Individu Masuk Ke Malaysia Perlu Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin Ismail Sabri


Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin, sama ada di Institut Latihan Awam atau hotel, berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.


Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, katanya, pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), akan mengenal pasti serta mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian, sebagai Stesen Kuarantin.




“Susulan keputusan itu, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia juga tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal, dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan kerana mereka akan terus di kuarantin.


“Bagaimanapun, rakyat asing perlu jalani ujian swab Covid-19, di negara asal,” katanya.


Beliau berkata keputusan kuarantin wajib itu dibuat, ekoran kerajaan mendapati masih terdapat individu yang melanggar SOP dan peraturan kuarantin wajib di rumah, dan sikap degil mereka mengundang risiko penularan tempatan.

“Kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin rumah, yang telah menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 pada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

“Tindakan mereka ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas, termasuk mengenakan kompaun RM1,000 ataupun mendakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Beliau berkata semalam, seramai 403 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dari United Kingdom, Indonesia, Qatar, Singapura, Pakistan, Jepun, China dan Thailand, dan kesemua mereka diarah jalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.



Dari 10 Jun sehingga semalam, seramai 22,480 orang telah pulang ke tanah air melalui KLIA, dengan 22,402 individu telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin rumah dan 78 orang lagi telah dibawa ke hospital.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Khas pada dasarnya bersetuju supaya pelancong kesihatan dari negara Kategori Hijau iaitu Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand, dibenarkan memasuki Malaysia menggunakan pesawat komersial, bagi mendapatkan rawatan di Malaysia.

“Mereka yang terlibat perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas dan daripada segi SOP, ia sama seperti mereka yang tiba melalui penerbangan disewa khas, apabila mereka sampai sahaja di KLIA, mereka akan diambil di pintu pesawat dan dibawa terus ke hospital,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, ia tertakluk kepada perbincangan bersama di antara pihak Kementerian Luar Negeri dan negara terbabit, berkenaan kebenaran pergerakan rentas sempadan negara masing-masing. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/individu-masuk-ke-malaysia-perlu-jalani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri 227 Individu Ingkar Pkp Ditahan 62 Direman

Ismail Sabri 227 Individu Ingkar Pkp Ditahan 62 Direman

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 422 hits
SHAH ALAM 24 JULAI Seramai 227 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan semalam kata menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu seramai 62 individu direman satu individu dijamin manakal...
Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Individu Yg Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin

Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Individu Yg Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 413 hits
Bermula Jumaat rakyat Malaysia yang pulang dan warga asing yang memasuki negara akan ditempatkan di tempat kuarantin wajib Covid 19 seperti yang dilaksanakan sebelum ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan keputusan ini r
92 Individu Termasuk 14 Pati Ditangkap Ismail Sabri

92 Individu Termasuk 14 Pati Ditangkap Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 286 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Seramai 92 individu termasuk 14 Pendatang Asing Tanpa Izin ditahan polis dalam dua operasi berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan semalam Penahanan itu dibuat atas kesalahan melanggar prosedur opera...
Kuarantin Wajib Di Lokasi Khas Mulai Esok Ismail Sabri

Kuarantin Wajib Di Lokasi Khas Mulai Esok Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 330 hits
SHAH ALAM 23 JULAI Kerajaan menetapkan semula rakyat Malaysia atau warga asing yang tiba dari luar negara menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin dikhaskan mulai esok Menteri kanan berkata langkah tersebut dilaksanakan selepas ...
50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 310 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata bermula esok warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan KUALA LUMPUR Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Bersatu Menentang Tindakan Stesen Tv Al Jazeera Ismail Sabri

Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Bersatu Menentang Tindakan Stesen Tv Al Jazeera Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 348 hits
Baru baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan satu video dokumentari terbitan saluran berita Al Jazeera dalam rancangan 101 East yang mendakwa Malaysia berlaku kejam terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin ketika Perintah Kawalan Pergerakan ...
Hanya 2 Hari Individu Kuarantin Akan Ditahan Jika Masih Gagal Jalani Ujian Saringan Covid 19 Ke 2

Hanya 2 Hari Individu Kuarantin Akan Ditahan Jika Masih Gagal Jalani Ujian Saringan Covid 19 Ke 2

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 337 hits
Hanya 2 hari Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid 19 ke 2Seramai 2 897 individu yang dikuarantin wajib di rumah selepas pulang dari luar negara sehingga kini tidak melaksanakan ujian itu pada hari ke ...
Tiada Kuarantin Di Rumah Lagi Mulai Hari Ini Ismail Sabri

Tiada Kuarantin Di Rumah Lagi Mulai Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 294 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Mulai hari ini kerajaan tidak lagi berkompromi dalam soal kuarantin wajib bagi rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan mereka akan di...
Xiaomi Mi Band 5 Secara Rasmi Masuk Ke Malaysia 24 Julai Ini

Xiaomi Mi Band 5 Secara Rasmi Masuk Ke Malaysia 24 Julai Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 284 hits
Xiaomi Malaysia telah mengumumkan yang mereka akan bawa masuk Smart Band terbaru mereka di pasaran Malaysia iaitu Xiaomi Mi Smart Band 5 tak lama lagi guys Bagi Ohmedia ciri yang ada pada smart band Xiaomi ni dari dulu sampai lah Mi Band 4 ...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Drama Haluan

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melabelkan Orang Sebagai Palatao Tanda Terperangkap Dalam Sistem Satu Aliran Satu Dunia Akhir Zaman

Miniatur Bus Sudiro Tungga Jaya Dome Legacy Sr2 S Series

Miniatur Bus Budiman 3e 88 Jetbus3

Gara Gara Tayar Pancit Kelisa Dapat Rim Baru Dan Tayar Secondhand

How Do I Rehome These Fish Practical Fishkeeping

Merumput Di Raised Bed Keladi