Lantik Pm Perlembagaan Tidak Sebut Senarai Nama Bilangan Majoriti Dr Aziz


 

Persoalan berbangkit yang tular di media arus perdana sejak semalam mengenai tiadanya senarai nama atau Akuan Berkanun (SD) yang dipersembahkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong bukanlah syarat khusus dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri (PM).

 

Menurut pakar undang-undang Perlembagaan Dr Aziz Bari, Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut calon PM hendaklah 'mendapat kepercayaan majoriti' ahli-ahli Dewan Rakyat.

 

Katanya, tidak timbul isu Anwar tidak mengikut lunas undang-undang atau prosidur standard perlantikan PM sebagaimana dilaporkan media.

 

"Kalau disebutkan bahawa prosidur dan lunas-kunas Perlembagaan itu tidak dipatuhi, saya pun tidak jelas

 

"Dari apa yang kita baca dalam Perlembagaan, khususnya Perkara 43, yang disebut ialah 'kepercayaan majoriti' sahaja. Tidak disebut soal bilangan dan soal senarai nama. Inilah yang saya fikir menimbulkan banyak persoalan.

 

"Sebab dalam kenyataan semalam disebut supaya Datuk Seri Anwar mengikuti lunas-lunas Perlembagaan. Jadi bila saya buka (buku Perlembagaan), tidak ada di sini yang mengatakan lunas-lunas. Yang ada hanyalah kepercayaan majoriti. Itu sahaja," kata Dr Aziz dalam sesi siaran langsung Facebook, malam tadi.

 

Mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu juga menolak keperluan calon PM menyatakan dengan jelas bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau, sebelum boleh dianggap layak dilantik sebagai PM.

 

"Kalau nak melantik (PM maka) berdasarkan kepercayaan majoriti. PM (semasa) yang wajib meletak jawatan pun berdasarkan kepercayaan majoriti. Tidak ada disebut berapa bilangannya (Ahli Parlimen) kerana kita tahu (jumlah Ahli Parlimen) berubah-ubah sejak merdeka hingga sekarang.

 

"Mungkin 50, mungkin 150, bergantung kepada jumlah keseluruhan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

 

"Soal kepercayaan majoriti itu merupakan perkara yang saya fikir bergantung kepada keadaan, dan tidak menjadi isu sebenarnya. Dikatakan Datuk Seri Anwar gagal mengemukakan (senarai SD). Memang tak ada keperluan (senarai) dan bukan SOP yang diperlukan pun.

 

"Saya pun tidak tahu syarat yang sama dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin sewaktu beliau jadi PM kira-kira 6 bulan lepas. Adakah Muhyiddin serahkan nama kepada Agong dan berapa bilangannya kita pun tidak tahu dan tak dimaklumkan sampai sekarang," katanya lagi.

 

Bagaimanapun, Dr Aziz tidak menolak sekiranya pihak istana memerlukan senarai nama sebagai proses memastikan seseorang calon PM benar-benar mempunyai cukup sokongan.

 

Cuma, menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu, perkara yang tiada dalam peruntukan Perlembagaan seharusnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada Anwar untuk dipersembahkan ketika mengadap Agong.

 

"Benda ini sekurang-kurangnya dimaklum lebih awal. Pegawai istana hubungi Anwar minta bawa senarai yang kamu kata sokong kamu. Kalau nak lebih tegas, bawa SD dan sebagainya.

 

"Sekarang sudah macam-macam cara kita nak menentukan apa yang dipanggil kepercayaan majoriti. Kalau di Perak 2009, Sultan Azlan Shah panggil seorang demi seorang. Dengar dari mulut sendiri, betulkah mereka sokong calon MB pada waktu itu.

 

"Jadi ini gaya baru. Kalau kita imbas apa yang diamalkan sejak merdeka, tak ada benda ini," katanya lagi.

 

Semalam, laporan media membayangkan seolah-olah mustahil PM dilantik tanpa SD dipersembahkan terlebih dahulu dan usaha Anwar mengadap Agong adalah langkah yang tidak mengikut Perlembagaan kerana tidak menyertakan jumlah Ahli Parlimen tertentu tanpa menyebut peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan syarat sedemikian.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/lantik-pm-perlembagaan-tidak-sebut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Perlembagaan Pm Hilang Majoriti Wajib Letak Jawatan Dr Aziz Bari

Ikut Perlembagaan Pm Hilang Majoriti Wajib Letak Jawatan Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 267 hits
Kemelut politik tanah air tidak perlu dipanjangkan dengan pelbagai ulasan oleh pihak yang cuba mengelirukan serta tidak berhujah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Menurut mantan profesor kuliyah undang undang Universiti ...
Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 533 hits
oleh Dr KamarulSudah bertebaran rata dakwaan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad bahawa Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi kononnya menjanjikan sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Antara lainnya berita ini te...
Terbukti Yang Dicari Daripada Anwar Hanyalah Senarai Nama

Terbukti Yang Dicari Daripada Anwar Hanyalah Senarai Nama

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 837 hits
Sebagaimana yang dijangka tujuan utama Anwar Ibrahim disiasat adalah semata mata untuk mendapatkan senarai Ahli Ahli Parlimen PN yang tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin Apabila Anwar dalam sidang media selepas mengadap Agong pada Selasa ...
Kisah Bertekak Senarai Nama Muhyiddin

Kisah Bertekak Senarai Nama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 258 hits
ATOK ASANTiga hari lepas aku berbual dengan seorang kawan nama Samad dia kata Macam mana Anwar nak jadi PM ni Senarai nama ahli parlimen yang sokong dia pun tak ada umum pun sambil api rokok yang disedut mula membakar tulisan John di pangka...
Jika Muhyiddih Hilang Majoriti Kerajaan Perlu Dilantik Segera Dr Aziz Bari

Jika Muhyiddih Hilang Majoriti Kerajaan Perlu Dilantik Segera Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 270 hits
Kemelut politik menjelang majlis mengadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di Pertuan Agong pada 13 Oktober ini bagi mempersembahkan majoriti Ahli ahli Parlimen yang menyokongnya tidak perlu dikecamukkan oleh pandanga...
Saat Diinterogasi Polisi Satrio Sebut Nama Alda Siapa Dia Sebenarnya

Saat Diinterogasi Polisi Satrio Sebut Nama Alda Siapa Dia Sebenarnya

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 300 hits
Satrio Katon Nugroho pelaku vandalisme Musala Darussalam di Tangerang sempat menyebut nama seorang wanita saat polisi melakukan interogasi Wanita itu bernama Alda yang tak lain adalah tetangga Satrio Polisi mendapati jawaban ini usai Satrio...
Bpn 2 0 Dah Boleh Disemak Hari Ini Terkini Kerajan Dedahkan Apa Yang Perlu Buat Kalau Nama Tak Ada Dalam Senarai

Bpn 2 0 Dah Boleh Disemak Hari Ini Terkini Kerajan Dedahkan Apa Yang Perlu Buat Kalau Nama Tak Ada Dalam Senarai

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 329 hits
Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihation Nasional 2 0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan C0VID 19
Beliau Tidak Mengemukakan Senarai Nama Ahli Ahli Dewan Rakyat Yang Didakwa Memberi Sokongan Kepada Beliau Istana Negara

Beliau Tidak Mengemukakan Senarai Nama Ahli Ahli Dewan Rakyat Yang Didakwa Memberi Sokongan Kepada Beliau Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 448 hits
Beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau Istana NegaraDalam sidang media khas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah mempersembahkan dokumen kepada Yang di ...
Soal Nama Dan Bilangan Sokongan Mp Antara Saya Dan Agong Anwar

Soal Nama Dan Bilangan Sokongan Mp Antara Saya Dan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 255 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan beberapa pihak yang menggesanya supaya mendedahkan bilangan dan nama ahli parlimen yang menyokong beliau sebagai perdana menteri merupakan satu tekanan politik semata mata Mala...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad Hanya 150 Unit Sahaja

Kursus Ahsas Madani Pada 14 07 2025 15 07 2025