Ingatkan Lemak Biasa Wanita Lahirkan Bayi Sihat Selepas 17 Jam Disahkan Hamil


Siapa sangka, hanya selepas 17 jam disahkan hamil, seorang wanita muda telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat! Inilah kisah luar biasa Charlotte Summers, 20, dari Queensland, Australia, yang membuktikan bahawa kehamilan sememangnya penuh misteri dan tidak semestinya berlaku seperti yang kita sangkakan.
“Saya Ingatkan Hanya Lemak Biasa…” Menurut Charlotte, dia langsung tidak menyangka dirinya sedang hamil. Malah, sepanjang sembilan bulan itu dia masih mengalami kitaran haid normal, dan hanya menyedari perubahan pada bentuk tubuhnya disebabkan berat badan naik. Pakaian semakin ketat, tapi dia fikir itu kesan daripada pemakanan dan gaya hidup.

Semuanya berubah apabila dia menjalani pemeriksaan perubatan berkaitan masalah sensitiviti gluten pada awal Jun lalu. Doktor secara rutin meminta Charlotte menjalani ujian kehamilan, dan tanpa disangka keputusannya positif!
Kandungan Sudah 38 Minggu – Kena Induce Segera! Selepas berita kehamilan disahkan, keluarga pasangan Charlotte bertindak pantas mendapatkan imbasan ultra bunyi, dan di situlah mereka dikejutkan lagi – usia kandungan sudah mencecah 38 minggu! Lebih membimbangkan, doktor mendapati Charlotte mengalami masalah plasenta berada di bahagian hadapan rahim, yang juga dikenali sebagai anterior placenta, dan ini menyukarkan pengesanan gerakan bayi.
Disebabkan kedudukan plasenta dan usia kandungan yang sudah cukup bulan, doktor memutuskan Charlotte perlu menjalani induksi kelahiran dengan segera. Tidak sampai sehari selepas dimasukkan ke wad materniti, Charlotte melahirkan bayi lelaki yang sihat – hanya 17 jam 21 minit selepas mengetahui dia sedang hamil!
Kehamilan Tersembunyi (Cryptic Pregnancy) – Jarang Berlaku, Tapi Tidak Mustahil Fenomena yang dialami Charlotte ini dikenali sebagai kehamilan tersembunyi atau cryptic pregnancy  dimana keadaan di mana seseorang tidak menyedari dirinya hamil sehinggalah kandungan memasuki fasa akhir atau saat melahirkan.
Menurut pakar perbidanan dan sakit puan, antara faktor kehamilan tersembunyi termasuk:
✅ Kitaran haid yang tetap meskipun sedang hamil
✅ Plasenta di hadapan rahim yang menghalang rasa gerakan bayi
✅ Simptom kehamilan yang sangat ringan atau tiada langsung
✅ Perubahan fizikal yang tidak ketara, terutamanya pada wanita berbadan besar atau tinggi
Netizen Ragu, Charlotte Tampil Kongsi Dokumen Perubatan Disebabkan kisahnya begitu luar biasa, ramai netizen mempersoalkan kebenaran cerita Charlotte. Ada yang menuduhnya menipu atau sekadar mencari perhatian. Namun, Charlotte tampil dengan bukti rasmi seperti dokumen lengkap daripada Queensland Health, bagi membuktikan dia benar-benar tidak tahu dirinya hamil sehingga saat-saat akhir.
“Saya tahu susah nak percaya. Tapi saya sendiri pun terkejut. Dalam masa tak sampai sehari saya jadi seorang ibu. Sekarang, bayi lelaki saya adalah dunia saya,” kata Charlotte.
Peka Akan Perubahan Badan Setiap kehamilan itu unik, dan bukan semua akan melalui simptom yang sama. Namun, sebagai wanita, kita perlu lebih peka terhadap perubahan tubuh:
👶 Jika haid anda tetap tetapi ada perubahan luar biasa pada tubuh, lakukan ujian kehamilan.
👶 Jangan abaikan pertambahan berat badan mendadak, walaupun anda fikir itu hanya “lemak biasa”.
👶 Rasa tidak selesa, senak perut, cepat letih atau perubahan emosi yang berpanjangan – semuanya boleh jadi petanda awal kehamilan.
Kehamilan bukan sekadar tentang tempoh 9 bulan, tetapi tentang naluri, penjagaan dan keajaiban tubuh wanita. Kisah Charlotte ini membuktikan bahawa menjadi ibu kadangkala berlaku di luar jangkaan – tapi kasih sayang yang hadir tetap sama mendalam ❤️
Sumber : Sinar Harian 
The post “Ingatkan Lemak Biasa…” Wanita Lahirkan Bayi Sihat Selepas 17 Jam Disahkan Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ingatkan-lemak-biasa-wanita-lahirkan-bayi-sihat-selepas-17-jam-disahkan-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 7 Tahun Lemas Bapa Update Selepas 16 Jam Bertarung Nyawa

Budak 7 Tahun Lemas Bapa Update Selepas 16 Jam Bertarung Nyawa

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 139 hits
Bapa memaklumkan pemergian anak lelaki tersayang yang sebelum ini bertarung nyawa selama 16 jam di Unit Rawatan Rapi Kanak Kanak Hospital Melaka Mangsa seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia selepas terlibat...
Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak Kedua Netizen Menangis Dengar Doa Suami Di Sisi Jenazah

Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak Kedua Netizen Menangis Dengar Doa Suami Di Sisi Jenazah

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 152 hits
Hantaran terbaru dikongsikan akaun yang melakukan kebajikan membantu menguruskan jenazah orang awam Mr Wan Cai Official telah meruntun hati ramai Video yang dikongsikan di Instagram itu memaparkan seorang suami di sisi jenazah isterinya yan...
Selepas 20 Tahun Koma Putera Arab Saudi Al Waleed Khalid Disahkan Mangkat Pada Usia 36 Tahun

Selepas 20 Tahun Koma Putera Arab Saudi Al Waleed Khalid Disahkan Mangkat Pada Usia 36 Tahun

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 155 hits
AgensiPutera Al Waleed bin Khalid bin Talal Al Saud yang dikenali sebagai Putera Tidur disahkan mangkat pada usia 36 tahun selepas mengharungi tempoh koma selama dua dekad susulan kemalangan tragik yang menimpanya pada 2005 Gambar media sos...
Tindakan Cekap Kru Air Asia Selamatkan Bayi Sakit Ketika Penerbangan Tular Wanita Rakam Ucapan Penghargaan Terima Kasih

Tindakan Cekap Kru Air Asia Selamatkan Bayi Sakit Ketika Penerbangan Tular Wanita Rakam Ucapan Penghargaan Terima Kasih

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 158 hits
Seorang ibu meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada kru penerbangan AirAsia AK115 atas tindakan pantas dan profesional mereka ketika anak perempuannya mengalami kecemasan perubatan semasa penerbangan dari Guangzhou ke Kuala Lumpur pada...
Saya Cuma Mahu Mengaku Salah Dan Jujur Pelakon Wanita Dedah Hamil Anak Luar Nikah Bulan Depan Due Date

Saya Cuma Mahu Mengaku Salah Dan Jujur Pelakon Wanita Dedah Hamil Anak Luar Nikah Bulan Depan Due Date

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 166 hits
Pelakon dan model terkenal Indonesia Erika Carlina mengejutkan ramai apabila secara terbuka mengakui dirinya kini hamil anak luar nikah Wanita berusia 31 tahun itu turut memaklumkan bahawa kandungannya kini telah memasuki sembilan bulan dan...
Comel Montel Sihat Bayi 4 Bulan Berat Hampir 10kg Curi Perhatian

Comel Montel Sihat Bayi 4 Bulan Berat Hampir 10kg Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 133 hits
Seorang ibu muda dari Texas Amerika Syarikat mencuri tumpuan dunia maya apabila berkongsi perkembangan luar biasa anaknya yang baru berusia empat bulan tetapi sudah mencecah hampir 10 kilogram Maci Mugele 21 menerusi akaun TikTok miliknya b...
13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 152 hits
Pada 24 Jun yang lalu sepasang bayi kembar siam lelaki berusia tiga bulan berjaya dipisahkan menerusi pembedahan sekali gus mencipta sejarah baru bagi Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur Menerusi satu hantaran di Facebook Kementerian Kesihat...
Wanita Hamil 5 Bulan Menyamun Suami Lupus Harta Curi Dipenjara

Wanita Hamil 5 Bulan Menyamun Suami Lupus Harta Curi Dipenjara

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 169 hits
BernamaMELAKA Wanita hamil lima bulan dan suaminya dihukum penjara dalam tiga prosiding mahkamah berbeza atas kesalahan menyamun mencuri dan melupuskan harta curi Di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Hakim Haderiah Siri menjatuhkan hukuman penjara...
Bukan Hfmd Bukan Demam Biasa Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit Kawasaki Biji Mata Merah

Bukan Hfmd Bukan Demam Biasa Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit Kawasaki Biji Mata Merah

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 170 hits
Apa perasaan ibu ayah bila si kecil demam tak kebah kebah Panik Risau Itu normal Tapi bayangkan kalau demam itu rupa rupanya petanda kepada penyakit misteri yang boleh serang jantung anak Seram kan Inilah yang berlaku kepada si kecil comel ...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Terbang Pulang Dengan Japan Airlines

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upah Haji Untuk Orang Tua Yang Sakit Bila Ia Dibenarkan

Bermula Fasa Baru Tanpa Ibu Dan Babah

Kenapa Kaki Mudah Kebas Bila Duduk Bersila

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak