Ikut Nasihat Sultan Semua Adun Bersatu Johor Setia Bersama Pn




Ambil serius nasihat Sultan, Adun PPBM Johor terus sokong kerajaan PN
Majoriti Adun PPBM Johor yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur semalam kekal memberi sokongan kepadanya.
Dalam kenyataan bersama, Adun PPBM Johor terbabit menyatakan sokongan padu kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor berikutan dakwaan kerajaan negeri itu bakal tumbang sekali lagi.
“Adun PPBM mengambil perhatian serius amaran Sultan Johor dengan berdiri teguh sebagai komponen penting dalam PN yang menerajui kerajaan negeri ketika ini. Kesepakatan itu dinyatakan dalam pertemuan bersama perdana menteri, yang juga Adun Gambir di Kuala Lumpur semalam.
“Semua Adun yang hadir akur dengan titah DYMM Sultan Johor untuk bersama-sama memastikan kepentingan rakyat dijunjung dan pada masa yang sama akan menguatkan PPBM negeri sebagai pendokong kerajaan negeri,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh Adun Pemanis, Dr Chong Fat Full, yang sebelum ini bersama PKR, tetapi kemudian mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas yang turut dilantik sebagai anggota exco di bawah kerajaan PN.
Sementara itu, Adun Kempas dan juga bekas menteri besar sebelum ini, Osman Sapian, yang tidak hadir dalam pertemuan itu turut menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.
“Adun Kempas, Osman Sapian yang tidak dapat hadir turut menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri.
“Dalam pertemuan hampir 2 jam itu, Muhyiddin selaku presiden PPBM mendapat sokongan penuh berhubung kedudukan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang tergugur taraf keahlian dalam PPBM,”katanya.
PPBM Johor turut memuji pencapaian Muhyiddin dalam meneraju negara, termasuk usaha memulihkan ekonomi yang terkesan oleh wabak Covid-19.
Sempena pertemuan itu juga, Adun PPBM Johor, yang diketuai Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), juga menghadiahkan kemeja T yang tertera slogan “Ikut Nasihat Abah, Kita Mesti Menang” kepada Muhyiddin.
“Adun PPBM Johor menghadiahkan kemeja T yang tertera slogan ‘Ikut Nasihat Abah’ ‘Kita Mesti Menang’ sebagai lambang keyakinan kepada kepimpinan Muhyiddin selaku perdana menteri dan presiden PPBM,” katanya.
Pertemuan itu turut disahkan oleh seorang pemimpin PPBM yang enggan dikenali kepada FMT tanpa memberi ulasan lanjut.
Semalam Sultan Johor mengingatkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan “serta-merta” jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat.
Sultan Ibrahim berkata, beliau kecewa “perebutan kuasa” masih berlaku dalam keadaan rakyat susah.
“Mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat menderita dan tidak akan biarkan negeri dikucar-kacirkan,” katanya.
Sultan Ibrahim berkata, rakyat akan diberi peluang untuk memilih wakil rakyat baru jika DUN dibubarkan.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/04/ikut-nasihat-sultan-semua-adun-bersatu-johor-setia-bersama-pn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikut-nasihat-sultan-semua-adun-bersatu-johor-setia-bersam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 296 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar mengesahkan bahawa sekeping gambar yang menunjukkan wakil rakyat Bersatu dan PKR duduk semeja telah dirakam pada akhir Mei Mohd Khuzzan memberitahu Sinchew Daily gambar yang mencetus...
Sumber Pn Johor Tergugat Haluan Adun Bersatu Mungkin Bertukar Arah

Sumber Pn Johor Tergugat Haluan Adun Bersatu Mungkin Bertukar Arah

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 343 hits
Sumber yang dekat dengan kepemimpinan Bersatu Johor mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu berada dalam keadaan tidak menentu sekarang Bercakap kepada Malaysiakini sumber itu mendedahkan PN boleh kehilangan Johor jika ada...
Kerajaan Johor Stabil Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim Hasanuddin

Kerajaan Johor Stabil Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim Hasanuddin

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 345 hits
Berikutan amaran Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor sekiranya ahli politik di negeri itu terus berebut kuasa pemimpin Amanah Hasanuddin Yunus tampil menjelaskan sebarang pertukaran keraj...
Sultan Johor Ancam Bubar Dun Jika Terjadi Isu Rebut Kuasa

Sultan Johor Ancam Bubar Dun Jika Terjadi Isu Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negerinya dan mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan serta merta jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat D...
Baru Bian Adun Batu Lintang Sertai Parti Sarawak Bersatu

Baru Bian Adun Batu Lintang Sertai Parti Sarawak Bersatu

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 449 hits
PETALING JAYA Presiden Parti Sarawak Bersatu Wong Soon Koh mengumumkan Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan Adun Batu Lintang See Chee How menyertai parti itu hari ini Katanya sejak beberapa bulan lalu pemimpin parti itu mengadakan beberapa...
Mahathir Nak Tunjuk Lagak Di Pejabat Bersatu Yang Rak Dan Meja Dia Semua Dah Dikosongkan

Mahathir Nak Tunjuk Lagak Di Pejabat Bersatu Yang Rak Dan Meja Dia Semua Dah Dikosongkan

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 424 hits
Dr Mahathir Mohamad kini berada di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya kira kira sejam sebelum sidang media Hamzah Zainuddin iaitu setiausaha agung yang memihak kepada Muhyiddin Yassin Saya sekarang di Ibu Pejabat Bersatu kata nak pecat sa...
Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 438 hits
Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta titah Sultan Johor Foto Instagram officialsultanibrahimKemelut politik berlanjutan Sultan Johor beri amaran bubar DUNKL Sultan Joho...
Johor Sultan Threatens Snap Polls If There Is Another Power Struggle

Johor Sultan Threatens Snap Polls If There Is Another Power Struggle

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 279 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar said he will dissolve the state assembly should there be another power struggle in the state If there is another power struggle between elected representatives I will dissolve the Johor state assembly immediat...
Bubar Dewan Negeri Jika Berebut Kuasa Berlaku Lagi Kata Sultan Johor

Bubar Dewan Negeri Jika Berebut Kuasa Berlaku Lagi Kata Sultan Johor

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Sultan Johor mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan serta merta jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat Sultan Ibrahim kecewa perebutan kuasa berlaku dalam keadaan rakyat sedang susah Mereka langsung t...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi