Ikrar Rukun Negara Sejarah Penggubalan 5 Prinsip


Sebagai rakyat Malaysia, adalah perlu bagi kita untuk mengetahui dan menghayati ikrar Rukun Negara.
Oleh kerana itulah Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerap nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat
Malaysia.
Sejarah Penggubalan Rukun Negara Setelah negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama menghadapi kesukaran untuk menguruskan sistem sosioekonomi yang diwarisi oleh penjajah British.
Sikap liberal Tunku dan ditambah pula oleh kelembutan beliau untuk melayan permintaan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan orang Melayu merasakan kehidupan mereka diabaikan.
Tumpuan Tunku yang terlalu berlebihan pada pertumbuhan material dan pasaran bebas
tanpa menggunakan kuasa kerajaan untuk melakukan campur tangan telah menyebabkan jurang di antara golongan berada dengan golongan tidak berada semakin melebar.
Titik-titik jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu, dan berbagai-bagai lagi adalah puncapunca yang mencetuskan keresahan kaum dan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.
Keadaan yang tercetus ini mengakibatkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969, lantas menyebabkan fungsi Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MEGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara.
Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan.
Melalui MAGERAN telah ditubuhkan Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab dalam menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil.
Rukun Negara ini telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong.
Objektif Penggubalan Rukun Negara Objektif penggubalan Rukun Negara terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i) Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
ii) Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Teks Ikrar Rukun Negara Teks ikrar bagi Rukun Negara boleh dirujuk seperti di bawah:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. Memelihara cara hidup demokratik. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai-bagai corak. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ikrar-rukun-negara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikrar-rukun-negara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Akui Butuh Nyali Besar Jadikan Indonesia Negara Maju Kadang Saya Malah Dibully

Jokowi Akui Butuh Nyali Besar Jadikan Indonesia Negara Maju Kadang Saya Malah Dibully

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 142 hits
Jokowi mengungkapkan tidak mudah mewujudkan generasi Indonesia emas pada 2045 mendatang
Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR 27 Mac 2024 Selepas dilancarkan bersama telefon pintar flagship baharu Siri Magic HONOR pada minggu lalu HONOR Pad 9 boleh dibeli di kedai seluruh negara mulai esok Tablet terbaharu ini mempunyai reka bentuk menawan dan memberi...
Ukrainia Mengangkat Semangat Negara Dengan Kelayakan Untuk Euro 2024

Ukrainia Mengangkat Semangat Negara Dengan Kelayakan Untuk Euro 2024

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 323 hits
Kelayakan UKRAINE untuk pertandingan akhir Euro 2024 telah menaikkan semangat negara yang sedang mengalami kesulitan dalam konflik dengan Rusia dan untuk beberapa minggu pada bulan Jun dan Julai pertandingan tersebut akan menjadi penghibur ...
Indeks Harga Pmx Perjelas Manfaat Cpi Turut Diguna Negara Lain

Indeks Harga Pmx Perjelas Manfaat Cpi Turut Diguna Negara Lain

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 222 hits
Oleh Abdullah Zaid Kerajaan berpandangan Indeks Harga Pengguna bagi mengukur kadar perubahan harga semasa lebih menyeluruh berbanding Indeks Harga Harian dan Indeks Harga Anggapan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata indeks itu...
Nak Lihat Negara Kita Hancuf Dengan Api Perkauman

Nak Lihat Negara Kita Hancuf Dengan Api Perkauman

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 156 hits
Setelah gagal menebuk atap mereka cuba karamkan kapal Mereka cuba tebuk lantai supaya bocor Komen komen tiga belas Mei pun dah mula nampak Tolong ss share dalam komen ni Muhammad Fairul Al Qasas Jengka
Tak Hadiri Sidang Ptun Negara Dianggap Abai Pada Ruu Masyarakat Adat

Tak Hadiri Sidang Ptun Negara Dianggap Abai Pada Ruu Masyarakat Adat

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 135 hits
Pemerintah tak hadir dalam sidang lanjutan gugatan atas abainya negara dalam pembentukan RUU Masyarakat Adat
Harvey Moeis Terjerat Korupsi Timah Abraham Samad Banyak Total Loss Tak Masuk Kas Negara

Harvey Moeis Terjerat Korupsi Timah Abraham Samad Banyak Total Loss Tak Masuk Kas Negara

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 146 hits
Harvey Moeis Terjerat Korupsi Timah Abraham Samad Banyak Total Loss Tak Masuk Kas Negara
Dahsyat Betul 34 Penguatkuasa Kastam Di Klia Lindungi Penyeludupan Sehingga Negara Kerugian Rm2 Bilion Ditahan Sprm

Dahsyat Betul 34 Penguatkuasa Kastam Di Klia Lindungi Penyeludupan Sehingga Negara Kerugian Rm2 Bilion Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 356 hits
Shahbudin HusinSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan membabitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang ...
Untung Sikiit Ssikit Dah La Barang Asas Tak Naik Gas Murah Pakai Dulu Pun Harga Jual Mahal Jugak

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Jalan Jalan Cari Makan Kampung Baru Kl

Baju Raya Haji 2025

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah