Ikut Perlembagaan Pm Hilang Majoriti Wajib Letak Jawatan Dr Aziz Bari


 



Kemelut politik tanah air tidak perlu dipanjangkan dengan pelbagai ulasan oleh pihak yang cuba mengelirukan serta tidak berhujah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Menurut mantan profesor kuliyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Aziz Bari, Perlembagaan ditulis dengan jelas, apabila seseorang Perdana Menteri (PM) telah kehilangan sokongan maka pilihan beliau sangat terhad, iaitu meletak jawatan atau meminta membubarkan Parlimen.
 
Katanya, tidak dinyatakan pilihan membawa hal itu ke Parlimen dan diuji dengan Undi Tidak Percaya atau lain-lain cadangan seperti yang dipropagandakan oleh media arus perdana muktahir ini.
 
"Perlembagaan kata apabila seseorang PM hilang sokongan maka dia wajib letak jawatan. Tidak timbul soal Parlimen dan sebagainya. Ini berlaku di Malaysia dan negara-negara Wesminister.
 
"PM boleh letak jawatan atau minta raja, presiden atau gabenor jeneral bubar dewan kalau dibenarkan. Kalau tidak, dia perlu letak jawatan. Ada dua pilihan saja, bukan tiga atau empat. Tak ada soal Parlimen. Itu tak disebut dalam Perlembagaan. Mengapa kita buat sesuatu perkara yang tak perlu?
 
"Atau panggil presiden (ketua) parti buat apa, buang masa sahaja. Kalau betul apa yang didakwa oleh Ahli Parlimen Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim), lantik sahaja, dia akan pergi ke Parlimen dan parliament will deal with him
 
"Di sana ada orang akan test sokongan dia. Kalau betul ada 120 (Ahli Parlimen), dia akan kekal sebagai PM. Tak perlu kita pening. Dalam babak ini hanya Agong saja yang terlibat. Tak ada mahkamah, tak ada apa.
 
"Ini yang saya kesal. Rakyat jadi keliru (proses peralihan kuasa). Media pula putar belit cerita yang tak masuk akal dan rakyat makin bingung," katanya dalam sesi siaran langsung Facebook anjuran KEADILAN Ipoh Timur malam tadi.
 
Pakar undang-undang Perlembagaan itu menjelaskan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia tidak sama dengan di Amerika Syarikat atau Indonesia. Apabila kerajaan dilantik maka ia bertahan untuk tempoh 4 tahun.
 
Di Malaysia, katanya, kerajaan boleh tumbang apabila gagal mengekalkan majoriti 112 daripada 222 kerusi Parlimen. Oleh itu, kerajaan baharu perlu dilantik segera dan tidak perlu mengekalkan suasana tidak menentu berpanjangan.
 
"Dalam sistem kita sesebuah kerajaan boleh jatuh bila-bila masa kalau gagal mengekalkan majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi. Dikira hilang kepercayaan dan PM wajib meletak jawatan. Itu pada prinsip.
 
"Sekarang apa yang berlaku Tan Sri Muhyiddin yang dilantik enam bulan lepas, terdengar dakwaan Ahli-ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada beliau telah menarik balik sokongan. Beliau tidak lagi memilikki minimum 112 seperti yang disyaratkan, selepas Datuk Seri Anwar mengadap Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong
 
"Namun selepas (Anwar mengadap) itu beliau (Muhyiddin) masih lagi mendakwa beliau memiliki majoriti yang kredibel.
 
"Jadi hal ini (Muhyiddin kekal sebagai PM) saya fikir tidak perlu. Saya fikir barangkali ini boleh diibaratkan perlawanan bola sepak. Ada satu pasukan di hadapan (jaringan gol lebih banyak), penonton resah sebab pengadil tidak tiup wisel. Dia biarkan perlawanan berlarutan, jadi kita bayangkan apa yang berlaku," katanya.
 
Dr Aziz turut menjelaskan tidak ada keperluan untuk mempertikaikan Akuan Berkanun (SD) Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar sama ada ia dibuat secara jujur atau tidak. Hal itu katanya telah jelas di sisi undang-undang.
 
"Apabila Datuk Seri Anwar mendakwa beliau punya sokongan, beliau patut dipanggil mengadap dan terpulang bagaimana untuk memeriksa bahawa dakwaan itu benar.
 
"Zaman sekarang undang-undang kita telah menyediakan SD, dan saya fikir tak perlu kita pening. Kalau Ahli Parlimen A telah buat satu SD menyokong seseorang, tak perlu kita pertikaikan dan go beyond the SD.
 
"Kalau dia menipu kita boleh bawa dia ke mahkamah, boleh didakwa. Mengapa buang masa nak pastikan betul ke orang itu sokong Datuk Seri Anwar?" ulasnya lagi.
 
Forum bertajuk 'Celik Perlembagaan dari pakar 2' itu dipengerusikan oleh Shaiful Arifin. Selain Dr Aziz, forum turut mengundang aktivis masyarakat, Dr Khairudin Abd Malik sebagai ahli panel.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/ikut-perlembagaan-pm-hilang-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Wajib Letak Jawatan Bila Hilang Majoriti

Muhyiddin Wajib Letak Jawatan Bila Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 290 hits
Kemelut politik tanah air tidak perlu dipanjangkan dengan pelbagai ulasan oleh pihak yang cuba mengelirukan serta tidak berhujah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Menurut mantan profesor kuliyah undang undang Universiti ...
Jika Muhyiddih Hilang Majoriti Kerajaan Perlu Dilantik Segera Dr Aziz Bari

Jika Muhyiddih Hilang Majoriti Kerajaan Perlu Dilantik Segera Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 257 hits
Kemelut politik menjelang majlis mengadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di Pertuan Agong pada 13 Oktober ini bagi mempersembahkan majoriti Ahli ahli Parlimen yang menyokongnya tidak perlu dikecamukkan oleh pandanga...
Lantik Pm Perlembagaan Tidak Sebut Senarai Nama Bilangan Majoriti Dr Aziz

Lantik Pm Perlembagaan Tidak Sebut Senarai Nama Bilangan Majoriti Dr Aziz

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 371 hits
Persoalan berbangkit yang tular di media arus perdana sejak semalam mengenai tiadanya senarai nama atau Akuan Berkanun yang dipersembahkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di Pertuan Agong bukanlah syarat khusus dalam ...
Cerita Tuan Guru Nik Abdul Aziz Hendak Letak Jawatan Mb Kelantan

Cerita Tuan Guru Nik Abdul Aziz Hendak Letak Jawatan Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 273 hits
Pada tahun 1995 berlakunya pergolakan di dalam SEMANGAT 46 dan melbatkan PAS sehinggakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak meletakkan jawatan Menteri Besar Kelantan Ustaz Fadzil Mohd Noor mengarahkan saya untuk memujuk Tuan Guru Nik A...
5977 Deklarasi Cyberjaya Seru Seluruh Rakyat Wajib Patuh Pada Perlembagaan Rukun Negara Malakat Tribune 10 10 2020

5977 Deklarasi Cyberjaya Seru Seluruh Rakyat Wajib Patuh Pada Perlembagaan Rukun Negara Malakat Tribune 10 10 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 352 hits
CYBERJAYA Sebanyak 36 pertubuhan bukan kerajaan agensi kerajaan serta syarikat korporat tempatan menandatangani memorandum persefahaman dan nota permuafakatan dalam memperkukuhkan gerakan sempena Deklarasi Cyberjaya 10 10 2020 Deklarasi itu...
Dulu Mereka Dipuji Dan Disanjung Kini Mereka Dik3j Dan Diminta Letak Jawatan

Dulu Mereka Dipuji Dan Disanjung Kini Mereka Dik3j Dan Diminta Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 520 hits
MALAYSIA Dua lelaki ini dulunya dianggap sebagai hero dan puji atas kejayaan mereka mengawal dan mengekang penvlaran c0v 19 di Malaysia Mereka ini tidak lekang dipuji setiap kali buat live di media sosial Hampir 95 wargamaya sentiasa member...
Muhyiddin Tak Boleh Cabar Keputusan Agong Kata Aziz Bari

Muhyiddin Tak Boleh Cabar Keputusan Agong Kata Aziz Bari

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 304 hits
IPOH Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh mencabar keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menolak pengisytiharan darurat seperti dicadangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional di...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Especial Construcci N En Madera

Don T Let Voters Feel Sidelined Announce Projects Early Says Tapah Mp

Set Aside Agenda Outgoing Kl Tower Operator Told

Saravanan Calls On Hindus Not To Listen To Firdaus Wong Who Continues Attacks On Illegal Temples

Gambar Random Hari Raya

Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an