Sumber Pn Johor Tergugat Haluan Adun Bersatu Mungkin Bertukar Arah




Sumber yang dekat dengan kepemimpinan Bersatu Johor mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu berada dalam keadaan tidak menentu sekarang.
Bercakap kepada Malaysiakini, sumber itu mendedahkan PN boleh kehilangan Johor jika ada Adun dari Bersatu menarik balik sokongan mereka kepada gabungan yang masih ‘muda’ tersebut.
Enggan didedahkan identitinya sumber itu mengulas mengenai jangkaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, mengenai perubahan kerajaan di pusat menjelang sidang parlimen Julai ini.
Kata sumber terbabit, dia sependapat dengan Salahuddin kerana keadaan majoriti yang tipis memihak kepada PN di Johor iaitu hanya dibezakan dengan dua kerusi saja berbanding Pakatan Harapan (PH).
Ditanya mengenai kemungkinan ada Adun Bersatu kembali menyokong PH, sumber itu menjawab: “Jika bukan mereka, siapa lagi dari pihak ini (PN)?”
Bagaimanapun dia enggan menamakan wakil rakyat terbabit sebaliknya menjelaskan memang wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan Bersatu dan Umno di Johor.
“Dulu kita dalam PH pun ada yang tak puas hati, sekarang dalam PN pun ada.
“Walaupun tak ada orang yang sempurna, kita mahu hak kita,” katanya lagi.
Hilang jawatan MB
Ditanya bagaimana keadaan itu boleh diperbaiki, sumber terbabit berkata, ketika ini memang kedua-dua pihak tidak berpuas hati dengan keadaan semasa dan mahukan hak masing-masing.
Antara isu yang menyebabkan rasa tidak puas hati Bersatu ialah hilangnya jawatan menteri besar daripada parti itu.
Untuk rekod, keputusan pilihan raya umum (PRU lalu menyaksikan BN tumbang buat pertama kali – masing-masing di peringkat pusat dan Johor – kepada PH.
Bersatu merupakan parti termuda dalam gabungan PH ekoran pemecatan timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin, serta beberapa pemimpin kanan lain.
Mereka – dengan disertai bekas presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad – kemudian menubuhkan Bersatu. Kejayaan PH membolehkan Bersatu memiliki menteri besar di Johor, Kedah dan Perak.
Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal
Kesepakatan dalam PH juga menyaksikan Bersatu menjadi menteri besar di Perak walaupun mereka mempunyai seorang saja Adun ketika itu.
Langkah Sheraton kemudian menyaksikan Muhyiddin membawa sebahagian besar wakil rakyat Bersatu meninggalkan PH untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS, selain MCA dan MIC.
Perkembangan itu menyaksikan Bersatu kehilangan jawatan menteri besar di Johor dan Kedah, masing-masing kepada Umno dan PAS.
Bekas menteri besar Johor dari Bersatu, Dr Sahruddin Jamal, kemudian dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
Bersemuka dan melalui telefon
Sumber itu berkata jika kerajaan negeri kembali ke tangan PH, Bersatu mahu agar jawatan menteri besar dikembalikan kepada mereka.
“Yalah, Bersatu ni… dia sudah ada perjanjian asal – Bersatu mentadbir beberapa buah negeri (seperti) Perak, Johor, Kedah dan Perlis.
“Sebab itulah consensus asal, apabila menang saja kerusi Johor, bagi bersatu… itu persetujuan asal,” katanya.
Sementara itu sumber dalaman PH Johor pula berkata ada beberapa Adun Bersatu menghubungi gabungan berkenaan sejak bulan lalu dan menyatakan hasrat untuk mengubah sokongan mereka.
Enggan menamakan Adun terbabit, sumber PH itu berkata mereka menyatakan beberapa syarat sebagai pertukaran sokongan tersebut.
“Ada lebih daripada separuh Adun Bersatu berhubung dengan PH. Mereka menghubungi kami melalui telefon atau bersemuka dan sudah tentu ia datang dengan syarat,” katanya kepada Malaysiakini.
Untuk rekod PN menguasai 29 daripada 56 kerusi DUN Johor membabitkan 14 Umno, 11 Bersatu, dua MIC dan satu PAS. Seorang Adun bebas pula menyatakan sokongan kepada PN.
PH pula menguasai 27 kerusi membabitkan 14 DAP, sembilan Amanah dan empat PKR.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/02/sumber-pn-johor-tergugat-haluan-adun-bersatu-mungkin-bertukar-arah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sumber-pn-johor-tergugat-haluan-adun-bersatu-mungkin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

Gambar Pertemuan Adun Bersatu Dan Pkr Johor Cetus Spekulasi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 307 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar mengesahkan bahawa sekeping gambar yang menunjukkan wakil rakyat Bersatu dan PKR duduk semeja telah dirakam pada akhir Mei Mohd Khuzzan memberitahu Sinchew Daily gambar yang mencetus...
Ikut Nasihat Sultan Semua Adun Bersatu Johor Setia Bersama Pn

Ikut Nasihat Sultan Semua Adun Bersatu Johor Setia Bersama Pn

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 324 hits
Ambil serius nasihat Sultan Adun PPBM Johor terus sokong kerajaan PN Majoriti Adun PPBM Johor yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur semalam kekal memberi sokongan kepadanya Dalam kenyataan bersama...
Baru Bian Adun Batu Lintang Sertai Parti Sarawak Bersatu

Baru Bian Adun Batu Lintang Sertai Parti Sarawak Bersatu

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 461 hits
PETALING JAYA Presiden Parti Sarawak Bersatu Wong Soon Koh mengumumkan Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan Adun Batu Lintang See Chee How menyertai parti itu hari ini Katanya sejak beberapa bulan lalu pemimpin parti itu mengadakan beberapa...
Dua Adun Bersatu Di Pulau Pinang Sokong Muhyiddin Tidak Akan Bersama Kerajaan Negeri Ph

Dua Adun Bersatu Di Pulau Pinang Sokong Muhyiddin Tidak Akan Bersama Kerajaan Negeri Ph

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 404 hits
Dua Adun Bersatu di Pulau Pinang telah menarik semula sokongan mereka terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan Adun Bertam Bertam Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim mengesahkan perkara itu pagi tadi Ditanya ala...
2 Adun Bersatu Pulau Pinang Perlu Kosongkan Kerusi Masing Masing Chow Kon Yeow

2 Adun Bersatu Pulau Pinang Perlu Kosongkan Kerusi Masing Masing Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 327 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang perlu mengosongkan kerusi mereka Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata ADUN Bertam Kh...
Eur Usd 28 Mei Laporan Cot Mood Pedagang Utama Minggu Ini Mungkin Beralih Ke Arah Menaik Lagarde Meramalkan Kerugian

Eur Usd 28 Mei Laporan Cot Mood Pedagang Utama Minggu Ini Mungkin Beralih Ke Arah Menaik Lagarde Meramalkan Kerugian

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 281 hits
EUR USD 1H Selamat sejahtera pedagang Pasangan EUR USD terus berkembang pada carta setiap jam pada 27 Mei yang membolehkan saya membentuk koridor arah aliran menaik yang kini dengan jelas menggambarkan keadaan pedagang sebagai menaik Oleh i...
Johor Nak Bertukar Kerajaan Lagi Bubar Dun Jer Senang

Johor Nak Bertukar Kerajaan Lagi Bubar Dun Jer Senang

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 391 hits
Sumber yang dekat dengan kepemimpinan Bersatu Johor mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu berada dalam keadaan tidak menentu sekarang Bercakap kepada Malaysiakini sumber itu mendedahkan PN boleh kehilangan Johor jika ada...
Adun Bersatu P Pinang Tarik Semula Sokongan Pada Ph

Adun Bersatu P Pinang Tarik Semula Sokongan Pada Ph

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 377 hits
Dua Adun Bersatu di Pulau Pinang telah menarik semula sokongan mereka terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan Adun Bertam Bertam Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini p...
Panas Empat Dun Di Parlimen Pekan Bn Sapu Ahli Akar Umbi Pas Mungkin Beralih Arah

Panas Empat Dun Di Parlimen Pekan Bn Sapu Ahli Akar Umbi Pas Mungkin Beralih Arah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 355 hits
PEKAN Biar pun Parti Islam SeMalaysia tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini namun terdapat suara akar umbi yang mempersoalkan keputusan itu sebenarnya Mereka menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pesuruhj...
Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Along Bakal Mati Syawal Ini

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Akibat Intregriti Yang Atok Musnahkan

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Ambil Kuih Raya

Proton Saga Mc3 Facelift 2025 Adakah Ia Akan Membuat Kejutan Tahun Ini