Informasi Awas Ancaman Kelompok Islam Liberal Yang Jahil Di M Sia



Contoh kenyataan penjahil-penjahil itu..

MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.
Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.
Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.
Ciri-ciri fahaman Islam LiberalMereka menganut Fahaman PluralismeIaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra(Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.
Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. 
Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; danKerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.
Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia
Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September.Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi:“Tidak ada paksaan dalam agama.” (al-Baqarah: 256)Menurut tafsiran Ulama Tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.” (Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).

Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zamanMenurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud:

“Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka”

Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.


Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasionalPada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:

Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;Keharusan poligami bagi lelaki;Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;Hukuman bunuh ke atas orang murtad;Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; danUndang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada Ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti Ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agamaGolongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di Pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.

Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.

Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

Pasca PRU14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendukung Islam Liberal dan Pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah, kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru-baru ini.

Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo-Muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya. Ahzab moden sedang mengepung umat ini daripada segenap penjuru, dengan senjata fitnah mereka. Bangkitlah wahai umat!Dr Riduan Mohd Nor
Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARISumber asal: Harakahdaily
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-awas-ancaman-kelompok-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Kerjasama Bn Pas Pengaruh Politik Islam Makin Terserlah K Wanita Umno M Sia

Informasi Kerjasama Bn Pas Pengaruh Politik Islam Makin Terserlah K Wanita Umno M Sia

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 405 hits
KL Pengaruh politik Islam menjadi semakin terserlah hasil daripada kerjasama yang erat antara BN dan PAS susulan kemenangan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau semalam Ke...
Informasi Agong Disiasat Jika M Sia Letakkan Homoseksualiti Sebagai Jenayah Kertaskerja Bocor

Informasi Agong Disiasat Jika M Sia Letakkan Homoseksualiti Sebagai Jenayah Kertaskerja Bocor

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 273 hits
Statut Rome Agong dan Homoseksualiti DR AHMAD SANUSI AZMI MENURUT laporan empat orang ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung ratifikasi Statut Rome YDP Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia meletakkan homoseksualiti sebagai suatu...
Informasi Palestin Masjid Jadi Sebuh K Malaam M Sia Puluhan Jadi K Malam Walau Bukan Dari Masjid

Informasi Palestin Masjid Jadi Sebuh K Malaam M Sia Puluhan Jadi K Malam Walau Bukan Dari Masjid

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 433 hits
BAITULMAQDIS PALESTIN Pihak berkuasa Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang diduduki menjadi sebuah kelab malam Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan pe...
Out Of Excuses Turtle Eggs Ismail Sabri Goes After Lgbt What Else Pakatan Anti Islam Because They Allowed Gay Parade

Out Of Excuses Turtle Eggs Ismail Sabri Goes After Lgbt What Else Pakatan Anti Islam Because They Allowed Gay Parade

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 586 hits
PERMITTING an LGBT parade is proof that the new government is anti Islam said Umno vice president Ismail Sabri Yaakob They legitimised LGBT and this hurts Muslims Even in the Penal Code homosexuality is forbidden In Islam it is very clear s...
Mewakafkan Harta Kepada Orang Bukan Islam

Mewakafkan Harta Kepada Orang Bukan Islam

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 243 hits
Soalan Saya mempunyai kawan baik yang tidak beragama Islam Bolehkah saya ingin mewakafkan sebahagian harta saya kepada kawan saya itu sebagai tanda terima kasih kerana dia banyak membantu saya selama ini Jawapan Amalan mewakafkan harta meru...
Sultan Mizan Bimbang Tindakan Menyentuh Kesucian Islam Institusi Diraja Sesetengah Pihak

Sultan Mizan Bimbang Tindakan Menyentuh Kesucian Islam Institusi Diraja Sesetengah Pihak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 400 hits
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samping memperlekehkan institusi diraja Baginda bertitah pelbagai perkara yang berlaku di neg...
Paus Fransiskus Tegaskan Yerusalem Simbol Perdamaian Islam Kristen Yahudi

Paus Fransiskus Tegaskan Yerusalem Simbol Perdamaian Islam Kristen Yahudi

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 345 hits
Paus Fransiskus menegaskan Yerusalem harus menjadi simbol hidup berdampingan dengan damai bagi penganut tiga agama samawi terutama Kristen Yahudi dan Islam Pernyataan tersebut diberikan dalam deklarasi bersama Raja Maroko Mohammed VI dalam ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah