Ingin Buat Kejutan Ibu Hamil 5 Bulan Maut Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung
Ingin membuat kejutan untuk ibu di kampung tetapi tidak kesampaian. Ibu hamil 5 bulan pergi bersama bayi dalam kandungan dan seorang anak kecil.
Sehari sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa, keluarga ini terpaksa menerima kehilangan tatkala ahli keluarga, Hasliza Arini Muhamad@Hamid. Lebih memilukan, pemergiaan ibu hamil ini turut disertai anaknya yang paling kecil, Muhammad Khalish Kautsar, 2 tahun.
KALI TERAKHIR BERBUAL DENGAN IBU
Menurut laporan Berita Harian, Hasliza yang merupakan seorang akauntan ingin membuat kejutan kepulangannya ke kampung dan langsung tidak bercakap mengenai perkara itu ketika kali terakhir berbual dengan ibunya, Sapinah Hussin, Khamis lalu.
Sapinah hanya mengetahui nasib menimpa keluarga anaknya dalam kemalangan berhampiran Simpang Sungai Ruan itu selepas dimaklumkan anak ketujuh, Hazwani yang mendapat maklumat melalui aplikasi WhatsApp.
SUAMI & DUA LAGI ANAK PARAH
Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, Hasliza Arini dan anak bongsunya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, yang menaiki kereta Perodua Myvi, maut. Suaminya, Mohd Syaril Sulaiman, 44, serta dua lagi anak mereka, Khaliesah Khairina, 7; serta Dhia Afriena, 5, pula parah.
PALING RAPAT DENGAN KAKAK, ADIK KATA KAKAK NAK BUAT KEJUTAN
Hazwani yang tinggal Klang, Selangor berkata, dia sangat rapat dengan Allahyarham kakaknya kerana mereka tinggal berdekatan dan sering pulang ke kampung bersama.
ADIK MENAIKI BAS
Hazwani terselamat daripada kemalangan yang menimpa kakaknya sekeluarga apabila dia menaiki bas untuk pulang ke kampung pada jam 8 malam. Katanya, arwah Hasliza bersama keluarga bergerak dari rumah mereka kira-kira jam 9 malam dan merancang untuk singgah di rumah ibu mentuanya di Dabong, Kuala Krai.
TIDAK PASTI AKAN PULANG RAYA NANTI
“Kami tidak memberitahu hendak pulang ke kampung kepada ibu kerana mahu membuat kejutan untuk sambut Ramadan memandangkan kakak tidak tahu sama ada dapat pulang atau tidak untuk menyambut hari raya nanti,” kata Hazwani.
MUNGKIN TIDAK BALIK BERAYA
Sementara itu, ibu Allahyarham Hasliza, Sapinah memberitahu kali terakhir bertemu anak kelimanya ialah pada Februari lalu. Hasliza Arini yang merupakan anak kelima daripada sembilan sempat berbual bersama ibu menerusi telefon kira-kira jam 4 petang Khamis lalu.
“Mak cik tak tahu mereka nak balik kampung. Dalam telefon, arwah tak cakap apa-apa pun mengenai kepulangan mereka, hanya memberitahu tidak tahu sama ada boleh pulang sambut Aidilfitri atau tidak. Aidilfitri tahun lalu pun mereka tak dapat pulang kerana menantu saya bekerja,” kata ibu berusia 67 tahun ini.
RAYA TAHUN LEPAS YANG TERAKHIR
Lebih memilukan, adik Allahyarham iaitu Hazwani memuatnaik post mendoakan kakaknya yang telah meninggal dunia serta anak saudaranya.
Who knows last year is ur last raya with us..Semoga syurga buatmu kakakku Hasliza Arini n anak buah kesygn makdik,Khalish Kautsar & baby dlm kandungan..
Al Fatihah.
Sumber: Berita Harian, FB Allahyarham Hasliza Arini Muhd & Hazwani Muhamad Hamid
The post Ingin Buat Kejutan, Ibu Hamil 5 Bulan Maut Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ingin-buat-kejutan-ibu-hamil-5-bulan-maut-dalam-perjalanan-pulang-ke-kampung/