Mewakafkan Harta Kepada Orang Bukan Islam



Soalan:
Saya mempunyai kawan baik yang tidak beragama Islam. Bolehkah saya ingin mewakafkan sebahagian harta saya kepada kawan saya itu sebagai tanda terima kasih kerana dia banyak membantu saya selama ini?

Jawapan:
Amalan mewakafkan harta merupakan satu amalan mulia yang sangat digalakkan dalam Islam. Wakaf termasuk salah satu daripada bentuk sedekah jariah yang berkekalan ganjarannya walaupun selepas kematian seseorang itu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

إِذَا مَاتَ الإنْسَانُ انْقَطَعَ عنْه عَمَلُهُ إِلَّا مِن ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِن صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له
“Apabila seseorang itu meninggal dunia, terputuslah amalan daripadanya melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Wakaf dari segi bahasa bermaksud “الحبس” iaitu menahan. Dari segi istilah syara’, wakaf bermaksud menahan sesuatu harta yang tidak berkurang fizikalnya serta boleh digunakan dan diambil manfaat darinya dengan cara menyerahkan hak miliknya kepada seorang pengguna yang wujud dan harus menggunakannya. [Rujuk Mughni al-Muhtaj (2/376)]

Mengenai persoalan yang diajukan, iaitu hukum orang Islam mewakafkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang bukan Islam, ulama’ bersepakat bahawa diharuskan untuk orang Islam mewakafkan harta mereka kepada orang bukan Islam. Mereka mengharuskannya dengan beberapa syarat, iaitu:

Orang bukan Islam tersebut bukan terdiri daripada mereka yang menentang dan memerangi Islam.Orang bukan Islam tersebut itu bukan merupakan seorang yang telah murtad daripada Islam.Tidak mewakafkan mushaf al-Quran dan yang seumpama dengannya seperti buku-buku agama kepada orang bukan Islam.Tidak mewakafkan sesuatu kepada orang bukan Islam yang secara jelas boleh membawa kepada perbuatan maksiat atau perkara yang dilarang dalam Islam seperti mewakafkan harta kepada penjaga kuil atau gereja untuk mereka gunakan bagi memberikan perkhidmatan di kuil atau gereja tersebut.Tidak mewakafkan harta kepada orang bukan Islam jika terdapat ahli keluarga yang miskin dan lebih memerlukan bantuan daripadanya.
[Rujuk Mughni al-Muhtaj (3/528-531), Tuhfah al-Muhtaj (6/244), Fath al-Qadir (3/325), Syarh Mukhtasar al-Khalil (7/80), al-Mughni (5/377)]

Dalil keharusan mewakafkan harta kepada orang bukan Islam adalah bersandarkan kepada al-Quran, hadith Nabi SAW dan athar sahabat, antaranya ialah:

1. Al-Quran

لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوَهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُقْسِطِينَ
“Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [Surah al-Mumtahanah: 8]

Sebahagian ahli tafsir meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan kepada Asma’ binti Abu Bakar RA yang datang bertemu Nabi SAW dan bertanya adakah dia boleh berbuat baik terhadap ibunya yang datang kepadanya dalam keadaan masih lagi belum memeluk agama Islam. Ibu Asma’ tersebut adalah Qutailah dan telah diceraikan oleh Abu Bakar RA ketika zaman Jahiliyyah. [Rujuk al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Tafsir al-Qurtubi (18/59)]

Telah berkata Sheikh Abdur Rahman as-Sa’adi Rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik, menyambung silaturrahim, memberi ganjaran dan berlaku adil kepada orang yang bukan Islam, sama ada ahli keluarga kamu ataupun tidak, selagi mana mereka tidak memerangi agama kamu dan tidak menghalau kamu dari negerimu.” [Rujuk Taisir al-Karim ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan (hlm. 856)]

2. Hadith Nabi SAW:

أنَّ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قالَ: بَيْنا رَجُلٌ يَمْشِي، فاشْتَدَّ عليه العَطَشُ، فَنَزَلَ بئْرًا، فَشَرِبَ مِنْها، ثُمَّ خَرَجَ فإذا هو بكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فقالَ: لقَدْ بَلَغَ هذا مِثْلُ الذي بَلَغَ بي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أمْسَكَهُ بفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ له، فَغَفَرَ له، قالوا: يا رَسولَ اللَّهِ، وإنَّ لنا في البَهائِمِ أجْرًا؟ قالَ: في كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أجْرٌ
Sessungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika mana seorang lelaki dalam perjalanan, dia merasa sangat haus. Maka dia masuk ke dalam sebuah telaga, lalu minum air dari telaga tersebut. Kemudian dia keluar dari telaga tersebut dan melihat seekor anjing yang menjulurkan lidahnya serta menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Lelaki itu pun berkata: “Anjing ini sedang merasai apa yang telah aku rasai.” Lalu dia turun kembali ke dalam telaga tersebut dan memenuhkan sepatunya dengan air, membawanya ke atas dengan menggigit sepatu itu, dan seterusnya memberikan anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, jika kami mengasihi binatang, adakah kami memperolehi pahala?” Baginda SAW bersabda: “Pada setiap jiwa yang bernyawa terdapat padanya pahala.” [Riwayat al-Bukhari (2363) dan Muslim (2244)]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah berkata: “Daripada hadith ini terdapat padanya galakan untuk berbuat baik antara sesama manusia. Ini kerana jika seseorang itu memperoleh keampunan disebabkan memberi minum kepada anjing, maka memberi minum kepada orang Islam lebih besar ganjarannya dan ia menjadi dalil bahawa harus memberi sedekah kepada orang Musyrik (orang bukan Islam).” [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (5/42)]

3. Athar Sahabat

Imam ad-Darimi, al-Baihaqi dan ibn Abi Syaibah Rahimahumullah meriwayatkan dengan lafaz yang hampir sama bahawa isteri Nabi SAW, Sofiyyah binti Huyay RA pernah mewakafkan sebahagian hartanya kepada saudara lelakinya yang tidak beragama Islam (Yahudi). [Rujuk Sunan ad-Darimi (2/517), Sunan a-Kubra (6/281), Musannaf ibn Abi Syaibah (6/212)]

Ulama’ juga bersepakat bahawa orang Islam tidak boleh dan tidak sah mewakafkan harta mereka kepada orang bukan Islam jika orang bukan Islam tersebut terdiri daripada golongan yang kuat menentang dan memerangi Islam atau merupakan seorang yang telah murtad daripada Islam. [Rujuk Mughni Muhtaj (3/529), Tuhfah al-Muhtaj (6/244), Syarh Mukhtasar Khalil (7/81), Hasyiyah Ibn ‘Abidin (4/342), Kasyaf al-Qina’ (4/247)]

Para ulama’ memberikan beberapa hujah di atas perkara ini, antaranya ialah:

Keumuman makna ayat al-Qur’an dalam surah al-Mumtahanah, ayat ke-9:
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Sesungguhnya Allah SWT melarang kamu menjadikan mereka yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari negerimu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu sebagai teman rapat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka sebagai teman rapat, maka mereka termasuk orang-orang yang zalim.” [Surah al-Mumtahanah: 9]

Salah satu daripada syarat waqaf adalah tidak mewaqafkan harta dalam perkara-perkara maksiat. Mewakafkan harta kepada mereka yang menentang Islam atau keluar daripada Islam akan membawa kepada maksiat kerana akan menyebabkan mereka kekal dalam kekufuran dan juga membantu mereka secara tidak lansung untuk menyerang Islam.Wakaf adalah salah satu bentuk sedekah jariah, sedangkan golongan yang menentang Islam dan keluar daripada Islam adalah golongan-golongan yang diperintahkan oleh syara’ untuk diperangi. Maka, tidak boleh memberikan apa-apa bentuk sedekah kepada mereka.Pemberian wakaf kepada dua golongan ini adalah bertentangan dengan kemuliaan Islam yang perlu dipelihara.
Kesimpulan

Harus bagi orang Islam mewakafkan sebahagian daripada harta mereka kepada orang bukan Islam jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama’.

Namun begitu, kami berpandangan adalah lebih utama untuk mewakafkan harta bagi kepentingan umat Islam secara khusus. Jika terdapat keperluan mewakafkan harta yang boleh dimanfaatkan oleh semua tanpa mengira agama seperti mewakafkan tempat untuk proses pembelajaran, mewakafkan mesin hemodialisis, penapis air, tempat berteduh dan lain-lain, maka ia merupakan suatu yang baik untuk dilakukan. Semoga pahala daripada amal kebajikan yang dilaksanakan berpanjangan dan terus mengalir tanpa henti.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/mewakafkan-harta-kepada-orang-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Wajar Bukan Islam Urus Harta Th

Tidak Wajar Bukan Islam Urus Harta Th

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 223 hits
MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH02 APRIL 2019KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tidak sewajarnya harta Tabung Haji milik umat Islam diberi tanggungjawab kepada orang bukan Islam untuk mengurus Katany...
Nampak Wajah Cina Terus Kata Dap Sudah Mahu Jual Harta Milik Orang Islam

Nampak Wajah Cina Terus Kata Dap Sudah Mahu Jual Harta Milik Orang Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 397 hits
MENGENALI PROKHAS SDN BHD Prokhas Sdn Bhd adalah sebuah syarikat sendirian berhad dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kementerian Kewangan yang pada peringkat awalnya ditubuhkan untuk mengurus aset Danaharta pada tahun 2005 Danaharta adalah...
Amalan Cara Pindah Rumah Baru Bagi Orang Islam

Amalan Cara Pindah Rumah Baru Bagi Orang Islam

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 540 hits
Amalan Cara Pindah Rumah Baru Bagi Orang Islam Dari dulu mak bapak kita dah ajar cara dan adab nak buat sesuatu Contohnya nak pindah rumah baru nak masuk hutan lalu kawasan baru nak masuk rumah nak makan di kedai yang baru pertama kali dan ...
Gelar Syaikhul Islam

Gelar Syaikhul Islam

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 374 hits
Gelar Syaikhul Islam untuk Ibnu Taimiyah Mengapa Ibnu Taimiyah sering disebut Syaikhul Islam sementar lainnya tidak disebut seperti itu lalu apa makna Syaikhul Islam itu sendiri mohon pencerahannya jazakumullah khoiran Jawab Bismillah was s...
Dr M Kesal Umat Islam Terbabit Rasuah Walau Ia Dilarang Agama

Dr M Kesal Umat Islam Terbabit Rasuah Walau Ia Dilarang Agama

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 325 hits
THE MALAYSIAN TIMES ALOR SETAR Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah sedangkan ajaran agama melarang kegiatan itu Beliau berkata kita ser...
Kelantan Tak Pernah Haramkan Jualan Arak Pada Bukan Islam Kata Pas

Kelantan Tak Pernah Haramkan Jualan Arak Pada Bukan Islam Kata Pas

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 442 hits
PAS berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu tidak pernah menhalang atau mengharamkan penjualan arak terhadap masyarakat bukan Islam sepanjang mentadbir negeri itu hampir 30 tahun lalu Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkat...
Siapa Sangka Selepas Kejadian Lalu Islam Semakin Diterima Di Sini John Fontain

Siapa Sangka Selepas Kejadian Lalu Islam Semakin Diterima Di Sini John Fontain

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 568 hits
Bertitik tolak daripada musibah besar yang melanda umat Islam di New Zealand tempoh hari siapa sangka terdapat berita yang begitu menggembirakan bagi perkembangan Islam Begitu ramai penduduk New Zealand yang memeluk Islam sedang aktiviti da...
Kisah Wanita Australia Masuk Islam Dan Dinikahi Pria Aceh Kisahnya Berawal Dari Ini

Kisah Wanita Australia Masuk Islam Dan Dinikahi Pria Aceh Kisahnya Berawal Dari Ini

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 362 hits
Wynni Jones seorang mualaf asal Australia diundang menjadi salah satu pembicara di acara peringatan bagi korban serangan teror ke masjid di Christchurch Selandia Baru yang digelar oleh warga Castlemaine sebuah kota kecil di pedalaman negara...
Wajah Islam Di Selandia Baru Kian Bercahaya Usai Serangan Teroris

Wajah Islam Di Selandia Baru Kian Bercahaya Usai Serangan Teroris

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 287 hits
Habis gelap terbitlah terang Seperti salah satu ayat dalam kitab suci Alquran sesudah kesulitan pasti ada kemudahan Demikianlah yang terjadi di Selandia Baru saat ini usai serangan teroris yang menewaskan 50 orang di dua masjid di Christchu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall