Ini Azam 2019 6 Tips Untuk Mencapai Cita Cita Dan Azam Yang Berjaya


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya | Alhamdulillah... 1.1.19 dah... Dah masuk tahun baru dah kita.

Bertambah lagi satu angka..

Sebut pasal tahun baru... Mesti sana sini sebut pasal azam.

Apa itu azam?
Azam ni satu tekad atau matlamat yang kita nak cuba capai...

Azam ni biasa orang letak target 1 tahun, tapi boleh kalau nak letak azam setiap minggu, bulan atau pun setiap hari.

Sebaiknya azam setiap hari... Untuk jadikan diri kita lebih baik.

Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap tahun, MF tak pernah bersungguh dengan azam.

Tahun ni rasa macam nak target sesuatu... Sampai berjaya...


Azam Ku 2019 Mestilah nak jadi yang lebih baik dari yang terbaik...

Nak cemerlang dalam segala hal di dunia dan di akhirat...

Usaha untuk settle kan hutang...
Nak buat duit simpanan tetap
Nak travel satu Malaysia
Nak amalkan pemakanan sihat #sukusukuseparuh
Nak kurangkan makan dan banyak kan puasa
Nak kurangkan marah
Nak jadi lebih penyabar
Nak jadi cantik dan gojes
Nak lebihkan amalan sunat sepertiga malam
Nak tadabbur al-Quran
Nak lebarkan sayap bisnes

Untuk blog
Nak mantapkan income adsense
Nak maintain kan PV dan UV
Nak maintain update Blog setiap hari

Untuk diri sendiri
Tak mau malas-malas lagi
Tak mau sentap lebih2
Mohon lebih matang
Mohon kerja on time
Solat on time and overtime
Nak Kurangkan cakap
Tak mau buang masa lagi
Dan paling penting... Nak bersihkan hati dari sifat mazmumah....

Hah... Banyak betul wishlist 2019...

Dan rangkuman segala dari wishlists di atas ialah.. Moga dipermudahkan segala perancangan dan urusan...

Semoga ianya selari dengan perancangan Allah jua...

Tapi macam mana nak pastikan azam dan cita-cita ni tercapai...

MF kongsikan tips dan cara nak capai azam dan cita-cita.. Perkongsian ini MF petik dari catatan Mufti Wilayah Persekutuan...

Jom kita lihat... Macam mana nak capai cita-cita.


Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya #1. Buat Keputusan untuk Tingkatkan Tahap yang Ingin Dicapai Kehidupan seseorang boleh berubah sepenuhnya selepas membuat keputusan untuk menaikkan tahap yang ingin dicapai ke peringkat yang lebih tinggi.

Tulis dengan jelas apa yang diingini, dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapainya.

Masukkan juga, apakah kualiti diri yang sepatutnya dimiliki untuk mencapai perkara tersebut seperti sikap positif dan tidak menangguhkan kerja.

#2. Bersama Tekad, Binakan Keazaman yang Utuh Seperti yang dinyatakan di atas, keazaman dalam meraih cita-cita hendaklah disusun dengan penuh strategi dan pengalaman. Maka insya Allah, sebaik-baik natijah akan digapai. Pujangga menyatakan:

إذا كُنتَ ذا رأيٍ فَكُنْ ذا عَزيمَةٍ                فإنَّ فَسادَ الرأيِ أنْ تَترددا

                             “Jika kamu mempunyai pemikiran yang baik, maka sertakan dengan azam
  Ini kerana rosaknya pemikiran apabila kamu tidak tetap pendirian.”

#3. Tulis Impian dan Cita-Cita yang Ingin Dicapai Jadikan setiap apa yang ingin dicapai dalam bentuk bertulis. Begitu juga semua perkara yang boleh menghalang dan cara mengatasinya.

Tulis secara terus menerus setiap perkara yang dibayangkan. Curahkan semua idea berkaitan impian dan cita-cita yang ingin dicapai.

Susun dalam bentuk garis masa, mungkin sehingga 5 atau 10 tahun akan datang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa impian kita tersebut tidak realistik.

Jangan meletakkan batas pada diri kita. Yakinlah, jika orang lain boleh mencapainya, mengapa tidak kita?

Dengan menulis impian, daripada itu kita dapat mengetahui secara terperinci berkaitan cita-cita kita serta mendapat gambaran yang jelas. Jadikan diri kita tidak dapat hidup tanpa impian dan matlamat tersebut.

#4. Beri Komitmen Sepenuhnya Menulis impian sahaja masih belum mencukupi. Bulatkan tekad dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapai impian tersebut.

Beri komitmen sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merealisasikannya. Bertindak untuk mengubah strategi jika perlu.

Tanamkan pemikiran bahawa sekiranya kita berhenti dan menyerah bermakna kita telah menjual impian kita. Yakinlah, sekiranya kita betul-betul memberi komitmen, pasti ada jalan untuk mencapainya.

Untuk melakukan perubahan, hakikatnya ia bukanlah soal kemampuan. Sebaliknya ia adalah berkaitan kemahuan dan motivasi. Cari alasan atau sebab yang kuat untuk berubah, dan setelah itu beri komitmen sepenuhnya bagi mencapainya.

#5. Tempohkan Cita-cita yang Hendak Dicapai Dengan hanya bercita-cita sahaja untuk menggapai dan mencapai sesuatu matlamat, namun tidak diberikan tempoh dan had masa untuk mencapainya, ia biasanya tidak tercapai. Kalau tercapai sekalipun, ia akan mengambil sejumlah masa yang besar.

Makanya, kejayaan yang sepatutnya diraih hanya sia-sia dan habis begitu sahaja. Malang sekali jika kejadian seperti ini sering kali berulang saban tahun dengan cita-cita yang tak pernah kunjung tiba sekalipun ditekad dan diazamkan pada permulaan tahun.

Jadikanlah cita-cita sebagai tangga yang perlu dinaiki di mana melangkah semestinya dari satu tahap ke satu tahap yang seterusnya agar kehendak cita-cita dapat direalisasikan dalam kehidupan kita. Amin.

#6. Bersahabatlah dengan Orang yang Berjaya Meraih Cita-cita Ini kerana sahabat menjadi cerminan kejayaan seseorang. Cerdik pandai pernah menyebut: “Beritahu kepadaku siapa sahabatmu, nescaya aku boleh memberitahu siapa diri kamu sebenar.” Hal ini berbetulan dengan hadis Nabi SAW:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ

Maksudnya: Seseorang itu mengikut agama rakannya. Maka lihatlah seorang kamu siapa yang dia berkawan.

Riwayat Abu Daud (4833), al-Tirmizi (2378)
dan Ahmad (8398)

Sejarah membuktikan orang yang berjaya biasanya mempunyai rakan-rakan yang telah berjaya.

Dengan sebab itu gandingan antara yang berjaya dengan yang berjaya menghasilkan kejayaan yang lumayan dan berganda. Justeru, pilihlah rakan-rakan yang telah berjaya dan bukannya yang kecewa dan gagal dalam kehidupan.

Moga tahun ni lebih bersemangat... Tak mau malas-malas dan lebih tersusun dalam segala hal.

Insha Allah... Moga dipermudahkan Allah segala urusan kita semua.

Moga tahun ini lebih diberkati Allah dan dilapangkan rezeki dalam segala hal.. Insha Allah..

Selamat tahun baru 2019 buat semua pembaca setia dan pembaca baru Blog www.mariafirdz.com ini...

Moga anda semua juga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa... 😊😊😊

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/01/6-cara-nak-capai-azam-tahun-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 462 hits
Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019 Hurm nampaknya failed Dari 3 azam dan wishlist hanya 1 saja je tercapai Itupun nasib la jadi azam yang 1 tu Kalau ikutkan delay sebab keadaan yang tak mengizinkan Untuk entri kali ini cik en akan kongsi ...
Miliarder Ini Beri 4 Tips Capai Resolusi Di 2019

Miliarder Ini Beri 4 Tips Capai Resolusi Di 2019

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 256 hits
Menyambut tahun baru biasanya orang orang akan mulai memikirkan mengenai resolusi yang akan dilakukan Jika Anda belum memiliki resolusi yang akan dilakukan di tahun 2019 ini miliarder sekaligus petualang Richard Branson memiliki saran agar ...
Tren Tips Seo 2019 Responsive Kecepatan Halaman Popularitas Blog

Tren Tips Seo 2019 Responsive Kecepatan Halaman Popularitas Blog

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 418 hits
SEO 2019 Tren SEO 2019 fokus ke speed mobile dan link Namun konten masih jadi raja Blog terus tumbuh Persaingan kian ketat Jadi peringkat 1 Google makin susah Bagaimana menyiasatinya Berikut ini tren sekaligus tips SEO atau pengoptimalan me...
Resolusi Azam 2019

Resolusi Azam 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 446 hits
hi there tahun 2018 melabuhkan tirainya dan bermulalah tahun 2019 yang pasti angka ini akan bertukar setiap tahun dan pasti kita akan bertambah usia T T tapi adakah resolusi tahunan kita tercapai apapun Happy New Year 2019 alhamdulillah mas...
Azam 2019 Dan Pencapaian 2018

Azam 2019 Dan Pencapaian 2018

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 499 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah baru sahaja masuk ke tahun baru 2019 Sungguh tak disangka bahawa tahun 2018 telah berlalu Rasanya baru sahaja kita di awal tahun 2018 Rupanya sudah di tahun baru Alhamdulillah syukur kepada h...
Azam Baru 2019 Vs 2018

Azam Baru 2019 Vs 2018

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 590 hits
Azam baru 2019 vs 2018 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua 1 Januari 2019 Happy new year Selamat tahun baru semuaa readers yang disayangi Moga tahun ini kita semua menjadi lebih baik dari tahun yang lepas lepas Aamiin So Apakah azam...
Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai

Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 1243 hits
Selamat Tahun Baru 2019 Azam 2018 Tercapai Assalamualaikum tahun baru macam biasa lambat update haha sha agak busy kebelakangan ni memandangkan mertua sha datang rumah time cuti sekolah ni memang tiada masa nak buka laptop apapun masih belu...
Cara Menghitung Kursi Dpr Ri Dan Dprd Tahun 2019

Cara Menghitung Kursi Dpr Ri Dan Dprd Tahun 2019

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 331 hits
Pemilihan Legislatif 2019 akan digelar bersamaan dengan Pemilihan Presiden pada 17 April 2019 Pemilihan legislatif ini akan diikuti oleh 16 partai politik Pelaksanaan Pemilu 2019 ini berbeda dengan tahun sebelumnya Jika Pemilu 2014 memakai ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities