i) Konflik Hamas-Israel: Nilai ringgit makin jatuh.


Di KL, Kerajaan Madani perlu bersikap serius dalam menangani krisis kejatuhan ringgit kerana ia memberi impak besar kepada institusi perniagaan tempatan terutamanya yang berkaitan dengan sektor import, tambahan susulan konflik Hamas-Israel ketika ini.

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan menggesa pihak kerajaan untuk memperincikan lagi langkah-langkah yang perlu diambil dalam tempoh terdekat terutama pada Belanjawan 2024, yang akan berlangsung pada Jumaat (13 Okt) ini.
Beliau berkata antara lain, hal ini bertujuan bagi mengekang nilai Ringgit dari terus terperosok jatuh merudum.
Sudah hampir setahun, Malaysia ditadbir oleh Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, nilai ringgit kian jatuh ke paras terendah iaitu RM3.75 setiap 1 Dolar AS.  
Namun begitu, konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin turut  memberikan impak besar kepada ekonomi dunia dan harga minyak. (Sia rujuk 'Konflik Hamas-Israel: Nilai ringgit makin jatuh.' – HARAKAHDAILY 10/10/2023)
(ii) Al-hamdulillah, mengenai menang besar Dr Sam dalam PRK Kemaman, semalam, Pengerusi PN , Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin antara lain menyebutkan:
“Semakin kuat ditekan (oleh pentadbiran k'jaan DAPmadani M'sia), semakin kukuh sokongan rakyat,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Pengerusi PN.
Apakah perkara yang sama ini berlaku (Semakin kuat ditekan) seperti yang di lakukan ke atas puak pembebasan Islam HAMAS di Palestin oleh pengganas Zionis/AS?
(Sila rujuk 'Semakin kuat ditekan, semakin kukuh sokongan rakyat' HARAKAHDAILY 3/12/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.




Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..
1. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..2. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?3. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...4. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..5. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...6. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/israel-kalah-perang-di-gaza-kesan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Who Says Idf Gave 24 Hours To Move Supplies In Gaza Israel Denies It

Who Says Idf Gave 24 Hours To Move Supplies In Gaza Israel Denies It

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 324 hits
The Israeli Defence Force has told the World Health Organization to move its medical supplies stored in its warehouse in Gaza because they will be beyond use in ground operations WHO director general Tedros Adhanom Ghebreyesus said the IDF ...
Ini Mossad Israel Buru Hamas Hingga Ke M Sia Kita Masih Diam

Ini Mossad Israel Buru Hamas Hingga Ke M Sia Kita Masih Diam

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 356 hits
Penculikan warga Palestin dedah ancaman Mossad di Malaysia Oleh Oktober 23 2022 12 30pm Laporan dalam BH Online MALAYSIA adalah antara negara Islam yang lantang menyokong perjuangan bangsa Palestin membebaskan diri daripada cengkaman pengua...
Iran Rusia Desak Henti Segera Perang Dan Pembunuhan Di Gaza

Iran Rusia Desak Henti Segera Perang Dan Pembunuhan Di Gaza

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 248 hits
IRAN dan Rusia mendesak agar perang dan pembunuhan beramai ramai di Gaza dan Tebing Barat dihentikan segera kata Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian pada Jumaat Gesaan itu dibuat susulan lawatan sehari Presiden Iran Ebrahim Raisi ke M...
Kkm Kecam Kekejaman Berterusan Israel Terhadap Fasiliti Kesihatan Di Gaza

Kkm Kecam Kekejaman Berterusan Israel Terhadap Fasiliti Kesihatan Di Gaza

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 238 hits
KEMENTERIAN Kesihatan mengutuk sekeras kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dal...
Israel Bahagikan Gaza Kepada 2 375 Blok Tiada Lagi Tempat Selamat

Israel Bahagikan Gaza Kepada 2 375 Blok Tiada Lagi Tempat Selamat

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 278 hits
Mahaizura Abd Malikmahaizura mediaprima com myPETA zon pemindahan selamat disiarkan di laman web Pasukan Pertahanan Israel FOTO IDFKuala Lumpur Israel menggunakan strategi baharu dengan membahagikan Semenanjung Gaza kepada 2 375 blok kawasa...
Risiko Perang Berdekad Jika Matlamat Israel Untuk Musnahkan Hamas

Risiko Perang Berdekad Jika Matlamat Israel Untuk Musnahkan Hamas

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 212 hits
Bhonline nbsp DUBAI Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi amaran bahawa matlamat Israel untuk menghapuskan kumpulan militan Palestin Hamas berisiko mencetuskan peperangan selama sedekad Saya fikir kita berada pada titik yang mana pihak ...
Blinken Seru Israel Wujudkan Zon Selamat Untuk Penduduk Gaza

Blinken Seru Israel Wujudkan Zon Selamat Untuk Penduduk Gaza

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 132 hits
Blinken seru Israel wujudkan zon selamat untuk penduduk Gaza Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Dec 2023 8 07
Update Perang Kawasan Manakah Iof Berjaya Tembusi Di Gaza

Update Perang Kawasan Manakah Iof Berjaya Tembusi Di Gaza

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 157 hits
Pencerobohan penjajah Israel ke atas Gaza memasuki hari ke 45 di tengah tengah pertempuran berterusan antara pasukan IOF dengan pejuang Palestin di utara Gaza Peta pencerobohan yang dipantau oleh akaun War Mapper bagi kawasan Semenanjung Ga...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri