Rawatan Angin Ahmar Gejala Dan Penyebab Penyakit Stroke


Pengenalan saluran darah otak
Otak merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh badan. Fungsi otak sangat penting untuk aktiviti harian seperti bergerak, bertutur, melihat, mengawal emosi, berfikir dan banyak lagi. Setiap aktiviti ini dikawal oleh bahagian otak yang berbeza. Antara bahagian otak ialah Frontal lobe, Motor cortex, Parietal lobe, Temporal lobe, Occipital lobe, cerebellum dan banyak lagi. Setiap bahagian ini mempunyai fungsi tersendiri dan mengawal aktiviti tertentu. Sebagai contoh, frontal lobe mengawal personaliti dan konsentrasi, motor cortex mengawal pergerakan volunteri, parietal lobe mengawal fungsi sensasi badan, temporal lobe mengawal pendengaran, occipital lobe mengawal penglihatan dan cerebellum mengawal pergerakan halus dan teliti


Dalam keadaan tertentu badan akan meletakkan keutamaan bagi membolehkan otak berfungsi seperti normal berbanding organ lain. Sebagai contoh ketika berpuasa, badan akan kekurangan glukosa, oleh itu badan akan memastikan otak mendapat glukosa yang secukupnya terlebih dahulu sebelum organ-organ lain. Untuk memastikan otak berfungsi dengan baik, terdapat begitu banyak saluran darah seperti arteri dan vein yang boleh membawa darah dan nutrisi penting untuk sel otak

Saluran darah ke otak dibahagikan kepada dua, iaitu segmen hadapan (anterior) dan belakang (posterior) berkaitan dengan arteri yang membekalkan darah ke otak. Dua jenis arteri utama yang membawa darah ke otak ialah arteri karotid dalaman (internal carotid artery) yang menyumbang sebanyak 80 % dari total penyaluran darah ke otak dan arteri vertebral (vertebral arteries) yang menyumbang selebihnya sebanyak 20 % darah ke otak. Terdapat dua internal carotid arteries, iaitu kiri dan kanan yang membekalkan darah kepada bahagian segmen hadapan otak dan dua verterbral arteries, juga kiri dan kanan yang membekalkan darah kepada bahagian segmen belakang otak. Kesemua arteri ini akan bercabang dan bergabung melalui dua arteri posterior communicating arteries. Ini semua membentuk kepada Circle of Willis iaitu kitaran saluran yang membekalkan darah kepada seluruh otak dan organ sekeliling

Sakit stroke ialah satu keadaan apabila terdapat defisit fungsi otak seperti kelemahan kaki dan tangan, gangguan penglihatan, gangguan pertuturan dan sakit kepala yang teruk disebabkan oleh punca vaskular atau gangguan bekalan darah ke otak

Saluran darah membekalkan darah kepada bahagian-bahagian otak yang tersendiri. Jika saluran darah kepada sesuatu bahagian terganggu, ini akan menjejaskan fungsi bahagian otak tersebut. Oleh kerana setiap bahagian otak mempunyai fungsi tertentu, simptom dan gejala stroke berbeza bergantung kepada bahagian otak dan saluran darah yang terlibat



Jenis-jenis stroke atau angin ahmar
Sakit stroke boleh dibahagikan kepada 3 jenis berdasarkan penyebab atau pathophysiology, iaitu stroke iskemia, jenis stroke hemoragik dan jenis stroke lain-lain

Stroke iskemia merupakan jenis stroke paling banyak, iaitu sebanyak 80 % dari total jumlah stroke yang dilaporkan. Saluran darah iaitu arteri boleh tersumbat dan menyekat pembekalan darah ke otak. Ini menyebabkan otak tidak mendapat darah yang membawa oksigen dengan cukup dan menyebabkan sel dan tisu otak mengalami deprivasi oksigen. Akibatnya tisu ini mengalami iskemia. Lebih teruk lagi jika ia tidak dirawat dengan segera, tisu atau sel boleh mati secara kekal dan keadaan ini dipanggil infarksi. Penyebab utama stroke iskemia ialah penyakit aterosklerosis dan penyakit arteri kecil. Ramai rakyat malaysia menghidapi penyakit aterosklerosis disebabkan oleh penyakit kolesterol tinggi. Aterosklerosis menyebabkan penyempitan saluran darah atau digelar stenosis. Contohnya ialah stenosis arteri karotid boleh menyebabkan stroke bahagian segmen hadapan otak. Penyebab stroke iskemia lain ialah thrombus, embolus, dan hypoperfusion

Stroke hemoragik pula terjadi kerana terdapat perdarahan di otak yang menyebabkan gangguan bekalan darah ke otak. Contoh perdarahan di dalam otak ialah intracerebral haemorrhage (ICH) dan subarachnoid haemorrhage (SAH). Pendarahan di kepala berpunca dari saluran darah di otak pecah. Antara sebab utama pecah saluran darah ialah kerana tekanan darah yang sangat tinggi dan usia tua yang menjadikan arteri lebih mudah untuk pecah. Selain itu juga, struktur arteri dan vein di dalam otak juga boleh menjadikan ia lebih senang pecah. Contohnya ialah aneurysm dan arteriovenous malformation (AVM). Namun kejadian ini hanya menyumbang kepada 17% dari total jumlah kes stroke

Selebih 3% kes stroke adalah disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti arteri terbelah atau arterial dissection, venous sinus thrombosis, vascuilitis dan berbagai lagi. Penyakit-penyakit ini sangat jarang


Apa itu atherosclerosis
Aterosklerosis atau atherosclerosis ialah keadaan di mana terdapat plak-plak lemak yang terkumpul di dinding dalam pembuluh darah. Ini boleh menyebabkan arteri menyempit, mengeras dan lebih teruk lagi boleh tersumbat secara total. Lemak yang berkumpul ini ialah kolesterol, lebih tepat lagi kolesterol yang bukan HDL. Pemakanan yang tinggi dalam lemak dan kolesterol LDL dan gaya hidup tidak aktif merupakan penyebab utama tinggi kolesterol dalam badan

Aterosklerosis merupakan penyebab utama sakit arteri seperti serangan jantung, stroke dan sakit arteri di kaki. Kesemua penyakit ini serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, arterosklerosis perlu dikawal agar arteri tidak terus menyempit atau tersumbat. Makanan yang kaya dalam HDL seperti minyak ikan omega 3 boleh mengurangkan jumlah deposit lemak di dalam pembentung darah. Mengurangkan tahap kolesterol dalam badan juga boleh membantu menghalang pertumbuhan arterosklerosis. Ubat statin dan gaya hidup yang lebih sihat adalah rawatan untuk penyakit kolesterol tinggi


Epidemilogi
Stroke merupakan salah satu penyebab kematian paling banyak di dunia, berada di tangga ketiga di bawah. Dari segi kecacatan kekal, stroke merupakan penyumbang utama. Akibat stroke, berbillion dollars telah digunakan dalam bidang kesihatan di seluruh dunia untuk mencegah dan merawat strok otak

Apabila seseorang telah mendapat serangan stroke, majoriti mereka akan mengalami kecacatan kekal seperti kesukaran untuk bergerak, makan, bercakap dan berbagai lagi. Kos untuk menjaga pesakit ini adalah besar kosnya dan oleh kerana mereka hilang keupayaan untuk bekerja, ekonomi pesakit dan keluarga serta negara juga akan berkurang

Mereka juga akan bergantung kepada ubat sepanjang hayat mereka dan peralatan medikal seperti katil dan kerusi roda, di mana semua ini akan menelan bajet yang banyak. Keluarga pesakit juga akan turut terkesan dari segi fizikal dan emosi, selain dari sudut kewangan. Oleh itu, seeloknya seseorang perlu menjaga kesihatan mereka, terutamanya memastikan tekanan darah adalah normal, BMI adalah normal dan tahap kolesterol juga dalam tahap normal

Sumber : Dr. Sri Viknarajan
Petua dan Tips : Rawatan Angin Ahmar (Stroke), Gejala dan Penyebab Penyakit Stroke


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://caripetua.blogspot.com/2019/06/rawatan-angin-ahmar-stroke-gejala-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Hal Berikut Disinyalir Jadi Penyebab Gagalnya Bukber Kamu Pernah Mengalami Nggak

8 Hal Berikut Disinyalir Jadi Penyebab Gagalnya Bukber Kamu Pernah Mengalami Nggak

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 201 hits
Karena buka bersama bukan hanya sekadar batalin puasa bareng Buka bersama adalah sebuah momen langka
Bayi Penghidap Penyakit Germ Cell Tumor Semakin Pulih

Bayi Penghidap Penyakit Germ Cell Tumor Semakin Pulih

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 738 hits
Tahap kesihatan adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kanak kanak di London semakin hari semakin baik Bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 berkata doktor yang merawat an...
Awas 13 Penyakit Kelamin Yang Biasa Dijangkiti

Awas 13 Penyakit Kelamin Yang Biasa Dijangkiti

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 351 hits
13 Penyakit Kelamin Yang Boleh Menjangkitimu Tak bermakna dunia kamu akan gelap jika dijangkiti STI Kebanyakannya masih boleh dirawat jika dikesan dari awal Kuncinya adalah This is a content summary only Visit my website for full links othe...
Tokoh Dan Artis Indonesia Yang Meninggal Karena Penyakit Kanker

Tokoh Dan Artis Indonesia Yang Meninggal Karena Penyakit Kanker

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 287 hits
Berbagai pengobatan mereka tempuh demi sembuh dari penyakit kanker Namun mereka harus menyerah dari penyakit mematikan ini
Who Tiap Hari Lebih Dari Sejuta Orang Di Dunia Terinfeksi Penyakit Menular Seksual

Who Tiap Hari Lebih Dari Sejuta Orang Di Dunia Terinfeksi Penyakit Menular Seksual

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 290 hits
Laporan terbaru Organisasi Kesehatan Dunia Kamis menyebutkan lebih dari satu juta orang di seluruh dunia terinfeksi penyakit menular seksual setiap harinya
Apa Penyebab Pan Tak Dapat Kursi Dpr Di Jawa Tengah Pada Pemilu 2019

Apa Penyebab Pan Tak Dapat Kursi Dpr Di Jawa Tengah Pada Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 232 hits
Berdasarkan hasil rekapitulasi nasional yang dilakukan KPU jumlah suara PAN hanya 832 010
Penyebab Mual Saat Hamil

Penyebab Mual Saat Hamil

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 350 hits
Mual saat hamil memang bukan sesuatu yang luar biasa Karena berdasarkan banyak pengalaman wanita hamil mual terutama pada awal awal kehamilan adalah sesuatu yang biasa terjadi Namun meskipun begitu tidak boleh juga dianggap remeh Rasa mual ...
Penyebab Biang Keringat Dan Cara Mengatasinya

Penyebab Biang Keringat Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 296 hits
Biang keringat atau yang biasa disebut juga dengan keringat buntat adalah salah satu penyakit yang umum dialami oleh siapa saja termasuk anak anak Biang keringat ditandai dengan ruam berupa bintik merah pink yang muncul di bagian tubuh tert...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation