Muhyiddin Wajib Letak Jawatan Bila Hilang Majoriti



Kemelut politik tanah air tidak perlu dipanjangkan dengan pelbagai ulasan oleh pihak yang cuba mengelirukan serta tidak berhujah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut mantan profesor kuliyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Aziz Bari, Perlembagaan ditulis dengan jelas, apabila seseorang Perdana Menteri (PM) telah kehilangan sokongan maka pilihan beliau sangat terhad, iaitu meletak jawatan atau meminta membubarkan Parlimen.
Katanya, tidak dinyatakan pilihan membawa hal itu ke Parlimen dan diuji dengan Undi Tidak Percaya atau lain-lain cadangan seperti yang dipropagandakan oleh media arus perdana muktahir ini.
“Perlembagaan kata apabila seseorang PM hilang sokongan maka dia wajib letak jawatan. Tidak timbul soal Parlimen dan sebagainya. Ini berlaku di Malaysia dan negara-negara Wesminister.
“PM boleh letak jawatan atau minta raja, presiden atau gabenor jeneral bubar dewan kalau dibenarkan. Kalau tidak, dia perlu letak jawatan. Ada dua pilihan saja, bukan tiga atau empat. Tak ada soal Parlimen. Itu tak disebut dalam Perlembagaan. Mengapa kita buat sesuatu perkara yang tak perlu?
“Atau panggil presiden (ketua) parti buat apa, buang masa sahaja. Kalau betul apa yang didakwa oleh Ahli Parlimen Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim), lantik sahaja, dia akan pergi ke Parlimen dan parliament will deal with him
“Di sana ada orang akan test sokongan dia. Kalau betul ada 120 (Ahli Parlimen), dia akan kekal sebagai PM. Tak perlu kita pening. Dalam babak ini hanya Agong saja yang terlibat. Tak ada mahkamah, tak ada apa.
“Ini yang saya kesal. Rakyat jadi keliru (proses peralihan kuasa). Media pula putar belit cerita yang tak masuk akal dan rakyat makin bingung,” katanya dalam sesi siaran langsung Facebook anjuran KEADILAN Ipoh Timur malam tadi.
Pakar undang-undang Perlembagaan itu menjelaskan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia tidak sama dengan di Amerika Syarikat atau Indonesia. Apabila kerajaan dilantik maka ia bertahan untuk tempoh 4 tahun.
Di Malaysia, katanya, kerajaan boleh tumbang apabila gagal mengekalkan majoriti 112 daripada 222 kerusi Parlimen. Oleh itu, kerajaan baharu perlu dilantik segera dan tidak perlu mengekalkan suasana tidak menentu berpanjangan.
“Dalam sistem kita sesebuah kerajaan boleh jatuh bila-bila masa kalau gagal mengekalkan majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi. Dikira hilang kepercayaan dan PM wajib meletak jawatan. Itu pada prinsip.
“Sekarang apa yang berlaku Tan Sri Muhyiddin yang dilantik enam bulan lepas, terdengar dakwaan Ahli-ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada beliau telah menarik balik sokongan. Beliau tidak lagi memilikki minimum 112 seperti yang disyaratkan, selepas Datuk Seri Anwar mengadap Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong
“Namun selepas (Anwar mengadap) itu beliau (Muhyiddin) masih lagi mendakwa beliau memiliki majoriti yang kredibel.
“Jadi hal ini (Muhyiddin kekal sebagai PM) saya fikir tidak perlu. Saya fikir barangkali ini boleh diibaratkan perlawanan bola sepak. Ada satu pasukan di hadapan (jaringan gol lebih banyak), penonton resah sebab pengadil tidak tiup wisel. Dia biarkan perlawanan berlarutan, jadi kita bayangkan apa yang berlaku,” katanya.
Dr Aziz turut menjelaskan tidak ada keperluan untuk mempertikaikan Akuan Berkanun (SD) Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar sama ada ia dibuat secara jujur atau tidak. Hal itu katanya telah jelas di sisi undang-undang.
“Apabila Datuk Seri Anwar mendakwa beliau punya sokongan, beliau patut dipanggil mengadap dan terpulang bagaimana untuk memeriksa bahawa dakwaan itu benar.
“Zaman sekarang undang-undang kita telah menyediakan SD, dan saya fikir tak perlu kita pening. Kalau Ahli Parlimen A telah buat satu SD menyokong seseorang, tak perlu kita pertikaikan dan go beyond the SD.
“Kalau dia menipu kita boleh bawa dia ke mahkamah, boleh didakwa. Mengapa buang masa nak pastikan betul ke orang itu sokong Datuk Seri Anwar?” ulasnya lagi.
Forum bertajuk ‘Celik Perlembagaan dari pakar 2’ itu dipengerusikan oleh Shaiful Arifin. Selain Dr Aziz, forum turut mengundang aktivis masyarakat, Dr Khairudin Abd Malik sebagai ahli panel.
Celik Perlembagaan Siri 2bersama YB Dr. Aziz Bari dan Dr.Khairuddin bin Dato Abdul Malik
Posted by Keadilan IPOH TIMUR on Sunday, October 18, 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30221

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Perlembagaan Pm Hilang Majoriti Wajib Letak Jawatan Dr Aziz Bari

Ikut Perlembagaan Pm Hilang Majoriti Wajib Letak Jawatan Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 230 hits
Kemelut politik tanah air tidak perlu dipanjangkan dengan pelbagai ulasan oleh pihak yang cuba mengelirukan serta tidak berhujah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Menurut mantan profesor kuliyah undang undang Universiti ...
Muhyiddin Hilang Kredibiliti Wajar Letak Jawatan

Muhyiddin Hilang Kredibiliti Wajar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 234 hits
Gesaan peletakan jawatan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja dibuat oleh ahli politik pembangkang dan rakyat malah menerima gesaan daripada Umno Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata gesaan itu dibuat k...
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Pm

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 378 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menolak cadangan...
Agong Tolak Darurat Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Kata Penganalisis

Agong Tolak Darurat Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 459 hits
October 26 2020 7 11 AMPenganalisis berkata Agong dan Raja raja Melayu menaruh kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan usaha memerangi wabak Covid 19 dan memulihkan ekonomi PETALING JAYA Pengan...
Desak Muhyiddin Letak Jawatan Menderhaka Kepada Agong

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Menderhaka Kepada Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 267 hits
FB Mohd Mukhlis Mohd Sharif Adakah mendesak PM meletak jawatan sebagai menderhaka pada titah YDPA Inilah naratif yang dimainkan oleh penyokong PAS sebab bab hasut 3R ini memang kepakaran mereka Untuk memahami perkara ini kita kena balik sem...
Bahasa Halus Minta Muhyiddin Letak Jawatan

Bahasa Halus Minta Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 325 hits
FAEZUDDIN PUAD1 Benar perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan Yang di Pertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri tetapi Yang di Pertuan Agong boleh menasihat seseorang Perdana Menteri untuk meletak jawatan sekiranya pada hemat bagind...
Gagal Tangani Covid Pkr Sabah Minta Muhyiddin Letak Jawatan

Gagal Tangani Covid Pkr Sabah Minta Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 286 hits
Ketua penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin berkata Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menangani penularan wabak Covid 19 yang dlihat semakin teruk Katanya Muhyiddin tidak mempunyai inisiatif at...
Muhyiddin Tenang Tiada Agenda Letak Jawatan

Muhyiddin Tenang Tiada Agenda Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 267 hits
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan tenang dan pertemuannya dengan anggota Jemaah Menteri malam ini bertujuan membincangkan agenda dalam melaksanakan titah Yang di Pertuan Agon...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai