Bukan Hfmd Bukan Demam Biasa Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit Kawasaki Biji Mata Merah


Apa perasaan ibu ayah bila si kecil demam tak kebah-kebah? Panik? Risau? Itu normal… Tapi bayangkan kalau demam itu rupa-rupanya petanda kepada penyakit misteri yang boleh serang jantung anak. Seram kan? Inilah yang berlaku kepada si kecil comel, Charlotte yang tiba-tiba disahkan menghidap Penyakit Kawasaki!
Demam Panas, Ruam Timbul, Biji Mata Merah! Kisah ini dikongsi oleh ibu muda, Sharon Chong di laman Facebook. Awalnya, dia sangka Charlotte cuma demam biasa. Hari pertama, suhu badan naik turun, si ibu hanya lap badan dan beri ubat demam.
Tapi hari kedua, demam Charlotte makin tinggi, sampai terpaksa ke jabatan kecemasan. Doktor bagi paracetamol dan minta terus pantau keadaan.

Hari ketiga, ruam merah mula timbul di seluruh badan. Ibu sangka ruam panas biasa, tapi makin lama makin pelik… bibir Charlotte merah menyala, seolah-olah pakai gincu!
Masuk hari keempat, mata si kecil dah mula merah. Naluri ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena.
“Hati saya rasa tak sedap. Terus bawa Charlotte ke hospital. Doktor periksa jantung dia, ambil darah, pasang drip. Masa tu saya dah mula panik,” luah Sharon.
Doktor Sahkan Penyakit Kawasaki Selepas pemeriksaan rapi, doktor sahkan Charlotte menghidap Kawasaki Disease, penyakit yang boleh menyebabkan keradangan salur darah termasuk salur darah ke jantung. Kalau lambat rawat, boleh menyebabkan komplikasi serius atau serangan jantung!
“Saya tak sangka, dari demam biasa boleh sampai ke tahap ganggu jantung. Rasa luluh hati saya,” kongsi Sharon.

Charlotte terus dimasukkan ke wad kecemasan, dipantau rapi, dan diberi rawatan khas iaitu IVIG, ubat untuk kawal radang salur darah selama 12 jam. Dia juga diberi aspirin untuk elak pembekuan darah yang boleh jejaskan jantung.
Hari demi hari, keadaannya makin stabil:
✔️ Ruam badan mula hilang
✔️ Bengkak tangan dan kaki surut
✔️ Bibir masih merah, tapi makin elok
Apa Itu Penyakit Kawasaki? Penyakit Kawasaki bukan penyakit berjangkit ya ibu ayah! Ia berpunca daripada tindak balas sistem imun terhadap virus atau bakteria yang tak dikenal pasti. Kesannya, salur darah jadi radang terutamanya arteri ke jantung.
Kanak-kanak bawah 5 tahun paling berisiko, tapi bayi atau orang dewasa pun boleh kena.
Tanda-Tanda Penyakit Kawasaki: 🚨 Demam panas lebih 4-5 hari, tak kebah walau makan ubat
🚨 Mata merah tanpa keluar tahi mata
🚨 Ruam merah seluruh badan
🚨 Tapak tangan & kaki bengkak kemerahan
🚨 Lidah seperti strawberi, berbintik merah
🚨 Bibir merah menyala, merekah
Pesanan Buat Ibu Ayah – Jangan Pandang Ringan! Kalau anak demam tak kebah, ada tanda-tanda pelik seperti ruam, mata merah, bibir merekah atau kaki tangan bengkak, jangan tunggu lama. Terus bawa ke hospital!
Rawatan awal boleh elakkan komplikasi jantung yang berbahaya. Ingat, Kawasaki ini bukan macam demam biasa atau HFMD, dia datang senyap-senyap tapi boleh beri kesan besar kalau kita leka.
Semoga si kecil kita semua dilindungi dan sentiasa sihat sejahtera.
The post Bukan HFMD, Bukan Demam Biasa – Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit Kawasaki, Biji Mata Merah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-hfmd-bukan-demam-biasa-ibu-kongsi-detik-cemas-bayi-kena-penyakit-kawasaki-biji-mata-merah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 582 hits
Tiada apa yang lebih mendebarkan hati seorang ibu selain melihat anak kecil kesayangan tiba tiba jatuh sakit lebih lebih lagi ketika berada ribuan kaki di udara Itulah detik cemas yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu apabila bayi perempua...
Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 493 hits
Sebuah pesawat Batik Air nyaris mengalami nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada Sabtu selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut Pesawat jenis Boeing 737 dengan nombor pendaftaran PK LDJ itu dilaporkan...
Bisikan Suruh Campak Anak Chiwan Kongsi Detik Cemas Isteri Kemurungan Ketika Dalam Pantang

Bisikan Suruh Campak Anak Chiwan Kongsi Detik Cemas Isteri Kemurungan Ketika Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 428 hits
Kelahiran cahaya mata pertama selalunya menjadi detik paling membahagiakan buat pasangan suami isteri Tapi bagi pelawak dan penyampai radio Suria FM Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri 39 kenangan selepas kelahiran anak sulungnya s...
Dulu Hidup Susah Mat Nuart Banyak Bantu Mua Bellaz Kenang Jasa Suami Kongsi Detik Awal Perkenalan

Dulu Hidup Susah Mat Nuart Banyak Bantu Mua Bellaz Kenang Jasa Suami Kongsi Detik Awal Perkenalan

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 445 hits
Jurusolek terkenal MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini mengimbas kembali detik manis ketika ibunya menerima suaminya Anuar Ahmad sebagai menantu hasil keikhlasan dan sifat pemurah lelaki itu sejak awal perkenalan mereka Dal
Pukul Bayi 2 Bulan Dengan Balang Kaca Hingga Mati Ibu Muda Jadi Histeria

Pukul Bayi 2 Bulan Dengan Balang Kaca Hingga Mati Ibu Muda Jadi Histeria

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 266 hits
AgensiIBU muda histeria selepas disyaki menyebabkan kematian anaknya FOTO Agensi Jakarta Ibu berusia 25 tahun histeria selepas dipercayai memukul bayi lelakinya berusia dua bulan dengan balang kaca sehingga mengakibatkan kematian dalam keja...
Bayi 15 Bulan Didera Hingga Maut Ibu Kandung Teman Lelaki Ditahan

Bayi 15 Bulan Didera Hingga Maut Ibu Kandung Teman Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 291 hits
Allahuakbar luluh hati bila dengar kisah begini Bayi perempuan yang baru berusia 15 bulan dipercayai menjadi mangsa dera sehingga meninggal dunia di sebuah premis kedai di Bandar Satelit Pulau Sebang Melaka malam tadi Lebih menyedihkan si k...
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 383 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
Nak Ikut Kakak Ibu Kongsi Kisah Seram Anak Main Pasir Tiba Tiba Berlari Hujung Pantai

Nak Ikut Kakak Ibu Kongsi Kisah Seram Anak Main Pasir Tiba Tiba Berlari Hujung Pantai

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 504 hits
Kisah seorang ibu yang berkongsi kisah anak perempuannya yang bermain pasir pantai dengan seseorang yang tidak dilihat menarik perhatian ramai Kongsi ibu ini menerusi Thread Rafidah Samat anaknya yang sedang leka bermain pasir tiba tiba ber...
Ramai Takut C Zer Sebab Lambat Baik Sebenarnya Ada Cara Sembuh Cepat Pakar O G Kongsi Tip Ibu Boleh Amalkan

Ramai Takut C Zer Sebab Lambat Baik Sebenarnya Ada Cara Sembuh Cepat Pakar O G Kongsi Tip Ibu Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 460 hits
Kelahiran melalui pembedahan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding bersalin normal Oleh itu penjagaannya juga perlu diberi perhatian supaya luka cepat sembuh dan tidak terbuka semula Memandangkan pembedahan ketika melahirkan...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang