Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019
Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019 | Hurm, nampaknya azam tahun baru 2018 failed. Dari 3 azam dan wishlist hanya 1 saja je tercapai. Itupun nasib la jadi azam yang 1 tu. Kalau ikutkan delay sebab keadaan yang tak mengizinkan. Untuk entri kali ini cik en akan kongsi azam yang tercapai satu tu dan Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019
Azam tahun baru 2018 adalah seperti Travel ke Lombok, Travel Ke Turki, Turun Berat Badan 20 kg. Dari 3 ini hanya travel ke Lombok sahaja yang tercapai. Itu pun kemungkinan akan delay disebabkan masa itu ada gempa di sana. Korang boleh baca semua story di Lombok di entri Itinerary | Trip Lombok Indonesia . Travel ke Turki tak jadi sebab travel ke Lombok yang delay 2 bulan. Berat badan memang tak turun turun. Mybe stress bekerja kot. Hhahahha.
Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019Untuk tahun 2019, cik en akan gugurkan 1 dan carry forward 1 azam tahun lepas. Hope untuk tahun ke dua azam yang cik en carrry forward ini akan berjaya atau dapat half pencapaiannya
Turun berat badan 20 kg - Harap cik en akan berjaya ataupun dapat 10 kg pun cik en happy sangat dah. HihihiTravel 3 tempat di luar negara - Cik en tak tetapkan tempat sebabnya currency kita ini selalu berubah ubah jadi cik en tetapkan 3 tempat di luar Malaysia untuk travel pada tahun 2019 ini. Duduk Rumah Sendiri - Ini yang cik en tunggu dalam 2 tahun ini. Diharap rumah yang dirancangkan dapat cik en duduki pada tahun 2019. Sekarang dalam proses CF dan harap tiada masalah. Update blog sebanyak 200 entri pada tahun 2019 - Untuk 2018 ini, cik en hanya dapat update blog 161 termasuk entri ini. Dan cik en harap dapat update 200 entri untuk tahun 2019Bebas dengan update perkara negatif di media sosial termasuk blog - Anyway tahun 2018 ini cik en ada update 1 perkara negatif di blog disebabkan services kedai makan di Pantai Merdeka. Dan di harap 2019 cik en akan sentiasa positif selalu setiap hari. Follower di Instagram mencapai 10k - Ini lebih kepada option sebab cik en tahu, kalau kita tak aktif 2 3 hari follower dan enggament akan turun sikit. Jadi yang ini cik en akan cuba dapatkan dalam 2019. Skearang follower cik en 7771 saat cik en menaip entri iniHabiskan hutang PTPTN - Insyallah akan habis tahun 2019 sebab PTPTN cik en hanya tinggal RM800. Ikutkan nak habiskan untuk dapatkan diskaun tapi sebab budget yang ada ini ada kegunaan cik en teruskan saja pemotongan gaji setiap bulan.
Rasanya cukup 7 azam itu dan diharap semuanya di permudahkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2018/12/azam-tahun-baru-eintan-nurfuzie-2019.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29