Pengaruh Barat Dalam Kehakiman M Sia Dap Batil


 

Pikat isteri orang tak salah: Adakah perogol juga boleh bebas?
DALAM kes Lai Hen Beng lwn Pendakwa Raya, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa Seksyen 498 Kanun Keseksaan sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. 
Seksyen 498 berkaitan kesalahan seseorang menggoda atau memikat (entice) isteri orang. Jadi, sekarang perbuatan itu tidak lagi menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. 
Keputusan ini menimbulkan pelbagai persoalan dari beberapa aspek termasuklah dari sudut kaedah tafsiran undang-undang, pengaruh hak asasi Barat dalam sistem kehakiman negara, peranan negara dan undang-undang dalam menjaga keharmonian kekeluargaan, konsep hak persamaan, falsafah perundangan dalam soal moral, dan kedudukan kesalahan yang serupa di bawah enakmen jenayah syariah. Terlalu panjang kalau nak ulas semua.
Apa yang pasti perbuatan menggoda dan memikat isteri orang adalah perbuatan yang tidak baik. Perbuatan yang boleh mencetuskan dendam, perbalahan dan boleh juga membawa kepada kesalahan-kesalahan lain seperti berzina, bahkan boleh mendorong pembunuhan.
Dalam konteks kekeluargaan dan ikatan perkahwinan, kesalahan ini adalah unsur yang merosakkan keharmonian rumah tangga. Jika tidak dicegah melalui hukuman, maka ia boleh menjadi barah dalam institusi kekeluargaan.
Bahkan, peruntukan Seksyen 498 Kanun Keseksaan ini menjadi sandaran penting dalam pengurusan sumber manusia di agensi kerajaan dan swasta bagi mengawal para pekerja agar menjauhi skandal yang boleh menjejaskan ketenangan rumah tangga seterusnya menjejaskan prestasi kerja.
Namun, dalam pemikiran perundangan Barat akhir-akhir ini, aspek moral, keharmonian rumah tangga dan kehormatan diri tidak lagi dianggap penting. Apa yang penting bagi mereka ialah kebebasan, hak asasi dan privasi. Mereka menjadikan prinsip hak asasi sebagai pedoman hidup dan ‘agama’ baru mereka. 
Prinsip ini jugalah menjadi tunjang kepada sistem perundangan dan mahkamah di Barat. Tapi yang peliknya kenapa kita yang memiliki asas kukuh dari sudut falsafah moral dan kehormatan diri, menjadikan Barat sebagai kiblat perundangan?
Asas yang digunakan untuk menganggap Seksyen 498 sebagai tidak sah juga amat rapuh. Prinsip hak persamaan di bawah Perkara 8(2) bukanlah satu prinsip yang mutlak, terutamanya yang berkaitan dengan ‘jantina’. Pada asalnya hak persamaan hanya berkaitan empat perkara iaitu agama, ras, keturunan dan tempat lahir. 
Hanya pada tahun 2001 perkataan ‘jantina’ ditambah sebagai salah satu asas hak persamaan. Namun, persamaan jantina tidak mutlak kerana memang ada situasi yang menghalang persamaan antara lelaki dan wanita. Dalam konteks kekeluargaan misalnya, banyak unsur yang perlu dibezakan antara lelaki dan wanita. Begitu juga dalam aspek yang berkaitan dengan perbezaan semulajadi lelaki dan wanita berkaitan biologi, fizikal dan keupayaan.
Saya khuatir, jika asas hak persamaan digunakan untuk membatalkan Seksyen 498, tidak mustahil akan ada perogol yang berhujah bahawa mereka tidak boleh didakwa kerana seksyen 375 berbentuk diskriminasi terhadap lelaki kerana ia hanya menjadikan kesalahan rogol lelaki ke atas wanita, dan tidak ada peruntukan yang serupa bagi wanita yang merogol lelaki. 
Jika hujah itu diterima maka ramailah perogol akan lepas bebas.
Tegasnya, mahkamah kita perlu ada jati diri. 
Perkara 3 jelas menyebut Islam adalah agama Persekutuan. Sepatutnya aspek maruah, kehormatan dan kemuliaan manusia diletakkan lebih tinggi berbanding soal kebebasan dan hak asasi. Jika ingin mendukung hak asasi dan persamaan sekali pun, lakukanlah dengan cermat dengan mengambil kira falsafah perundangan yang tepat dan tidak diracuni dengan kecamuk pemikiran hak asasi Barat yang terlalu rapuh. 
Moga kita semua sentiasa diberi petunjuk oleh Allah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF – HARAKAHDAILY 16/12/2023  
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Pengaruh Barat dalam kehakiman M'sia.. & DAP batil
Lihat komen ini..
(i) Batalnya Seksyen 498 Kanun Keseksaan, bagaimana? Ini pandangan DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP)..

Ringkasnya, DUPP berpandangan peruntukan Seksyen 498 tersebut adalah bertepatan dengan asas utama hukum syarak yang bertujuan mencegah keburukan (mafsadah) dan memelihara kebaikan (maslahah) hidup manusia. 
Perlakuan menggoda atau memikat isteri orang jika tidak dianggap satu kesalahan, akan mendorong dan menggalakkan skandal dan perbuatan terlarang iaitu perlecehan seksual dan perzinaan antara anggota jabatan, organisasi mahupun masyarakat secara umum.
Seksyen 498 adalah berbentuk preventive law (undang-undang pencegahan) berasaskan konsep sadd al-zara’ie (menutup pintu kejahatan) dalam Usul al-Fiqh. Malah ianya bertujuan untuk menjaga maruah, keturunan dan keharmonian rumahtangga menurut maqasid syariah. 
(Lanjut, sila rujuk 'Berhubung isu pembatalan Seksyen 498 Kanun Keseksaan' -HARAKAHDAILY 18/12/2023)
(ii) Awas DAP realisasi kebatilan! Jajah otak umat M'sia. 
Komen USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang -HARAKAHDAILY 18/12/2023


DAP tidak akan berganjak daripada dasar perjuangan mereka yang berteraskan ideologi sekular. DAP juga tidak akan pernah berhenti berusaha merealisasikan impian Malaysian Malaysia.
Namun DAP sedar mereka menghadapi dua masalah utama:
1. DAP tidak mendapat sokongan pengundi Melayu

Sejak dahulu lagi DAP tidak menjadi pilihan orang Melayu. Bahkan PRU-15 menyaksikan lebih 70 peratus undi Melayu diberikan kepada PERIKATAN NASIONAL. 
2. Jumlah kerusi DAP yang sudah mencapai tahap tepu

Kerusi selamat DAP hanyalah kerusi majoriti Cina sedangkan daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 28 kerusi yang mempunyai pengundi Cina melebihi 50 peratus

Justeru DAP tidak mampu meraih lebih daripada 40 hingga 50 kerusi Parlimen. DAP sudah mencapai jumlah tepu

PRU12 (2008): DAP menang 28 kerusi
PRU13 (2013): DAP menang 38 kerusi
PRU14 (2018): DAP menang 42 kerusi
PRU15 (2022): DAP menang 40 kerusi

Walau bagaimanapun, DAP tahu mereka hari ini adalah parti yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam Kerajaan PH-BN

Segala tuntutan mereka dipenuhi. Segala kata-kata mereka dipatuhi. 
Maka penggal selama 5 tahun ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk DAP melaksanakan satu-satunya solusi buat parti mereka iaitu persempadanan semula terpilih

Ada 3 signal jelas dari DAP untuk memperoleh kekuatan secukupnya sebelum menjelang PRU ke-16

1. Lim Kit Siang telah berulang kali ‘test market’ dengan menyatakan ‘bolehnya’ Malaysia ditadbir oleh bukan-Melayu

2. Beberapa kali mengusulkan untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

3. Terus memperjuangkan persempadanan semula

Sudah sekian lama DAP memperjuangkan persempadanan semula namun hari ini mereka semakin lantang

Bulan lepas kita mendengar Ahli Parlimen DAP mencadangkan dalam Dewan Rakyat agar Kerajaan Madani melantik Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi SPR. Cadangan ini tidak lain adalah bagi memudahkan pelaksanaan persempadanan semula kelak

Melalui persempadanan semula terpilih, parti pemerintah akan dapat memilih kerusi yang akan memberikan kekuatan tambahan kepada mereka untuk dipecahkan

Dengan kata lain, satu kerusi yang DAP menang majoriti besar akan dipecahkan kepada dua atau tiga Parlimen

Ringkasnya, jika persempadanan semula terpilih ini berjaya dan dilaksanakan mengikut acuan DAP, maka tidak mustahil kerajaan yang dibentuk kelak akan menjadi kerajaan yang didominasi oleh bukan-Melayu Islam sekali gus merealisasikan ucapan Lim Kit Siang untuk melantik Perdana Menteri bukan-Melayu pertama negara

DAP bukan parti pak turut. Mereka bergerak dengan strategi walaupun perlu memijak kaum majoriti

Sebagai sebuah organisasi yang tamak kuasa, DAP tidak kisah mengenai PKR, PAN dan Umno. 
Orang Melayu tidak ada pilihan selain penyatuan. Sekian. (USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.







Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1.Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..2.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++3. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..4. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?5. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...6. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..7. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...8. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/pengaruh-barat-dalam-kehakiman-msia-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Central Executive Committee To Discuss Ng S Datukship

Dap Central Executive Committee To Discuss Ng S Datukship

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 107 hits
DAP s central executive committee will discuss Ng Suee Lim s state honours at its next meeting Party secretary general Anthony Loke told reporters this during a press conference at the Federal Territory DAP convention today On Dec 11 Selang...
Gesaan Dap Supaya Pilihan Raya Pbt Diadakan Di Kl Pemimpin Umno Membisu

Gesaan Dap Supaya Pilihan Raya Pbt Diadakan Di Kl Pemimpin Umno Membisu

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 220 hits
agendaily com18 12 2023UMNO kini menjadi rakan politik dengan DAP bersama sama dalam kerajaan campuran DAP secara terbuka membuat gesaan supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur diadakan dengan segera Gesaan terbuka terse...
Start Local Elections In Kl First Says Dap Kl Chief

Start Local Elections In Kl First Says Dap Kl Chief

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 220 hits
Tan Kok Wai says the implementation of Kuala Lumpur s local elections will ensure effective and clean governance in the city Kuala Lumpur DAP chairman Tan Kok Wai has urged the government to start local elections in the capital city first t...
Unity Govt Stable Solid And Secure Loke Tells Kl Dap Convention

Unity Govt Stable Solid And Secure Loke Tells Kl Dap Convention

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 192 hits
DAP chief says govt components understanding commitment puts paid to claims administration will fall The unity government s position under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is currently the most stable solid and secu...
Bring Back Local Election Says Ft Dap Chief

Bring Back Local Election Says Ft Dap Chief

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 308 hits
Kuala Lumpur DAP chairperson Tan Kok Wai has called for a local election in the capital city to uphold democracy The implementation of a local election he said will lead to a sustainable capital city one that practices effective clean and p...
Non Malay Pm Malays Shouldn T Feel Threatened Johor Dap Leader

Non Malay Pm Malays Shouldn T Feel Threatened Johor Dap Leader

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 172 hits
The Malay Muslim majority group in Malaysia should not feel threatened by the idea of having a non Malay prime minister according to Johor DAP leader Sheikh Umar Bagharib Ali This is because the Federal Constitution has clearly outlined the...
With Umno Subservient To Dap Non Malay Pm Possible Muhyiddin

With Umno Subservient To Dap Non Malay Pm Possible Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 285 hits
DAP s dominance in the current government could make it possible for a non Malay to be appointed as the prime minister said Perikatan Nasional chairperson Muhyiddin Yassin The former prime minister then took a jab at Umno saying the Malay n...
Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

Cadangan Pm Bukan Melayu Dibuat Kit Siang Serlah Imej Sebenar Dap Pas

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 251 hits
agendaily com16 12 2023Tan Sri Lim Kit Siang PAS menyifatkan kenyataan dibuat Tan Sri Lim Kit Siang berhubung isu Perdana Menteri bukan Melayu adalah imej sebenar DAP yang sebenarnya mahu mewujudkan sebuah negara sekular sepenuhnya di Malay...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord