Ini 6 Petua Tradisional Untuk Merawat Penyakit Diabetes



Kencing manis? Apa itu sebenarnya kencing manis? Kencing manis atau diabetes merupakan satu keadaan apabila paras glukosa sangat tinggi dalam darah yang berpunca daripada kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukosa dalam badan dengan membantu pergerakan glukosa dari salur darah dalam sel badan.

Sekiranya anda mengalami diabetes, glukosa dalam darah tidak dapat memasuki sel-sel berkaitan, ia akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan paras glukosa yang tinggi. Ia merupakan antara penyakit yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Kenapa agaknya ya? Diabetes sering dikatakan berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan ada juga mengaitkan dengan faktor genetik dimana orang menggelarkan ia sebagai penyakit keturunan.

Ia akan berjangkit dari generasi ke generasi, namun, hakikatnya gaya hidup dan apa yang diamalkan dalam pemakanan harian yang menentukan individu itu akan terdedah atau tidak dengan risiko mendapat serangan diabetes. Merawat diabetes boleh menggunakkan pelbagai alternatif sama ada secara moden mahupun tradisional.

Disini mimin menyediakan 6 petua tradisional untuk merawat diabetes dengan menggunakan bahan semula jadi dan mudah didapati dengan hanya menanamnya sendiri. Khasiat yang ada pada semua bahan ini tidak dinafikan lagi dan ia telahpun diamalkan sejak dahulu lagi dalam usaha mencegah dan merawat segala jenis penyakit yang ada.

Petua merawat diabetes ini menggunakan buah peria katak, ginseng, pokok lidah buaya (aloe vera), kulit kayu manis dan halia serta kacang bendi. Berikut adalah sedikit info berkaitan dengan petua yang boleh diamalkan dalam tujuan merawat kencing manis dan boleh dilakukan sendiri oleh pesakit hanya dirumah dengan menggunakan bahan yang murah dan senang diperolehi.

1. Peria katak 
Peria katak sering dijadikan bahan dalam masakan terutamanya masyarakat Melayu, adakala ianya dijadikan ubat dan herba untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah diabetes. Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukosa dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P.

Ia juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukosa dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu. Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau.

Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal. Rasa pahit yang ada pada buah peria menjadi penawar terbaik kepada sebarang penyakit. Resepi untuk menghasilkan jus ini sungguh mudah dengan menyediakan sebiji peria katak, sebiji epal hijau dan 4 cawan air kosong.

Cara penyediaannya ialah korang hanya perlu potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Korang disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.

2. Ginseng
Petua seterusnya adalah menggunakan ginseng. Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukosa darah ketika berpuasa. Pelbagai jenis ginseng yang boleh diperolehi, antaranya ginseng Korea, ginseng Siberia, ginseng Amerika dan ginseng Jepun

Dalam semua kategori tumbuhan ini, spesies ginseng panax sangat popular dalam merawat secara menyeluruh. Ia sama seperti kebanyakan herba yang dijadikan penawar kepada penyakit diabetes. Justeru, pelbagai kajian lanjutan perlu dilaksanakan bagi membuktikan lagi keberkesanan ginseng dalam merawat pelbagai penyakit.

Seperti yang kita sedia maklum, ginseng sememangnya mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan manusia. Ia telah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu lagi di China sebagai penawar dan pembekal tenaga yang baik. Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukosa bagi penghidap diabetes.

Pelbagai jenis ginseng boleh didapati dan setiap ginseng mempunyai khasiat yang berbeza dalam merawat dan mencegah penyakit yang berlainan jenis. Antara ginseng yang boleh dikenali ialah ginseng Asia (Panax ginseng), ginseng ini juga dikenali sebagai ginseng Korea.

Kebaikan yang ada pada ginseng ini ialah ia mampu meningkatkan kesihatan dan sistem imunisasi pada tubuh badan kita serta membantu mengawal tekanan gula dalam darah supaya menjadi normal. Selain itu, ginseng Amerika (Panax quinquefolius) yang digunakan untuk mengawal tekanan dan meningkatkan sistem imunasasi badan supaya dapat melawan daripada demam dan masalah angin dalam badan.

Ada juga menggunakan ia sebagai penawar dan pencegah kepada HIV aids, kanser, anemia, diabetes dan sebagainya. Seterusnya, Ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus) yang bukanlah dikategorikan sebagai ginseng, namun, khasiatnya dalam mengubati penyakit adalah sama seperti ginseng yang lain seperti keupayaannya dalam meningkatkan tenaga dan kecergasan fizikal kepada kita dalam melakukan tugas harian dengan lancar tanpa sebarang gangguan kesihatan.

Walaupun ia mempunyai pelbagai manfaat dalam kesihatan, terdapat juga kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan seperti pening, sukar tidur, masalah penghadaman dan alergik. Nasihat doktor dan pakar perubatan amatlah diperlukan bagi mengelakkan kesan yang buruk kepada tubuh badan korang. Guna secara teratur dan sederhana supaya ia dapat mengubati dan memberi kebaikan kepada tubuh badan.

Jika korang baru menjalani pembedahan atau akan melakukan pembedahan, sebaiknya korang elakkan diri daripada menggunakan ginseng terutama sekali ginseng Asia. Ia sama juga dengan ibu mengandung dan menyusukan anak dilarang mengamalkan ginseng, kerana ia mungkin akan memberikan kesan negatif kepada bayi korang. Penyediaan ginseng sebagai ubat diabetes, ia dijadikan minuman teh dan ada juga dijual dalam bentuk minuman bertin.

3. Lidah buaya
Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatknan kadar glukosa dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Jus lidah buaya dikatakan dapat menurunkan lipid darah (lemak) pada pesakit, meredakan bengkak dan menyembuhkan luka dengan pantas. Ini kerana, Luka dan ulser pada kaki yang disebabkan oleh diabetes kebiasaannya mengambil masa yang panjang untuk sembuh.

Bagi mengawal paras gula dalam darah. Penggunaan lidah budaya adalah dengan cara mengambil 1 batang lidah buaya, kemudian bersihkan dan kupas kulit serta durinya. Rendamkan selama 30 minit bersama air garam. Ramas dan bilaskan dengan air. Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih. Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk. Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak 1/2 gelas. Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali.

Selain itu, petua ini berkesan bagi mengubati kencing manis secara menyeluruh dengan cara yang lebih kurang dengan kaedah mengawal paras gula. Cuma tambahkan menjadi 2 batang dan direbus bersama 3 gelas air dan ditapiskan jelnya untuk mengambil air sahaja. Amalkan minum air ini 3 kali sehari selepas mengambil makanan sebanyak setengah gelas. Lakukan setiap hari untuk melihat tindak balas lidah buaya dalam merawat kencing manis.

4. Kayu manis
Kayu manis mampu mengawal paras glukosa dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita. Kayu manis merupakan salah satu golongan rempah yang manis dan berasal daripada kulit pokok yang meliar, biasanya tumbuh di kawasan beriklim tropical seperti Asia Tenggara, Amerika Selatan dan pulau Caribbean.

Penggunaan kayu manis dalam pelbagai aspek telah bermula sejak beribu tahun lampau dan dijadikan bahan utama dalam masakan serta dijadikan bahan bakar. Dalam masa yang sama, ia berupaya memberi manfaat dalam mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan kepada manusia seperti kencing manis.

Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukosa dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah. Hasil kajian perubatan yang diterbitkan oleh jurnal Diabetes Cares pada 2003 membuktikan kenyataan itu terhadap penghidap diabetes tahap 2 dan sekaligus merendahkan risiko yang boleh membawa kepada penyakit yang lebih kronik berkaitan kardiovaskular iaitu penyakit jantung dan darah tinggi.

Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu manis juga berupaya mencegah gejala diabetes. Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.

Sebenarnya, diabetes terhasil apabila dinding pada salur darah tidak dapat menampung jumlah gula yang masuk dan menghasilkan satu lapisan yang menghalang insulin untuk masuk ke saluran darah. Ia juga akan menganggu sistem ketahanan badan dan berat badan kita juga akan terjejas akibat pembentukan tersebut. Herba ini berperanan dalam menghalang enzim ‘alanine’ menghasilkan glukosa (gula) dan diserap dalam salur darah.

Dengan mengamalkan kayu manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukosa dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

Dalam artikel yang membincangkan mengenai kebaikan dan manfaat kayu manis, satu kenyataan yang dikeluarkaan oleh Lori Kenyon Farley, iaitu Pakar Perunding Nutrisi berpendapat bahawa kayu Manis dapat membantu dalam mengawal penyakit diabetes dalam dua cara yang berbeza.

Di mana ia berupaya mengurangkan tekanan darah dan memberi kesan positif kepada salur tertentu dalam darah bagi penghidap diabetes itu sendiri. Beliau menambah lagi dengan menyatakan bahawa kayu manis ini juga membantu dalam mengurangkan lapisan yang meghalang insulin untuk masuk ke salur darah sekaligus mengawal kadar gula sehingga 29% dalam mengurangkan gejala diabetes.

5. Halia 
Petua seterusnya adalah halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.

Halia merupakan salah satu langkah dalam merawat pelbagai penyakit seperti masalah penghadaman dan menjadi bahan wangian dalam produk mandian dan kosmetik. Terdapat satu kajian telah membuktikan halia boleh mengawal kandungan gula dalam darah untuk tempoh masa panjang bagi penghidap diabetes.

Pengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.

Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.

Ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

Halia sememangnya mempunyai 1001 kebaikan untuk kesihatan, tetapi anda disarankan mengambil dalam kadar yang sederhana. Terdapat kajian daripada American Diabetes Association 2014 telah membuktikan bahawa halia dapat meningkatkan penyerapan gula dalam sel otot dan menurunkan kadar gula dalam salur darah.

Adalah diingatkan bahawa, korang dilarang mengambil ubat-ubatan diabetes bersama minuman teh halia atau korang akan berdepan dengan masalah ‘hypo’. Kandungan dalam halia juga berupaya mencairkan darah jika diambil dalam dos yang tinggi dan sangat berbahaya jika korang juga mengambil ubat cairkan darah (aspirin).

Sebaiknya, koramg harus berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor pakar atau ahli farmasi sekiranya korang berdepan dengan tanda-tanda berlaku pendarahan yang melampau seperti tanda lebam tanpa sebab, gusi berdarah, najis berdarah atau kawasan luka yang berlaku pendarahan tanpa henti.

6. Kacang bendi
Dalam kaedah tradisional juga, kacang bendi terkenal sebagai ‘superfood’ yang mempunyai 1001 kebaikan kepada individu yang berisiko atau menghidapi penyakit diabetes dan sebarang penyakit kronik yang lain. Nama lain bagi kacang bendi ialah Abelmoschus esculentus. Ia mempunyai khasiat yang baik dalam mengawal gula dalam darah dan lain-lain khasiat untuk kesihatan manusia.

Pelbagai kajian vitro (makmal) dan vivo (haiwan) telah dijalankan bagi membuktikan bahawa kacang bendi merupakan ejen anti-diabetes terbaik dan selamat diamalkan oleh manusia untuk tujuan mencegah dan merawat diabetes dari peringkat awal. Ia juga mendapati bahawa kacang ini sangat berkhasiat untuk glukosa dalam darah yang tinggi.

Terdapat satu kajian di India yang diterbitkan dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences pada 2011, para pengkaji membuktikan dengan cara menggunakan seekor tikus yang dihidapi kencing manis telah diberikan kacang bendi telah mengalami kadar penurunan glukosa dalam darahnya, bagi tikus yang diberikan ekstrak kacang bendi pula mengalami penurunan yang berperingkat selama 10 hari penyelidikan dijalankan.

Ini membuktikan bahawa kacang bendi mampu menjadi penawar terbaik dalam merawat kencing manis ke atas hidupan dan tidak memberi kesan sampingan jika diambil secara terkawal dan bersederhana. Kacang bendi dapat merawat kencing manis disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kacang bendi mempunyai kadar kalori yang rendah dalam setiap 100gm bendi hanya mempunyai 30 kalori tanpa kolestrol dan lemak tepu.

Sekaligus ia dapat mengawal paras gula dalam darah dan mempunyai nutrient yang baik seperti vitamin A, vitamin B6 dan vitamin K serta kadar magnesium yang tinggi dalam membantu sistem penghadaman badan. Selain itu, kandungan glisemik yang rendah dalam bendi sangat berguna kepada penghidap diabetes dan sering disarankan oleh doktor.

Ia adalah satu ukuran di mana makanan mudah hadam akan menjadi glukosa dalam darah dan jika glisemik masih dalam tahap yang rendah maka glukosa masih dapat dikawal dengan baik. Oleh kerana itu, bendi sangat sesuai dimasukkan dalam menu diet harian penghidap penyakit diabetes.

Salah satu petua merawat kencing manis dengan bendi ialah dengan hanya perlu mengambil 2 batang kacang bendi dan dikerat bahagian atas dan bawah, sebelum itu basuh bersih terlebih dahulu baru kerat. Bagi memudahkan proses tersebut, kelarkan bahagian tengah bendi tersebut dan masukkan ia ke dalam gelas berisi air.

Kemudian, tutupkan gelas dengan penutup yang kedap lalu biarkan ia semalaman pada suhu normal atau suhu bilik. Keluarkan bendi yang direndam daripada gelas pada keesokan harinya dan minum air tersebut sebelum mengambil sarapan. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kesan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis berlaku.

Khasiatnya akan kurang apabila bendi dicampurkan dalam masakan berbanding makan begitu sahaja atau minum air rendaman bendi tersebut. Petua ini berguna bukan sahaja merawat kencing manis tetapi boleh dipraktikkan oleh semua orang dengan tujuan mengelakkan penyakit yang kronik dan menyelamatkan diri daripada serangan penyakit yang tidak diingini.

Penjagaan kesihatan amat penting bagi meneruskan aktiviti seharian terutama bagi mereka yang bekerja. Daya produktiviti akan menurun sekiranya tahap kesihatan merudum. Hal ini kerana, badan kita perlu digunakan bukan untuk tempoh masa yang singkat, jadi, korang harus hargai nikmat kesihatan dengan baik sebelum korang diserang penyakit yang bahaya.

Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi, korang boleh memperolehi pelbagai khasiat yang jarang sekali diketahui umum. Adalah yang lebih baik untuk korang menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar mengenai menu pemakanan dan kaedah yang bersesuaian untuk merawat kencing manis. Penggunaan bahan semula jadi itu bagus untuk tubuh badan tetapi korang perlu mengetahui juga kesan sampingan yang korang akan dapat sekirannya korang tidak megawal penggunaannya dan mungkin akan menyumbang kepada serangan penyakit lain pula.


Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/ini-6-petua-tradisional-untuk-merawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Penyakit Beguk Siptom Dan Cara Merawat Beguk

Bahaya Penyakit Beguk Siptom Dan Cara Merawat Beguk

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 899 hits
PERNAHKAH tiba tiba dan mengadu sakit Sakitnya sampai susah untuk meneguk air dan makan Janganlah kata nak minum nak telan air liur pun terasa perit Apa itu beguk Menurut portal MyHEALTH yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia merupa...
Rawatan Angin Ahmar Gejala Dan Penyebab Penyakit Stroke

Rawatan Angin Ahmar Gejala Dan Penyebab Penyakit Stroke

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 344 hits
Pengenalan saluran darah otakOtak merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh badan Fungsi otak sangat penting untuk aktiviti harian seperti bergerak bertutur melihat mengawal emosi berfikir dan banyak lagi Setiap aktiviti ini dikawal o...
Abaya Fiona Kongsi Derita Penyakit Bellpalsy Atau Lumpuh Sebelah Muka

Abaya Fiona Kongsi Derita Penyakit Bellpalsy Atau Lumpuh Sebelah Muka

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 560 hits
Bellpalsy atau lumpuh sebelah muka ini orang kata macam strok kecil juga Namun serangan ini berlaku pada sebelah muka yang mana boleh mengakibatkan lumpuh atau lemah di bahagian sebelah muka sebab kerosakan saraf muka Dan ini pengalaman pes...
Hemofilia Penyakit Darah Tidak Membeku Yang Tiada Penawar

Hemofilia Penyakit Darah Tidak Membeku Yang Tiada Penawar

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 575 hits
Pernahkah anda terfikir saat mengalami kecederaan atau luka dan berlaku pendarahan kemudian darah berhenti mengalir Itulah hemastosis dan proses ini memerlukan tiga langkah termasuk pembekuan darah Pembekuan darah adalah penting kerana ia m...
Penyakit Dan Perosak Utama Dalam Penanaman Pisang

Penyakit Dan Perosak Utama Dalam Penanaman Pisang

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 343 hits
Diambil dari website maqis gov my berkaitan penyakit dan perosak dalam penanaman pisang
Kuih Manis Punca Penyakit

Kuih Manis Punca Penyakit

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 864 hits
Makanan dan minuman berasaskan gula sememangnya sedap sehinggakan sesi makan bagaikan tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut Masyarakat Melayu juga amat terkenal dengan kuih muih tradisi yang kebanyakannya mempunyai kandunga...
Who Tiap Hari Lebih Dari Sejuta Orang Di Dunia Terinfeksi Penyakit Menular Seksual

Who Tiap Hari Lebih Dari Sejuta Orang Di Dunia Terinfeksi Penyakit Menular Seksual

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 290 hits
Laporan terbaru Organisasi Kesehatan Dunia Kamis menyebutkan lebih dari satu juta orang di seluruh dunia terinfeksi penyakit menular seksual setiap harinya
Tokoh Dan Artis Indonesia Yang Meninggal Karena Penyakit Kanker

Tokoh Dan Artis Indonesia Yang Meninggal Karena Penyakit Kanker

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 286 hits
Berbagai pengobatan mereka tempuh demi sembuh dari penyakit kanker Namun mereka harus menyerah dari penyakit mematikan ini
Demam Cirit Birit Selesema Penyakit Selalu Terjadi Masa Raya Sedia Ubat Awal Elak Kelam Kabut

Demam Cirit Birit Selesema Penyakit Selalu Terjadi Masa Raya Sedia Ubat Awal Elak Kelam Kabut

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 897 hits
Bila anak demam cirit birit atau selesema ibu ayah tak senang duduk dibuatnya Malah raya pun jadi tak bermakna Sebab itu pentingnya untuk sediakan payung sebelum hujan Beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Jauh atau dekat ramai ak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization