39 Katak Politik Lompat Parti Sejak 2018
KUCHING – Seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 sehingga kini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Katanya, tindakan melompat parti juga membawa kepada ketidakstabilan politik negara, malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga orang Perdana Menteri dalam satu penggal parlimen.
“Ini tidak mendatangkan kestabilan politik di negara kita, apabila politik tidak stabil maka ekonomi juga sukar dijaga dan semasa kita berhadapan dengan Covid-19 ini (ketidakstabilan) jadi masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Projek Benteng Muara Tebas di Dewan Kampung Muara Tebas, di sini, pada Sabtu.
Oleh sebab itu Wan Junaidi menjelaskan, kerajaan telah merangka Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti 2022 yang mengambil masa selama lima bulan.
“Pada peringkat ini ada tidak bersetuju dan ada yang bersetuju (dengan RUU terbabit) tapi jika Jemaah Menteri bersetuju pada 6 (April) nanti, satu persidangan khas telah ditetapkan pada 11 April (ini) bagi kita bahaskan RUU itu,” katanya.
Pada 24 Mac lalu, Wan Junaidi memaklumkan keputusan Perdana Menteri supaya satu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu dan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, akan diadakan pada 11 April ini.
Namun, ia tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 6 April ini, katanya. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
Hadi dijangka bertemu Mahathir
Khayla perlukan bantuan segera
Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup
The post 39 katak politik lompat parti sejak 2018 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/02/39-katak-politik-lompat-parti-sejak-2018/