Indahnya Islam Bila Diberikan Kepercayaan


Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Tiada masalah beri jawatan pada non muslim, asalkan bukan musuh Islam, tidak ultra kiasu SAYA cukup teruja dengan tindakan ADUN (lantikan) PAS Sabah, kerana melantik Herman Obi, seorang Kristian, menjadi pegawai khasnya, bertanggungjawab perkara berkaitan hubungan etnik di Sabah. Tahniah YB.
ADUN atau Ahli Parlimen seperti inilah yang perlu diramaikan dalam DUN dan parlimen. YB memandang Islam dan dakwah jauh ke hadapan. Dahulu saya pernah berkata, PAS perlu jadi parti dakwah sahaja di Sabah, bukan parti politik. Ternyata, telahan saya meleset, PAS sudah matang menjadi sebuah parti politik, bukan sahaja untuk Sabah tetapi juga Sarawak.
Tidak ada masalah pemimpin Islam melantik atau memberikan jawatan kepada bukan Islam, asalkan dia bukan musuh Islam atau tidak ultra kiasu
Perlantikan Obi ini sangat tepat pada masanya bagi membuka mata evangelis Kristian, musuh-musuh Islam dan ultra kiasu selama ini. Satu tamparan hebat kepada mereka yang selama ini begitu memandang serong kepada PAS.
Jika saya berada di tempat beliau, saya juga akan melakukan perkara sama, melantik bukan Islam yang tidak ultra kiasu sebagai pegawai khas. Saya nak tengok ultra kiasu nak kata apa pula selepas ini.
Inilah sifat Islam yang perlu ditonjolkan. Islam tidak pernah memusuhi bukan Islam yang baik-baik. Islam begitu berhikmah dengan bukan Islam, asalkan mereka tidak khianat.
Jika tidak, mana mungkin Islam boleh berkembang begitu cepat berbanding dengan agama lain dalam jangka masa lebih kurang 1400 tahun. Semua kerana hikmah yang dibawa oleh Islam.
Seperti yang selalu saya ulang, Islam tidak lahir di kawasan Islam, tetapi Islam lahir di kawasan bukan Islam, kawasan yang penuh dengan berhala, penuh kekotoran dan penuh dengan kemungkaran
Cantiknya Islam, sifatNya membersihkan yang kotor. Menukar mungkar kepada makruf. Akhirnya, terpancar keadilan dan menjadikan orang bukan Islam tertarik dan seterusnya memeluk Islam.
Bukitnya, Islam pernah memerintah dunia, suatu ketika dahulu. Di India, Islam memerintah dan bertahan hampir seribu tahun. Disebabkan oleh percaturan umat Islam, akhirnya, Islam jatuh. Begitu juga di negara-negara Eropah.
Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini, bagaimana bukan Islam dilayan PAS, di Kelantan, Terengganu dan Kedah, seperti menatang minyak yang penuh. Mana mungkin bukan Islam boleh hidup aman tenteram, jika PAS bersifat ekstrem atau yang sering dituduh oleh ultra kiasu sebagai Taliban.
Ternyata, ADUN PAS, lantikan kerajaan negeri Sabah, mewarisi ciri-ciri kepemimpinan ulama PAS, yang meraikan kepelbagaian, tanpa menggadaikan prinsip. Saya harap selepas ini, ia dapat dicontohi di Sarawak pula.
Sesungguhnya, di dalam PAS, ramai pemimpin yang berwibawa. Begitu juga dalam UMNO. Negara kita tidak pernah tandus dengan pemimpin, termasuk menjadi Perdana Menteri.
Amat dangkal jika ada yang mengatakan bahawa selain Muhyiddin, tidak ada pemimpin yang layak menjadi PM, selepas ini.
Kita menjadi mual, sila asyik-asyik fokus menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Apakah negara kita sudah ketandusan pemimpin?
Ya, Muhyiddin memang sudah menjadi PM. Siapakah yang akan menggantikannya selepas ini? Ramai lagi, Tok Mat ada, Hadi Awang ada, Najib Razak yang pernah menjadi PM pun ada.
Tidak dinafikan, mereka pernah buat silap sebab mereka bukan maksum. Apa yang saya ingin katakan, negara tidak ketandusan pemimpin. Patah tumbuh, hilang berganti.
Kenapa kita tidak mahu mengambil pengajaran bagaimana pemimpin ultra kiasu dan Kristian Sabah berstrategi. Cukup tersusun. Apabila ada ura-ura pemimpin PAS akan dilantik menyertai kabinet Sabah, seluruh ultra kiasu dan Kristian menentang. Kita bagaimana?
Saya bukan mahu bodek pemimpin PAS atau UMNO, tetapi walaupun ternista dan tidak maksum, mereka tidak pernah berputus asa untuk menghulurkan pandangan dan sumbangan untuk negara.
Kenapa kita tidak boleh tinggalkan era persengketaan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada era persepakatan Najib Razak dan Hadi Awang sebagai warna yang akan menentukan politik yang lebih sejahtera.
Perkara ini perlu disedari supaya umat Islam bahawa ada ramai pemimpin lain selain daripada dua dinasour itu.
Pendek kata, orang Melayu perlu berani tenggelamkan kritik dengan sumbangan.
Perkara ini ternyata telah dibuktikan oleh dua pemimpin parti Islam terbesar ini. Apa yang musuh tidak kritik. Tetapi mereka tetap hadapi dengan memberikan sumbangan.
Justeru, berilah peluang kepada pemimpin berjiwa besar sebegini. Mereka sudah belajar banyak daripada kesilapan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/indahnya-islam-bila-diberikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 738 hits
The Bank Islam employee from the Lahad Datu branch is now being treated at a government hospital PETALING JAYA Bank Islam Malaysia Berhad has temporarily closed its Lahad Datu branch in Sabah including its self service terminals from today ...
Nuridah Umat Melayu Islam Mesti Di Pimpin Oleh Orang Orang Yang Beriman Kepada Allah

Nuridah Umat Melayu Islam Mesti Di Pimpin Oleh Orang Orang Yang Beriman Kepada Allah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 693 hits
KUANTAN Umat Melayu Islam seharusnya merasa malu kepada Allah S W T ketika tampuk pemerintahan dan kepimpinan negara ini diambil alih dan didominasi oleh golongan bukan Islam Perkara tersebut menjadi ujian ke atas umat ini yang berlaku sela...
14 Kemuliaan Wanita Islam Yang Sedang Hamil

14 Kemuliaan Wanita Islam Yang Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 327 hits
1 Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1 000 kejahatan 2 Apabila seseorang perempuan mulai...
5 Adab Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Islam

5 Adab Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Islam

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 368 hits
Ramai new parents yang teruja menantikan kelahiran bayi sulung mereka ke dunia dan yang pastinya anak kecil yang bakal lahir ini akan jadi penyeri hidup pasangan yang baru berkahwin Selepas ini rumahtangga mereka akan sentiasa dihiasi denga...
Yang Ni Dap Bodoh Nak Faham Pas Ada Ahli Bukan Islam Dan Bukan Islam Pas Jadi Sanator

Yang Ni Dap Bodoh Nak Faham Pas Ada Ahli Bukan Islam Dan Bukan Islam Pas Jadi Sanator

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 326 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini menjelaskan parti itu akan terus berperanan dalam politik Sabah atas sikap dan gaya yang bersesuaian selaras dengan kedudukannya sebagai salah satu komponen Perikatan Nasional Selaras dengan i...
Adab Kencing Dan Buang Air Besar Orang Islam Wajib Tahu

Adab Kencing Dan Buang Air Besar Orang Islam Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 356 hits
Islam mengatur umatnya dalam berbagai hal termasuk Adab saat Kencing dan Buang Air Besar Sebagaimana kita ketahui kencing dan buag air besar merupakan salah satu kegiatan manusia sehari hari Mengenai hal tersebut Rasulullah shallallahu alai...
Susi Pudjiastuti Tanya Kehidupan Mike Tyson Di Penjara Hingga Soal Islam Jawabnya Begini

Susi Pudjiastuti Tanya Kehidupan Mike Tyson Di Penjara Hingga Soal Islam Jawabnya Begini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 236 hits
Susi Pujiastuti bertanya ke Mike Tyson terkait hal sulit yang dilalui di dalam penjara Legenda tinju dunia itu merasa tak ada yang sulit malah terasa seperti liburan Tyson pernah keluar masuk penjara mulai saat masih anak anak sampai saat k...
Umat Islam Hilang Jati Diri Banyak Berkelahi Dan Berebut Jawatan Hadi

Umat Islam Hilang Jati Diri Banyak Berkelahi Dan Berebut Jawatan Hadi

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 338 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan umat Islam hari ini sudah hilang jati diri Memetik laporan Astro Awani beliau berkata mereka lupa akan kewajipan yang paling penting iaitu menegakkan kedaulatan Islam dan umatnya melalui ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra