50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri


Mohamad FadliMenteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula esok warganegara
dan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini perlu menjalani kuarantin
wajib di stesen kuarantin ditetapkan.KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata laporan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati 50% rakyat Malaysia yang menjalani kuarantin di rumah atau kuarantin wajib tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau berkata, jumlah itu sangat besar dan disebabkan itu kerajaan memutuskan untuk tidak lagi meneruskan kuarantin di rumah mulai esok bagi warganegara atau bukan warganegara yang pulang dari luar negara.
“Kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan SOP kuaratin di rumah yang menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 kepada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling.
“Pihak polis juga diarahkan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan kompaun RM1,000 atau didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan,” katanya pada sidang media hariannya hari ini.
Selasa lalu, kerajaan mengumumkan tiada lagi orang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah bermula esok, sama ada warganegara atau warga asing.
Ismail berkata individu yang pulang ke tanah air diwajibkan menjalani kuarantin di institut latihan awam (ILA) atau hotel yang ditetapkan dan kos perlu ditanggung sendiri sepenuhnya.
Sementara itu, Ismail berkata, mulai esok sesiapa yang pulang ke Malaysia dari luar negara diwajibkan menjalani prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin.
Beliau berkata, sejurus tiba di pintu masuk antarabangsa, termasuk pintu udara dan darat, rakyat Malaysia akan dikenakan ujian saringan (swab test) dan terus dihantar ke stesen kuarantin yang ditetapkan.
“Begitu juga bagi mereka yang tiba di lapangan terbang Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan melalui darat seperti melepasi tambak Johor, dari Singapura ke Johor akan dikuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan,” katanya.
Ismail berkata, disebabkan mereka kini dikenakan kuarantin wajib, maka mereka tidak perlu lagi membuat ujian swab sebelum kepulangan mereka ke tanah air seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia masih tertakluk kepada peraturan di negara tempat mereka berlepas.
“Kalau negara tersebut mengarahkan mereka membuat ujian swab, mereka kena buat ujian swab. Ia juga bergantung kepada syarikat penerbangan yang membawa mereka pulang ke Malaysia.
“Kalau syarikat penerbangan mewajibkan mereka menjalankan ujian swab dulu, maka perlu mematuhi peraturan ditetapkan. Ini kerana mungkin syarikat penerbangan tidak benarkan mereka pulang menaiki penerbangan tersebut,” katanya.
Kos ujian swab
Ismail berkata, mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos ujian saringan, termasuk kos harian kuarantin di stesen kuarantin, sama ada di ILA atau hotel.
Katanya, kerajaan juga mengambil keputusan untuk membenarkan anak yang berumur 12 tahun ke bawah untuk berkongsi bilik dengan ibu bapa yang pulang dari tempat yang sama.
“Mereka yang ingin berkongsi bilik perlu menandatangai surat persetujuan terlebih dahulu. Ini supaya mereka faham akan risiko jangkitan sekiranya berbuat demikian.
“Bagi pelajar tajaan, penaja diminta membayar kos kuarantin pelajar yang terlibat. Bagi pelajar dari keluarga B-40 pula, mereka boleh memohon pengecualian bayaran.
“Orang Kurang Upaya juga dikecualikan daripada bayaran kos kuarantin,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, setakat ini belum ada keputusan untuk mengehadkan bilangan pengunjung di dalam rumah ketika sambutan raya Aidil Adha.
Beliau berkata, jika ada nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes Covid-19 meningkat mendadak, kerajaan boleh mengubah keputusan sebelum ini.
“Setakat ini OK lagi,” katanya.
Ismail juga berkat,a kerajaan juga belum membenarkan pembukaan pintu sempadan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Bagaimanapun beliau berkata, bagi Singapura persetujuan telah dicapai bagi mereka yang terlibat dengan perniagaan boleh datang ke Malaysia dan sebaliknya ke Singapura juga dibolehkan.
“Tetapi dengan mematuhi SOP seperti diumumkan sebelum ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/50-rakyat-malaysia-jalani-kuarantin-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Satu Satunya Negara Laksana Moratorium Automatik 6 Bulan Kata Menteri Kewangan

Malaysia Satu Satunya Negara Laksana Moratorium Automatik 6 Bulan Kata Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 393 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia satu satunya negara melaksanakan moratorium secara automatik selama 6 bulan iaitu sejak April lalu dan akan berakhir September ini Dalam kalangan negara perkenalkan moratoriu...
Mengapa Sabotaj Rakyat Malaysia Yang Ikut Sop

Mengapa Sabotaj Rakyat Malaysia Yang Ikut Sop

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 317 hits
Tidak Boleh Dipercayai Lagi Sebelum ini mereka yang pulang dari luar negara telah diberikan keistimewaan untuk kuarantin di rumah berbanding kuarantin 14 hari di hotel Siapa sangka beberapa insiden gelang pink yang viral itu hanya secebis k...
Individu Masuk Ke Malaysia Perlu Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin Ismail Sabri

Individu Masuk Ke Malaysia Perlu Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 274 hits
Mana mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah Menteri Kanan Datuk S...
Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 364 hits
Walaupun tiada sidang media harian berkenaan perkembangan Covid 19 di televisyen pada hari ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memuat naik laporan berhubung pendemik tersebut di media sosial Setakat hari ini jumlah kes sembuh dan...
Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 287 hits
PETALING JAYA Seorang pakar keselamatan berkata kemampuan Malaysia terhad untuk berdepan penyeludupan pendatang tanpa izin yang menurutnya industri mewah melibatkan keuntungan ratusan juta setiap tahun Mengambil contoh kes Rohingya pakar ka...
Saya Nampak Orang Tua Muka Buruk Lelaki Kongsi Kisah Seram Semasa Jalani Kuarantin Bersama Isteri Di Sebuah Hotel

Saya Nampak Orang Tua Muka Buruk Lelaki Kongsi Kisah Seram Semasa Jalani Kuarantin Bersama Isteri Di Sebuah Hotel

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 442 hits
Semoden mana pun anda kami yakin pasi ramai dari anda bercaya kewujudan alam ghaib Mesikipun ianya tidak sewenang wenangnya dapat dilihat oleh manusia biasa namun semua itu tidak mustahil atas keizinan Maha Esa Namun buat pasangan ini penga...
Hanya 2 Hari Individu Kuarantin Akan Ditahan Jika Masih Gagal Jalani Ujian Saringan Covid 19 Ke 2

Hanya 2 Hari Individu Kuarantin Akan Ditahan Jika Masih Gagal Jalani Ujian Saringan Covid 19 Ke 2

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 319 hits
Hanya 2 hari Individu kuarantin akan ditahan jika masih gagal jalani ujian saringan Covid 19 ke 2Seramai 2 897 individu yang dikuarantin wajib di rumah selepas pulang dari luar negara sehingga kini tidak melaksanakan ujian itu pada hari ke ...
Pemilihan Jemaah Haji Lalui Tapisan Ketat Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Dan Selepas

Pemilihan Jemaah Haji Lalui Tapisan Ketat Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Dan Selepas

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 215 hits
CYBERJAYA Kerajaan Arab Saudi tidak mendedahkan jumlah sebenar jemaah yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini kali pertama dalam sejarah ibadah itu ditunaikan tanpa kehadiran para jemaah luar negara bagi menghalang perebakan Covid 19 Menu...
Tiada Kuarantin Di Rumah Lagi Mulai Hari Ini Ismail Sabri

Tiada Kuarantin Di Rumah Lagi Mulai Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 271 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Mulai hari ini kerajaan tidak lagi berkompromi dalam soal kuarantin wajib bagi rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan mereka akan di...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel