Informasi Ph Tak Bela Melayu Islam Sakit Lain Ubat Lain Dr Kamarul Zaman Yuoff




TULISAN Presiden PAN, Mohamad Sabu, dalam portal beritaMalaysiaKini hari ini bertajuk “Terangkan pada rakyat PH bela Melayu, Islam” adalah bagus kerana ia mengandungi satu pengakuan terbuka berbunyi:(1) “Naratif ataupun persepsi yang mengatakan bahawa Kerajaan PH ditunggangi oleh bukan Melayu dan bukan Islam sudah diyakini ramai, sudah dipegang oleh sebahagian besar orang Melayu dan orang Islam di Malaysia khasnya di Semenanjung.”(2) “Ia menjadi satu pegangan yang diterima pakai sekarang ini bahawa kedudukan orang Melayu, Islam, kedudukan Raja-raja Melayu tergugat di bawah pemerintahan PH.” Begitupun kebagusan ini terhenti setakat ini kerana preskripsi yang beliau berikan untuk merawat penyakit ini adalah:(1) “Seluruh ahli-ahli PAN dan pejuang-pejuang rakyat hendaklah mengumandangkan isu ini iaitu Kerajaan PH menyelamatkan institusi perniagaan Bumiputera, tabung yang terbesar walaupun Menteri Kewangannya daripada DAP, Cina dan 'non-Muslim'.”(2) “PH, Lim Guan Eng melihat dari sudut keharmonian, kekuatan politik untuk menolong, membantu Bumiputera, orang Melayu dan Islam.”  Dua perkara utama yang beliau tonjolkan bagi membuktikan PH membela Melayu Islam adalah:(1) “Kerajaan PH yang Menteri Kewangannya Lim Guan Eng telah berusaha dan berikhtiar walaupun dalam keadaan kekangan kewangan iaitu mengeluarkan lebih RM17 bilion 'bailout' untuk menyelamatkan satu institusi tabung bumiputera yang begitu besar iaitu Tabung Haji.”(2) “Kerajaan PH di bawah Menteri Kewangannya Lim Guan Eng mengeluarkan lebih kurang RM6.2 bilion untuk 'bailout' dan menyelamatkan Felda, satu-satunya institusi yang dikuasai sepenuhnya oleh Melayu, Bumiputera, Islam.” Saya katakan preskripsi yang beliau berikan untuk merawat penyakit ini salah kerana “Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji” atau Janji 13 Manifesto PH bukanlah janji pembelaan Melayu Islam yang ada dalam Manifesto PH. Janji utama pembelaan Melayu Islam yang ada dalam Manifesto PH adalah terkandung di dalam Janji 11, “Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya”, dan Janji 30, “Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa”.   Janji utama pembelaan Melayu Islam yang melibatkan Raja-Raja Melayu dalam Janji 11 adalah:(1) Kerajaan PH akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita. (2) Kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan kerajaan pusat akan dihentikan.(3) Kerajaan PH akan memberi galakan kepada universiti-universiti awam untuk memperbanyak kajian dan perkongsian nasional dan antarabangsa mengenai kesultanan Melayu agar sejarah ketamadunan Melayu dapat dikongsi di persada dunia.(4) Muzium Diraja di Istana Negara lama akan dinaik taraf menjadi Muzium Pendidikan Kebangsaan, dan kerjasama akan dijalin dengan universiti awam untuk mengaktifkan kegiatan kajian, penerbitan dan pendidikan, melalui seminar dan persidangan secara berkala, tentang institusi Raja-Raja Melayu. Janji utama pembelaan Melayu Islam yang lain dalam Janji 11 pula adalah:(1) Kerajaan PH akan memastikan Tanah-tanah Rezab Melayu dilindungi dan semua Tanah Rezab Melayu yang telah ditukar status diganti semula dengan tanah yang nilainya sama atau lebih tinggi.(2) Syarikat-syarikat milik kerajaan yang terpilih akan dipersediakan untuk dibeli oleh pengurusan (management buy-out) agar peratus pemilikan ekuiti Melayu dan Bumiputera meningkat.(3) Prestasi dan pencapaian agenda memartabatkan maruah bangsa Melayu dan Islam akan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen setiap tahun agar kerajaan sentiasa bertanggungjawab kepada rakyat keseluruhannya. (4) Kedudukan ekonomi Melayu akan dibentangkan dalam ucapan belanjawan setiap tahun supaya kerajaan boleh dipertanggungjawabkan secara terbuka. Janji utama pembelaan Melayu Islam dalam Janji 30 pula adalah:(1) Kerajaan PH akan memberi lebih banyak penumpuan kepada pembangunan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera agar akan wujud sebuah bangsa yang boleh berdikari dan bersaing secara sihat di serata dunia.(2) Untuk memastikan iltizam kerajaan yang berterusan dalam membantu warga Bumiputera, Kerajaan PH akan mengira secara tuntas dan menerbitkan kepada umum jumlah pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera terkini agar ia menjadi penanda aras yang tepat dalam usaha mencapai matlamat peningkatan ekuiti Melayu dalam pasaran. Laporan ini akan dibentangkan di Parlimen dalam setiap Ucapan Belanjawan Menteri Kewangan. (3) Kerajaan PH juga akan mengangkat kedudukan badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan status ekonomi Melayu dan Bumiputera, seperti Majlis Perundingan Melayu atau badan-badan lain, sebagai rakan dialog rasmi kerajaan. Oleh itu, jika PH mahu bercakap mengenai usahanya membela Melayu Islam maka pencapaian segala butiran janji dalam Janji 11 dan Janji 30 inilah yang perlu diulas. Jika segala butiran janji dalam Janji 11 dan Janji 30 ini masih belum dicapai maka pemimpin Melayu Islam PH perlulah mendesak kerajaan melaksanakannya dengan segera. Memberi kredit kepada Lim Guan Eng dalam isu Tabung Haji dan FELDA bukanlah caranya, lebih-lebih lagi bila yang bertungkus-lumus menanganinya adalah menteri lain. DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF - HARAKAHDAILY 17/4/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-ph-tak-bela-melayu-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terangkan Pada Rakyat Ph Bela Melayu Islam

Terangkan Pada Rakyat Ph Bela Melayu Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 238 hits
Diterbitkan Hari ini 8 55 pagiULASAN Parti Amanah Negara yang berusia lebih kurang tiga tahun telah ditubuhkan pada 16 Spetember 2015 hasil daripada pergolakan yang berlaku dalam PAS Tanpa menyebut sebab dan musabab berlaku pergolakan itu A...
Informasi Kerjasama Bn Pas Pengaruh Politik Islam Makin Terserlah K Wanita Umno M Sia

Informasi Kerjasama Bn Pas Pengaruh Politik Islam Makin Terserlah K Wanita Umno M Sia

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 415 hits
KL Pengaruh politik Islam menjadi semakin terserlah hasil daripada kerjasama yang erat antara BN dan PAS susulan kemenangan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau semalam Ke...
Informasi Selamat Datang Kepada Islam Dari Ih Saudaramu Dalam Islam

Informasi Selamat Datang Kepada Islam Dari Ih Saudaramu Dalam Islam

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 359 hits
SSHAMSUL Rahman Hii Abdullah mengucap dua kalimah syahadah di depan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob Isnin lalu UTUSAN ONLINEKelantan buka hati kepada Islam Shamsu Rahman Shamsul Rahman Hii Abdullah atau nama asalnya Steven Hii 41 b...
Siapa Kecewa Buka Rahsia Kabinet Dr Kamarul Zaman

Siapa Kecewa Buka Rahsia Kabinet Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 406 hits
Menteri mana kecewa buka rahsia Kabinet DR KAMARUL ZAMAN YUSOFFMENARIK bila membaca laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk Government forced to retract treaty Laporan ini memetik seorang sumber yang tidak mahu dikenali yang mencerit...
Informasi Rakyat Muak Politik Fitnah Salahkan Orang Lain Mohamad

Informasi Rakyat Muak Politik Fitnah Salahkan Orang Lain Mohamad

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 272 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan memeluk isteri Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selepas beliau diumum menang pada Pilihan Raya Kecil N 27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan foto HAZROL ZAINAL 13 APRIL 20...
Informasi Awas Ancaman Kelompok Islam Liberal Yang Jahil Di M Sia

Informasi Awas Ancaman Kelompok Islam Liberal Yang Jahil Di M Sia

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 623 hits
Contoh kenyataan penjahil penjahil itu MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarka...
Guna Rahmatalil Alamin Tipu Orang Melayu Islam

Guna Rahmatalil Alamin Tipu Orang Melayu Islam

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 283 hits
Pesuruhjaya PAS Selangor Salehin Mukhyi berucap pada Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor di Dewan Serbaguna MBPJ Petaling Jaya Selangor foto SYAFIQ AMBAK PETALING JAYA Pemimpin Parti Amanah Negara didakwa menyalahgunakan konsep Rahmatalil ...
Zaman Dulu Sekarang Didik Anak Lain Bebelan Tak Jadi Tekniknya Tunjuk Dengan Jelas

Zaman Dulu Sekarang Didik Anak Lain Bebelan Tak Jadi Tekniknya Tunjuk Dengan Jelas

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 341 hits
Kenapa anak anak kita tak sama zaman kita dulu Dulu jeling sekali terus bangun Sekarang jeling sekali umi sakit mata ke Dulu denda kena kunci luar rumah kalau balik lambat lepas tu jeran tak kan buat dah Sekarang denda macam tu taubat anak ...
Saya Kutip Derma Tanggung Kos Guaman Makan Ubat Tahan Sakit Pak Ya

Saya Kutip Derma Tanggung Kos Guaman Makan Ubat Tahan Sakit Pak Ya

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 478 hits
Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Ya yang dibelasah oleh Lan Pet Pet tempoh hari memberitahu tabung kutipan derma yang dijalankan Persatuan Penduduk Acacia Park Desa Jati di Nilai Negeri Sembilan adalah atas permintaannya sendi...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur