Ini 12 Petua Supaya Anak Dengar Cakap Dan Ikut Perintah



Mesti stress, bila kita cakap, anak tak nak ikut. Lagi kita cakap kuat-kuat, lagi dia melawan. Kadang-kadang, sebagai ibu, boleh jadi down satu hari. Buat senang nak bagi anak dengar kata!

Walaupun, ibu bapa banyak menghabiskan masa bercakap kepada anak-anak, ada kalanya tanpa disedari, mereka amat jarang mendengar luahan anak-anak. Selalunya, apabila berlaku waktu yang “panas”, amat sukar untuk ibu bapa menghentikan pertengkaran anak-anak.

Anda perlulah belajar cara yang lebih baik untuk berbicara dengan anak-anak supaya mereka mendengar dan anda tidak perlu bersusah payah.

Mendidik anak adalah salah satu tugasan yang amat mencabar dalam hidup. Untuk melindungi dan membesarkan anak-anak yang berdisiplin, ada ibu bapa yang menggunakan kuasa autoriti sebagai ibu dan bapa.

Ini membuatkan anak-anak terpaksa akur dan tidak dapat bersuara dalam rumah sendiri. Ada juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga sanggup memberikan apa jua yang anak inginkan.

Kedua-dua cara didikan di atas berbentuk ekstrim dan tidak bagus untuk pembesaran anak-anak. Perlulah ada keseimbangan dan penuh dengan budi bicara yang sihat dan rasional.

Cara anda bercakap dengan mereka akan mengajar mereka cara bercakap dengan orang lain dan cara anda bercakap juga menentukan sama ada anak-anak akan mendengar atau tidak dan bagaimana tindak balas mereka.

1. Gunakan bahasa yang baik dan halus
Tiada orang yang suka mendengar nada yang negatif. Elakkan penggunaan “tidak” atau “jangan”. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak anda. Jika anda menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan berasa yakin, disayangi dan istimewa.

Ini akan membuatkan mereka melakukan apa jua pesanan anda tanpa membantah. Mereka juga akan mendengar apa yang anda ingin katakan dan memahami dengan lebih baik.

2. Renung mata anak anda sebelum memberi arahan
Sebelum memberi arahan, melutut dihadapa anak anda supaya level mata anda dan anak anda selari. Renung anak matanya dan pastikan dia memberi perhatian pada anda. Anda perlulah bersabar jika anda melakukannya untuk pertama kali. Lama kelamaan, mereka akan biasa dengannya.

3. Sebut nama anak sebelum memberi arahan
Jika anda menyebut namanya, dia akan memberi perhatian pada anda dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius!

Adalah dinasihatkan untuk memberhentikan apa jua tindak balas atau jawapan anak anda, supaya mereka mendengar pesanan anda dengan teliti.

4. Pastikan pesanan anda ringkas dan jelas
Adalah penting untuk diingati bahawa kanak-kanak tetap adalah kanak-kanak. Mereka tidak akan memahami mesej yang tersembunyi dari pesanan yang kurang jelas. Elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.

5. Berikan mereka pilihan dan alternatif selagi mana boleh 
Jika anda ingin anak anda mendengar kata-kata anda, anda patut berikan mereka pilihan. Anda boleh menerangkan keadaan kepada mereka supaya mereka memahamu dan kenapa mereka perlu mengikut arahan anda. Memberi alternatif dalam nada yang positif akan memberikan anak anda pemahaman yang lebih berbanding penggunaan “tidak” atau “jangan”.

6. Elakkan dari berleter
Selalunya, ibu bapa akan mula berleter apabila anak-anak tidak mendengar kata-kata mereka. Jadi, daripada anda berleter dan membebel panjang, lebih baik anda tampal lukisan atau satu carta kerja dalam bilik anak anda dan tunjukkan pada mereka.

Tugasan rumah harian yang perlu mereka selesaikan dalam sela waktu yang ditetapkan perlu dijelaskan dalam carta ini. Pastikan anda membuat carta tugasan yang sesuai dengan umur anak anda dan pertimbangkan juga waktu untuk mereka berehat dan bermain.

7. Berikan anak anda "Reward" yang mereka tidak boleh lepaskan
Apabila anak anda berjaya menyelesaikan sesuatu, anda perlulah memberikan mereka hadiah atau ganjaran yang mereka suka. Pastikan hadiah tersebut adalah untuk kebaikan anak anda dan bukannya hanya untuk memanjakan mereka.

8. Jika anda mahukan anak anda berbudi pekerti mulia, jadilah teladan untuk mereka
Anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam semua perkara. Jadi, berbudi pekerti bukanlah sesuatu yang diharapkan lahir sendiri dari seorang kanak-kanak. Selain itu, ajarkan mereka kata-kata sopan yang mudah sebelum mereka belajar bercakap dan anda juga perlulah mengaplikasikannya dalam setiap perbuatan anda.

9. Tenang tetapi tegas 
Jika anda telah membuat keputusan dan telah menyampaikannya pada anak anda, anda patut bertegas dengan keputusan tersebut. Bincangkan dengan pasangan anda dan pastikan anda mencapai kata sepakat bersama pasangan anda. Ini akan mengajar anak anda bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat, ia tetap tidak akan berubah.

10. Bersifat terbuka untuk perbincangan
Apabila anak anda semakin membesar, anda perlu menitik beratkan hal emosi dan pandangan mereka. Elakkan dari memberi arahan yang kelihatan seolah-olah muktamad. Berikan anak anda ruang untuk berfikir dan membuka minda mereka serta berkongsi perasaan dan tanggapan mereka.

11. Buat anak macam kawan
Pastikan anda bercakap dengan anak anda seolah-olah anda bercakap dengan kawan anda. Ini akan membantu anda mengawal nada suara dan isu-isu yang panas.

12. Terimalah anak anda seadanya
Setiap anak mempunyai sifat positif dan negatif. Terimalah mereka seadanya dan sayangilah mereka walau apa jua kekurangan mereka. Ini membuatkan mereka selesa berkongsi perasaan dan buah fikiran.

Akhir kata, ingatlah selalu bahawa komunikasi yang terbuka dan selesa akan membantu anak-anak anda membesar dengan keyakinan yang tinggi dalam diri dan mereka akan dapat membina perhubungan yang baik dengan orang lain dan anda!

Asahlah skil komunikasi anda setiap kali anda berbicara dengan anak anda dan dengarlah apa yang mereka ingin sampaikan supaya hubungan yang kukuh dan baik dapat diwujudkan. Janganlah asyik marah anak sahaja kerana ia tidak berfaedah sama sekali. Selamat mencuba!
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/ini-12-petua-supaya-anak-dengar-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 534 hits
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun Namun terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang...
Saya Garang Dengan Anak Anak Biarlah Orang Nak Cakap Apa Asalkan Tahu Adab Faezah Elai

Saya Garang Dengan Anak Anak Biarlah Orang Nak Cakap Apa Asalkan Tahu Adab Faezah Elai

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 894 hits
Masalah keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan membuatkan pelakon Faezah Elai terpaksa bersikap tegas dalam mendidik anak anaknya Menurut Faezah 36 dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak anak dan tidak kisah jika ada...
Anak Faham Je Apa Saya Cakap Tapi Tak Bercakap Lagi Yakin Ke Anak Anda Betul Betul Faham

Anak Faham Je Apa Saya Cakap Tapi Tak Bercakap Lagi Yakin Ke Anak Anda Betul Betul Faham

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 354 hits
Memang ada kanak kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga me...
Kpai Temukan Anak Asal Tasikmalaya Diajak Guru Ngaji Ikut Demo 22 Mei

Kpai Temukan Anak Asal Tasikmalaya Diajak Guru Ngaji Ikut Demo 22 Mei

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 217 hits
Komisi Perlindungan Anak Indonesia menemukan sejumlah alasan anak anak ikut dalam aksi demo berujung ricuh pada 21 22 Mei 2019 Salah satunya ajakan para tokoh panutan
Anak Berat Mulut Atau Lambat Cakap Buat Teknik Ni Berulang Kali Mesti Jadi

Anak Berat Mulut Atau Lambat Cakap Buat Teknik Ni Berulang Kali Mesti Jadi

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 370 hits
Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak terutamanya bagi anak anak yang pasif ataupun ada agenda tersendiri Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi Komunikasi 2 hala mest...
Dengan Anak Tak Boleh Cakap Pusing Pusing Mereka Tak Faham Ozlynn Kongsi Cara Disiplinkan Anak

Dengan Anak Tak Boleh Cakap Pusing Pusing Mereka Tak Faham Ozlynn Kongsi Cara Disiplinkan Anak

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 365 hits
Pelakon Ozlynn menerusi akaun instagram Jozlynn yang dikongsi bersama suaminya Johan Raja Lawak memuatnaik sebuah video dimana gelagat Chantiq sedang melayan baby Moleiq subuh tadi Menerusi kepsyen video tersebut Ozlynn berkongsi dengan pan...
Anak Lelaki Sanggup Pukul Ibu Sendiri Kerana Terlalu Percaya Cakap Bini

Anak Lelaki Sanggup Pukul Ibu Sendiri Kerana Terlalu Percaya Cakap Bini

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 483 hits
SEORANG anak lelaki tergamak memukul ibunya sendiri gara gara terlalu mempercayai kata kata isteri Menerusi video yang viral di media sosial hari ini wanita warga emas itu mengadu turut dimaki hamun dan dihalau keluar daripada rumahnya Menu...
Ayah Rajin Peluk Cium Anak Mudah Dengar Kata Stres Hilang Rasa Tenang

Ayah Rajin Peluk Cium Anak Mudah Dengar Kata Stres Hilang Rasa Tenang

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 664 hits
Peranan seorang bapa atau ayah sangat mustahak dalam perkembangan anak Nak mudah mendidik perlu ada bonding yang kuat antara bapa dan anak Memeluk dan mencium anak banyak faedahnya kepada ibu dan ayah Bagi ibu adalah normal untuk memeluk da...
Anak Bujang Ikut Misi Bantuan Altimet Mahu Putera Sulung Saksi Kehidupan Di Tanah Bergolak

Anak Bujang Ikut Misi Bantuan Altimet Mahu Putera Sulung Saksi Kehidupan Di Tanah Bergolak

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 441 hits
Umum sedia tahu bahawa Altimet dan juga beberapa rakan artis sedang bertungkus lumus menyertai misi kemanusiaan di Turki Syria dan juga Lubnan Kehadiran mereka kesana adalah bagi menyalurkan sumbangan yang telah dikumpul daripada rakyat Mal...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah