Parti Pejuang Tanahair Persoal Istilah Lompat Parti Di Dalam Draf Ruu Anti Lompat Parti




ALOR SETAR - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mempersoal istilah ahli Parlimen yang dikategorikan sebagai melompat parti seperti terkandung dalam draf pentadbiran Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, mengikut draf berkenaan, seseorang ahli Parlimen yang telah memenangi kerusi Parlimen tetapi dipecat oleh parti juga dikira sebagai melompat parti.
Menurutnya, timbul kebimbangan dalam kalangan enam ahli Parlimen Pejuang berhubung perkara itu kerana mereka sebelum ini dipecat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana enggan menuruti tindakan parti itu keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan gabungan baharu, Perikatan Nasional (PN).
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan tiga istilah lompat parti, ini termasuk wakil rakyat yang menang kerusi Parlimen boleh dianggap melompat parti jika dipecat dari partinya.
“Ini boleh berlaku jika wakil rakyat itu enggan mengikut tindakan partinya untuk melompat dari satu gabungan ke satu gabungan lain. Wakil rakyat tersebut dianggap lompat parti walaupun sebenarnya yang melompat dan mengkhianati mandat rakyat adalah partinya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, berdasarkan draf rang undang-undang berkenaan, wakil rakyat tersebut perlu mengosongkan kerusinya dan pilihan raya perlu diadakan bagi memilih wakil baharu.
“Perlu diamati apa yang berlaku kepada enam ahli Parlimen yang dipecat oleh Bersatu itu. Adakah adil untuk dianggap yang melompat parti itu adalah enam ahli Parlimen tersebut, bukannya parti yang mereka wakili?
“Tidakkah enam individu itu yang sebenarnya setia kepada mandat rakyat yang memilih mereka melalui Pilihan Raya Umum? Tidakkah sebenarnya Bersatu yang khianati mandat rakyat dengan keluar dari PH?” soal beliau.
Menurutnya, agak menghairankan apabila pihak yang setia pula yang dihukum dan bukan yang mengkhianati.
“Ini antara persoalan yang akan kami bangkitkan dalam perbahasan di Sidang Khas Parlimen. Draf ini akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan pada 11 April depan.
“Secara umumnya kami bersetuju dengan cadangan lompat parti dalam kalangan wakil rakyat perlu dibendung. Ini penting kerana kebelakangan ini tindakan itu dilakukan untuk tujuan menjatuhkan sebuah kerajaan yang ditubuhkan setelah mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya,” katanya.
Mukhriz turut mendakwa ada dalam kalangan wakil rakyat yang lompat parti mendapat habuan seperti jawatan eksekutif kerajaan, jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan mahupun sogokan wang.
“Aspek ini juga perlu diberikan perhatian,” ujarnya.
Pada 30 Mac, Wan Junaidi memaklumkan, tiga perkara utamamengistilahkan seseorang ahli Parlimen melompat parti ialah apabila seorang ahli Parlimen yang memenangi pilihan raya dan kemudian mengumumkan keluar parti politik dengan menyatakan menjadi ahli bebas atau menyertai parti politik lain.
Ini termasuk ahli Parlimen yang telah memenangi kerusi Parlimen tetapi dipecat oleh parti serta ahli Parlimen bebas yang memenangi kerusi ditandingi pada pilihan raya, namun mengumumkan menyertai mana-mana parti politik selepas kemenangannya.
Wan Junaidi berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk John Ambrose di Dewan Negara, yang ingin tahu sejauh mana tindakan serta perancangan telah dirangka dalam melaksanakan RUU Anti Lompat Parti.
Menurut Wan Junaidi lagi, jika rang undang-undang berkenaan diluluskan maka ia akan dikuatkuasakan secara prospektif dan bukannya retrospektif. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/04/parti-pejuang-tanahair-pejuang-persoal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Musuh Dalam Selimut Ruu Anti Lompat Parti

Siapa Musuh Dalam Selimut Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 196 hits
April 8 2022 Pada 24 Mac lalu Menteri Undang Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan pada 11 April Namun tidak sampai dua minggu kerajaan membuat pusingan U RUU anti lompat parti p...
Pejuang Pertikai Istilah Ahli Parlimen Dipecat Parti Dikategori Lompat Parti

Pejuang Pertikai Istilah Ahli Parlimen Dipecat Parti Dikategori Lompat Parti

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 163 hits
Mukhriz Mahathir akan membangkitkan istilah Ahli Parlimen dipecat parti yang dikategorikan sebagai melompat parti dalam draf RUU antilompat parti dalam sidang khas Parlimen pada 11 April ini PETALING JAYA Pejuang mempersoalkan istilah Ahli ...
Ruu Anti Lompat Parti Diperhalusi 31 Mac Kata Saifuddin

Ruu Anti Lompat Parti Diperhalusi 31 Mac Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 240 hits
March 27 2022 Saifuddin Nasution Ismail berkata beberapa perkara atau klausa dalam kandungan RUU Anti Lompat Parti perlu dikemas kini KUALA LUMPUR Kerajaan dan Pakatan Harapan dijadualkan bertemu pada Khamis ini bagi memperhalusi dan mengem...
Kabinet Minta Semak Ruu Anti Lompat Parti Kata Sumber

Kabinet Minta Semak Ruu Anti Lompat Parti Kata Sumber

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 165 hits
April 6 2022 Mohamad Sabu Anwar Ibrahim Ismail Sabri Yaakob Loke Siew Fook dan Wilfred Madius Tangau selepas pertemuan mereka di Pejabat Perdana Menteri semalam PETALING JAYA Kabinet meminta semakan rang undang undang anti lompat parti lima...
Ruu Anti Lompat Parti Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

Ruu Anti Lompat Parti Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 188 hits
Apakah muslihat Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tidak mahu membentangkan Rang Undang Undang Anti Lompat Parti pada sidang khas Parlimen 11 April 2022 ini Jika Pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja yang dibentangkan pada 11 April nan...
Ruu Anti Lompat Parti Dap Gesa Semua Parti Umum Pendirian Mp Sokong Atau Pun Tidak

Ruu Anti Lompat Parti Dap Gesa Semua Parti Umum Pendirian Mp Sokong Atau Pun Tidak

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 215 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menggesa semua parti menyuarakan pendirian sama ada ada Ahli Parlimen mereka akan menyokong Rang Undang undang Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat pada Isnin depan Ahli Parlimen Seremban itu b...
Ruu Anti Lompat Parti Sukar Sebab Menteri Ramai Katak

Ruu Anti Lompat Parti Sukar Sebab Menteri Ramai Katak

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 244 hits
PETALING JAYA Kerajaan sukar untuk membentang dan meluluskan Rang Undang undang Anti Lompat Parti berikutan Jemaah Menteri juga terdiri daripada katak politik sindir veteran Umno Shahrir Samad Shahrir berkata 39 ahli Parlimen yang berada di...
Bersatu Tolak Ruu Anti Lompat Parti Wan Saiful Tak Mengaku

Bersatu Tolak Ruu Anti Lompat Parti Wan Saiful Tak Mengaku

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 243 hits
SHAH ALAM Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu secara kolektif menolak draf Rang Undang Undang Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di ...
Tangguh Ruu Anti Lompat Parti Ada Gunting Dalam Lipatan Zahid Soal Kerajaan

Tangguh Ruu Anti Lompat Parti Ada Gunting Dalam Lipatan Zahid Soal Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 176 hits
freemalaysiatoday com April 7 2022 9 09 AMAhmad Zahid Hamidi berkata sudah tiba masanya Umno dalam kerajaan lebih tegas menangani isu RUU Anti Lompat Parti sebelum menambahkan lagi kemarahan semua pihak PETALING JAYA Keputusan kerajaan untu...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Ministry To Support Digitalisation Efforts At Temples Nationwide

Pastor Koh S Wife Hopes Court Judgment Will Bring Some Closure

T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord