Jangan Tertipu Ini 13 Tips Kalau Nak Beli Durian Yang Isi Bagus


Sekarang ni semua orang tengah tergila-gila nak makan durian, tapi tak semua tahu cara yang betul nak pastikan durian yang dibeli tu berbaloi ke tak, biasalah penjual durian sekarang fikir untung je, kepuasan pelanggan pun diabaikan. Ini yang admin nak kongsikan tips macam mana nak beli durian yang tak merugikan kita sebagai pembeli. Tips ini telah di kongsikan oleh Haji Yussof Ali di Facebook, korang bolehlah guna tips ni nanti bila nak beli durian.

1. Pastikan durian tersebut tak merekah
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yang sudah merekah dikhuatiri telah lama, mungkin sudah sehari lebih. Jadi, sudah tidak fresh. Lagi pun, gas dari durian itu sudah hilang, jadi bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia sudah tidak ada.
Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuatkan isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas dan mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
Selain itu, pastikan kulit luarannya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan.
2. Jangan beli durian tangkai yang kecut
Sebab tangkai yang kecut atau gelap selalunya buah yang lama (sudah lama jatuh dari pokok), mungkin sudah 2 hari. Kalau berlendir dan masih cerah, ia segar dan baru jatuh dari pohon. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap.
3. Bau terlebih dulu di buntut durian
Kalau bau sedap, lemak, elok ambil saja. Tetap kalau bau tidak berapa ada, cuba pilih yang lain dulu. Pilihlah buah yang belum merekah di punggungnya kerana ia membawa petanda ia masih segar lagi. Jika sudah merekah dan kehitaman pula warnanya, sahlah buah itu sudah lama dan bau busuk.
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang bau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan diperam.
4. Goncang durian terlebih dulu sebelum beli
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tidak ‘mangkaq’ atau keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.
5. Suruh taukeh durian tebuk dulu durian
Ini untuk memastikan durian itu confirm sudah masak, tidak keras dan coleklah sedikit untuk rasa. Biar puas hati baru beli.

6. Pastikan duri durian itu keras
Cuba rasa duri pada buah durian itu. Tekan dengan jari. Kalau buah itu lama, durinya akan lembut. Kalau masih baru lagi akan keras.
Selain itu, pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah dibuka.
7. Tanya dulu durian itu dari mana
Saja-saja test taukeh durian itu, betul ke durian itu durian setempat. Kot-kot lah durian siam. Sesetengah orang tidak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat saja lah. Durian dari Batu Kurau dan Balik Pulau is the best.
8. Tanya taukeh kalau buah tak masak boleh tukar tak?
Kalau taukeh yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian itu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, akhirnya dapat sumpah seranah costumer.
Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. Penjual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati juga.
9. Saya nak buah isi kuning!
Kalau anda hendak buah durian yang isi kuning, bagitahu saja taukeh itu. Kalau dia berpengalaman, senang saja dia pilih. Kalau dia kata tidak tahu, nasiblah.
Anda suruh dia potong sikit tangkai buah durian itu. Ada nampak urat-urat di tengah-tengah tangkai, kalau warna kuning sikit, insya Allah isi durian di dalamnya kuning. Kalau tidak, mungkin putih.
10. Jangan takut nak ambik buah yang ada getah di bawah buah
Sebenarnya, taukeh durian letak getah sebab nak mengelakkan durian itu merekah.
11. Pilih buah yang bentuk macam jantung
Selalunya buah durian yang bentuk jantung ini, isi dia memang elok. Susah nak jumpa yang problem. Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi tebal, manis dan biji kecil.
12. Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul
Selalunya buah durian jenis ini tak pernah mengecewakan.
13. Pilih buah yang bertangkai panjang
Pilih durian jenis ini, selalunya buah durian yang bertangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita (ini serius).

SELAMAT MEMBELI DURIAN!
Kredit: Haji Yussof Ali
The post Jangan Tertipu! Ini 13 Tips Kalau Nak Beli Durian Yang Isi Bagus. appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/06/jangan-tertipu-ini-13-tips-kalau-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Durian Kampung Murah Murah

Beli Durian Kampung Murah Murah

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 529 hits
Beli Durian Kampung Semurah RM4 Sekilogram Ada juga jual 3 biji RM5 00 Ada rezeki elok lah isi dia kalau tak de rezeki kita buang je Tak payah bising bising sebab penjual pun dah bagi tahu itu durian reject Kena redha dan lapang dada OkayAd...
9 Tip Pilih Durian Yang Elok Isinya Nak Yang Manis Cari Bentuk Lonjong

9 Tip Pilih Durian Yang Elok Isinya Nak Yang Manis Cari Bentuk Lonjong

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 151 hits
Musim durian datang lagi kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki Tapi bagi peminat durian mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya manis dan sedap
Kak Km Beli Banglo Rm5 Juta Tiada Niat Nak Menunjuk Netizen Tak Suka Tutup Ig

Kak Km Beli Banglo Rm5 Juta Tiada Niat Nak Menunjuk Netizen Tak Suka Tutup Ig

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 178 hits
Usahawan kontroversi Liana Rosli atau biasa dipanggil Kak KM telah berkongsi momen bahagia apabila berjaya membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta Hal tersebut dimuat naik ke Instagram miliknya apabila berkongsi rakaman video dari ahl...
Dr Ingatkan Nak Bagi Ubat Pada Anak Jangan Campur Syringe Tarik Hanya Sekali

Dr Ingatkan Nak Bagi Ubat Pada Anak Jangan Campur Syringe Tarik Hanya Sekali

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 167 hits
Setiap ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit Selain itu ia juga untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini Kebanyakan daripada kita terutama ibu bapa yang ...
Tak Perlu Beli Bekas Mahal Ibu Ini Kongsi Tip Nak Peti Ais Kemas Tersusun

Tak Perlu Beli Bekas Mahal Ibu Ini Kongsi Tip Nak Peti Ais Kemas Tersusun

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 159 hits
Biasanya terapi bagi seorang ibu dan isteri selain rumah yang kemas peti ais juga boleh memberi ketenangan tiap kali masuk dapur untuk memasak Bila tersusun elok je setiap barang dalam peti tu nak ambil sesuatu pun mudah Apa yang buat peti ...
4 Cara Nak Tahu Durian Yang Dibeli Itu Sudah Masak Dan Sedia Dimakan

4 Cara Nak Tahu Durian Yang Dibeli Itu Sudah Masak Dan Sedia Dimakan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 293 hits
Panduan MENGENAL BUAH DURIAN YANG SUDAH MASAK CANTIKJadi Pengguna bijak Tengok luaran atau kulit durianPastikan anda belek belek dan perhati betul betul kulit durian sebelum beli Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan ...
Jangan Buat Tak Endah Bila Anak Nak Berkongsi Cerita Beri Anak Peluang Luahkan

Jangan Buat Tak Endah Bila Anak Nak Berkongsi Cerita Beri Anak Peluang Luahkan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 139 hits
Mak ayah jangan sekali kali buat tak endah bila anak hendak mengadu atau bercerita setiap hari Berilah anak peluang untuk berkongsi kisahnya Elakkan buat beberapa perkara remeh yang boleh mengguris hati anak Malah menurut perkongsian bebera...
Beli Tiga Helai Tudung Mah4l Dikedai Neelofa Zizan Nak Bagi Kt Siapa Tuu Saya Nak Tudung Paling Mahal

Beli Tiga Helai Tudung Mah4l Dikedai Neelofa Zizan Nak Bagi Kt Siapa Tuu Saya Nak Tudung Paling Mahal

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 191 hits
Pelakon popular Zizan Razak berkongsi membeli tudung di sebuah butik ternama di ibu negara Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya Zizan membeli tiga helai tudung yang berharga ribuan ringgit khas untuk seseorang Zizan b...
Jangan Panggil Nama Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam Dakwa Lebih Senang Jumpa

Jangan Panggil Nama Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam Dakwa Lebih Senang Jumpa

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 175 hits
Ibu bapa pastinya akan berasa cemas jika anak kecil mereka tiba tiba sahaja hilang dari pandangan ketika berkunjung ke tempat awam seperti pasar raya misalnya Seperti sebuah video yang tular di media sosial baru baru ini mengenai seorang ba...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah