Ini Istilah Ahli Parlimen Lompat Parti Wan Junaidi


a
Ini istilah Ahli Parlimen lompat parti – Wan Junaidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan tiga perkara utama mengistilahkan seseorang Ahli Parlimen melompat parti, dalam draf pentadbiran Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti.
Beliau berkata, apabila seorang Ahli Parlimen yang memenangi pilihan raya dan kemudian mengumumkan keluar parti politik dengan menyatakan menjadi ahli bebas atau menyertai parti politik lain adalah dikirakan telah melompat parti.
“(Kedua) Seorang Ahli Parlimen telah memenangi kerusi Parlimen tetapi dipecat oleh parti juga dikirakan sebagai melompat parti. Ini bagi tujuan untuk memastikan Ahli Parlimen patuh kepada perlembagaan dan peraturan serta disiplin parti.
“Parti yang memecat Ahli Parlimen akan berhadapan risiko kehilangan kerusi dan pilihan raya perlu diadakan semula,” katanya menjawab soalan Senator John Ambrose di Dewan Negara, yang ingin tahu sejauh mana tindakan serta perancangan telah dirangka dalam melaksanakan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti.
Wan Junaidi berkata, tindakan lompat parti itu juga termasuk bagi Ahli Parlimen bebas yang memenangi kerusi ditandingi pada pilihan raya, namun mengumumkan menyertai mana-mana parti politik selepas kemenangannya.
Beliau berkata, ini kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan amanah yang dipilih oleh rakyat kerana semasa pilihan raya, rakyat memilih Ahli Parlimen itu disebabkan beliau bertanding sebagai calon bebas serta berkemungkinan menolak calon lain.
“Sekiranya Ahli Parlimen bebas menyertai mana-mana parti, pilihan raya perlu diadakan semula dan individu tersebut tidak hilang kelayakan untuk bertanding mewakili parti baharu dalam tempoh 60 hari beliau dipecat (sebagai Ahli Parlimen) dan ia akan diumumkan oleh Dewan Rakyat sebagaimana tertakluk kepada Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Wan Junaidi berkata, jika rang undang-undang berkenaan diluluskan maka ia akan dikuatkuasakan secara prospektif dan bukannya retrospektif, malah majoriti Ahli Parlimen bersetuju dengan draf pentadbiran rang undang-undang itu menerusi hasil sesi libat urus yang dilaksanakan sebelum ini.
“Secara ringkasnya, dengan penguatkuasaan rang undang-undang ini tindakan lompat parti dapat dicegah dengan pelaksanaan pilihan raya semula untuk memastikan mandat kembali kepada rakyat sekiranya berlaku lompat parti oleh ahli-ahli Parlimen,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, rang undang-undang yang sedang digubal itu mempunyai tiga pengecualian iaitu apabila parti politik terbubar dengan sendirinya maka Ahli Parlimen daripada parti itu tidak diistilahkan sebagai lompat parti.
“Kedua, apabila seseorang itu (Ahli Parlimen) dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat serta Dewan Negara dan keahlian dia dalam parti tidak dikatakan melompat parti dan dia kekal menjadi ahli.
“Ketiga, penggabungan antara parti dengan parti lain. Itu hak parti untuk bergabung. Contohnya dalam satu gabungan yang besar, satu parti hendak keluar daripada gabungan itu maka ia tidak diistilahkan sebagai lompat parti,” katanya. FMT
Ini istilah Ahli Parlimen lompat parti – Wan Junaidi
Baca Artikel Menarik:
MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop Nak kahwin 6 lelaki Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan Waran tangkap Norjuma gagal diserah DBP bidas Syed Saddiq Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/30/ini-istilah-ahli-parlimen-lompat-parti-wan-junaidi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejuang Pertikai Istilah Ahli Parlimen Dipecat Parti Dikategori Lompat Parti

Pejuang Pertikai Istilah Ahli Parlimen Dipecat Parti Dikategori Lompat Parti

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 175 hits
Mukhriz Mahathir akan membangkitkan istilah Ahli Parlimen dipecat parti yang dikategorikan sebagai melompat parti dalam draf RUU antilompat parti dalam sidang khas Parlimen pada 11 April ini PETALING JAYA Pejuang mempersoalkan istilah Ahli ...
Gagal Bentang Akta Anti Lompat Parti Mahfuz Dakwa Wan Junaidi Kelirukan Dewan

Gagal Bentang Akta Anti Lompat Parti Mahfuz Dakwa Wan Junaidi Kelirukan Dewan

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 175 hits
Mahfuz Omar berkata pembentangan RUU Akta Anti Lompat Parti perlu diutamakan PETALING JAYA Mahfuz Omar mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengelirukan Dewan Rakyat kerana gagal menunaikan janji membentangk...
Parti Pejuang Tanahair Persoal Istilah Lompat Parti Di Dalam Draf Ruu Anti Lompat Parti

Parti Pejuang Tanahair Persoal Istilah Lompat Parti Di Dalam Draf Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 188 hits
ALOR SETAR Parti Pejuang Tanahair mempersoal istilah ahli Parlimen yang dikategorikan sebagai melompat parti seperti terkandung dalam draf pentadbiran Rang Undang Undang Perlembagaan berhubung Anti Lompat Parti Presiden Pejuang Datuk Seri M...
39 Mps Have Switched Political Parties Since 2018 Says Wan Junaidi

39 Mps Have Switched Political Parties Since 2018 Says Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 254 hits
The Dewan Rakyat is expected to meet on April 11 to debate the Federal Constitution 2022 Bill on Anti Party Hopping KUCHING A total of 39 MPs have switched political allegiance since 2018 says law minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar He said ...
Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3 391 236 orang sementara bilangan cawangannya berjumlah 22 274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara Setiausaha Agung UMNO Datuk S...
Jangan Lengahkan Akta Lompat Parti

Jangan Lengahkan Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 254 hits
MELANGKAH masuk ke bulan April pasti mengujakan Jika warga biasa sudah tentulah berharap peralihan negara ke fasa endemik akan membuka kembali kehidupan mereka seperti sediakala Bagi beragama Islam Ramadan yang jatuh bulan ini akan disambut...
To Be Above Politics Rulers Must Be Exempted From Voter List Wan Junaidi

To Be Above Politics Rulers Must Be Exempted From Voter List Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 233 hits
PARLIAMENT Putrajaya has explained that the amendment to Article 119 of the Federal Constitution was designed to ensure that the rulers remain above politics Minister in the Prime Minister s Department Wan Junaidi Tuanku Jaafar said the ame...
39 Katak Politik Lompat Parti Sejak 2018

39 Katak Politik Lompat Parti Sejak 2018

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 235 hits
KUCHING Seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 sehingga kini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Katanya tindakan melompat parti juga membawa kepada ketidakstabilan...
Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 190 hits
Kekalahan pihak Kerajaan dalam sesi pengundian usul bertujuan melanjutkan kuatkuasa Seksyen 4 Akta Sosma untuk selama 5 tahun lagi semalam terjadi kerana Ahli Parlimen Kerajaan yang berjumlah lebih 114 orang gagal hadir secukupnya di dalam ...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party