Mereka Ingin Membuat Kejutan Untuk Keluarga Di Kampung Hasrat Lima Sekeluarga Sambut Ramadan Tidak Kesampaian


“Mereka Ingin Membuat Kejutan Untuk Keluarga Di Kampung..” – Hasrat lima sekeluarga sambut Ramadan tidak kesampaian! Hasrat lima sekeluarga membuat kejutan kepada keluarga di kampung untuk menyambut Ramadan yang dijangka Isnin ini, tidak kesampaian selepas dua daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Sungai Ruan, Raub, Pahang awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, yang berasal dari Kampung Kelaboran di sini, dan anak bongsunya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril yang berumur dua tahun.
Bayi Sekitar 1 Tahun
Turut maut ialah Nasrul Fakhri Mansor, 38, dari Taman Aman Perdana, Klang, Selangor dan dua anggota keluarganya iaitu seorang wanita dewasa dan bayi berusia sekitar setahun, yang masih belum dapat dikenal pasti identiti mereka selain tiga lagi parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Lipis.
Sapinah Hussin, 67, ibu kepada Hasliza Arini berkata, berita kemalangan yang menimpa anak kelima daripada sembilan beradik itu dimaklumkan anak bongsunya, Hazwani, 28, menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 11.30 pagi.
Sapinah berkata, Hasliza Arini yang sedang hamil lima bulan berhasrat pulang ke kampung halaman untuk membuat kejutan sempena Ramadan. Mak cik tak tahu pun mengenai kepulangan mereka dan kali terakhir mak cik bercakap dengan arwah melalui panggilan telefon kira-kira pukul 4 petang semalam tapi bercakap tak lama sebab arwah sedang bekerja. Arwah pun tak bagitahu mereka nak pulang ke kampung.
“Arwah bekerja sebagai akauntan dan mahu pulang ke kampung kerana nak sambut puasa dengan keluarga kerana dia tidak tahu dapat pulang sambut Aidilfitri atau pun tidak pada tahun ini kerana suaminya bekerja,” katanya ketika ditemui di Kampung Kelaboran di sini, hari ini.
Dikebumikan
Beliau berkata, jenazah anak perempuan dan cucunya itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran malam ini. Sementara itu, Hazwani yang tinggal Klang, Selangor berkata beliau sangat rapat dengan arwah kakaknya itu kerana mereka tinggal berdekatan dan sering pulang ke kampung bersama-sama.
maut
“Malam tadi, saya naik bas pukul 8 malam dan kakak bersama keluarga bergerak dari rumahnya di Klang pada pukul 9 malam kerana mereka mahu berhenti di rumah ibu mentuanya di Dabong, Kuala Krai.Kami tidak memberitahu ibu kerana mahu membuat kejutan untuk sambut Ramadan memandangkan kakak tidak tahu sama ada dapat pulang atau tidak hari raya nanti,” katanya. – Bernama
The post “Mereka Ingin Membuat Kejutan Untuk Keluarga Di Kampung..” – Hasrat lima sekeluarga sambut Ramadan tidak kesampaian! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/mereka-ingin-membuat-kejutan-untuk-keluarga-di-kampung-hasrat-lima-sekeluarga-sambut-ramadan-tidak-kesampaian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Buat Kejutan Ibu Hamil 5 Bulan Maut Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung

Ingin Buat Kejutan Ibu Hamil 5 Bulan Maut Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 679 hits
Ingin membuat kejutan untuk ibu di kampung tetapi tidak kesampaian Ibu hamil 5 bulan pergi bersama bayi dalam kandungan dan seorang anak kecil Sehari sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa keluarga ini terpaksa menerima kehilangan tatkal...
Buffet Ramadan 2019 Berbuka Puasa Juadah Kampung Di Restoren Umi The Top Komtar Penang

Buffet Ramadan 2019 Berbuka Puasa Juadah Kampung Di Restoren Umi The Top Komtar Penang

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1715 hits
Assalamulaikum gais Pejam celik dah masuk bulan puasa Mesti waktu siang kita terpikir nak makan apa time berbuka nanti eh Menu popular tiap kali terlintas dalam hati mesti masakan kampung kan Lagi lagi juadah tu mengubat rindu air tangan em...
Sambut Kemenangan Jokowi Relawan Dan Warga Kampung Jokowi Adakan Syukuran

Sambut Kemenangan Jokowi Relawan Dan Warga Kampung Jokowi Adakan Syukuran

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 317 hits
Relawan Posraya Indonesia bersama warga Kampung Jokowi Jakarta mengadakan acara tasyakuran atas hasil Quick Count yang memenangkan paslon 01 Jokowi Ma ruf Amin
Bakal Sambut Raya Bersama Kembar Ajak Hael Husaini Balik Kampung

Bakal Sambut Raya Bersama Kembar Ajak Hael Husaini Balik Kampung

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1598 hits
Hael Husaini bukan satu nama asing dalam industri muzik tanah air apabila hampir setiap lagu nyanyiannya mendapat sambutan hangat pendengar dan sering dimainkan di corong radio Namun siapa sangka penyanyi lagu Jampi dan Haram itu ternyata m...
Sambut Ramadan Dalam Stor Gerai

Sambut Ramadan Dalam Stor Gerai

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 469 hits
Norman Uda 28 bersama isterinya Masitah Remari 28 beramah mesra dengan dua anak mereka selepas selesai ditemubual mengenai keluarga mereka yang muallaf dikatakan dihalau keluar dari rumah sewa dan kini menumpang tidur di medan selera Park R...
Cahaya Ramadan Buffet Di Funtasia Bangi Resort Hotel Mesra Keluarga

Cahaya Ramadan Buffet Di Funtasia Bangi Resort Hotel Mesra Keluarga

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 900 hits
Cahaya Ramadan Buffet di Funtasia Bangi Resort Hotel Mesra Keluarga Lagi beberapa hari saja dah nak masuk Bulan Ramadhan Sekejap sangat masa berlalu Mama doakan semoga semua yang membaca post ini menyambut Ramadhan dalam keadaan sihat tubuh...
Intel Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Modem Telefon Pintar Mereka

Intel Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Modem Telefon Pintar Mereka

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 296 hits
Intel sebelum ini telah mengatakan mereka akan keluar daripada perniagaan modem peranti mudah alih 5G mereka Kini lanjutan daripadanya ia diperkatakan Intel sedang melihat untuk menjual perniagaan modem telefon pintar mereka Seperti ramai s...
Ahmad Dhani Curhat Ingin Segera Bebas Agar Bisa Lebaran Bareng Keluarga

Ahmad Dhani Curhat Ingin Segera Bebas Agar Bisa Lebaran Bareng Keluarga

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 378 hits
Karena memang tidak pernah pisah sebelumnya Dia berharap bebas agar ramadan dan lebaran bisa berkumpul bersama keluarga ujarnya
Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ambil Langkah Berhati Hati Di Hari Percutian Anda

Easy Healthy Recipes Vegetables

Bukti Anak Selamat

Legoland Malaysia Resort And Lego Ferrari Shift Gears With Asia S First Build Race Attraction

Doa 13 September 2025

Usop Sayangi Dia Chord