Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas




PETALING JAYA – Penyanyi Ara Johari terpaksa menelan kekecewaan apabila lagu Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) tidak berjaya lolos ke Anugerah Industri Muzik-24 (AIM24) akibat faktor teknikal yang sepatutnya boleh dielakkan.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 28, meletakkan harapan tinggi memandangkan tahun ini AIM memperkenalkan kategori baharu iaitu Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik.
“Secara jujurnya saya rasa sangat kesal dan kecewa kerana saya menaruh harapan yang tinggi untuk lagu MJOL bertanding di AIM.
“Lebih-lebih lagi tahun ini AIM membuka satu kategori baharu iaitu Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis Atau Komposer Luar Negara Terbaik.
“Apa yang saya kesalkan MJOL tidak tercalon dalam lima terbaik bukan disebabkan tak layak atau tewas dengan lagu-lagu lain, sebaliknya kesilapan teknikal daripada pihak tertentu yang tidak mencalonkan MJOL dalam kategori tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Bagaimanapun, peserta Akademi Fantasia musim ke-13 itu tidak putus asa untuk menghasilkan karya lebih baik.
“Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan hanya menganggap MJOL tiada rezeki untuk dipertandingkan dalam AIM.
“Namun itu tidak membuatkan saya patah semangat untuk terus menghasilkan karya yang bagus, saya melihat dari sudut positif dan mencabar diri saya mengeluarkan lagu lebih baik tahun hadapan.
“Insya-Allah mungkin ada rezeki saya untuk AIM tahun hadapan,” ujarnya lagi.
Lagu MJOL dicipta oleh komposer Indonesia, Ilham Baso dan dihasilkan dihasilkan di Jakarta.
Baru-baru ini, AIM24 mengumumkan calon lima teratas bagi 26 kategori yang dipertandingkan pada 13 September depan.
Antara lagu yang lolos dalam kategori Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik adalah Masing-Masing (Ernie Zakri), Sejarah (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Dursila (Meisks), Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (Aina Abdul feat Fabio Asher) dan Naluri (Sekumpulan Orang Gila feat Boniex For Revenge) – KOSMO! ONLINE




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/16/kesal-mjol-tercicir-aim-bukan-sebab-tak-layak-tewas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penantian 10 Tahun Ara Johari Nak Masuk Aim Berakhir Dengan Kekecewaan

Penantian 10 Tahun Ara Johari Nak Masuk Aim Berakhir Dengan Kekecewaan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 903 hits
Selepas hampir sedekad mengorak langkah dalam dunia seni penyanyi bersuara lantang Ara Johari menyimpan impian besar untuk melihat namanya terukir di pentas berprestij Anugerah Industri Muzik Namun hasrat itu berkecai apabila lagu Menjaga J...
Wanita Umno Kesal Keputusan Pkr Terima Tengku Zafrul Jejas Keharmonian Perpaduan Parti Gabungan Kerajaan

Wanita Umno Kesal Keputusan Pkr Terima Tengku Zafrul Jejas Keharmonian Perpaduan Parti Gabungan Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Wanita UMNO kesal dan memandang serius tindakan Parti Keadilan Rakyat menerima permohonan keahlian bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang kini sah menja...
Memang Silap Besar Mansuhkan Upsr Amp Pt3 Sistem Pendidikan Kini Terlalu Longgar Guru Luah Rasa Kesal

Memang Silap Besar Mansuhkan Upsr Amp Pt3 Sistem Pendidikan Kini Terlalu Longgar Guru Luah Rasa Kesal

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1363 hits
Baru baru ini di laman Threads seorang wanita yang bergelar guru meluahkan rasa tidak puas hati berhubungan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3 di mana dia menganggap ia merupakan satu kesilapan besar Menurut guru tersebut pengalaman mengaj...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story