Ikan Siakap Masak 3 Rasa Cara Kaksha
Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Cara KakSha | Hai. Ikan siakap masak 3 rasa ni memang selalu order kalau makan kat kedai. Kadang-kadang tak makan ikan siakap, kerapu atau jenahak pun sedap je kalau masak 3 rasa (sweet sour) ni kan?
Jadinya baru-baru ini masak Ikan Siakap Masak 3 Rasa juga masa celebrate birthday abah & Kazim. Dah berkali-kali buat, rasa dia memang sedap dan confirm menjadi. Resepi ini antara yang paling simple sebab tak guna banyak bahan. Kalau ada timun, pun boleh masukkan timun yang dipotong dadu. Senang je nak buat sebenarnya. Bahan-bahan pun takdelah gempak sangat.
[Baca juga] : Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari
RESEPI IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA CARA KAKSHABahan-bahan :- Ikan siakap- 3 ulas bawang putih - 2 biji bawang merah -2 senduk cili kisar-1 batang lobak merah *potong dadu-2 biji tomato *potong dadu-1 biji cili benggala *potong dadu-Sos cili-Sos tomato-Garam secukup rasa
Cara masak :1) Goreng ikan siakap sehingga garing2) Gunakan minyak goreng ikan tadi (kurangkan kuantiti minyak sehingga 3 senduk sahaja), tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau..3) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.4) Masukkan lobak merah dan cili benggala. 5) Apabila lobak merah dan cili benggala agak masak, masukkan tomato.6) Masukkan sos cili dan sos tomato.7) Kacau rata.8) Perasakan dengan garam secukup rasa.9) Tuang sambal atas ikan.10) Hias dengan cili besar yang dibelah 2 dan daun ketumbar (jika ada).
Kesian ikan aku kepala & ekor terkeluar dari bekas. Sejujurnya rumah aku takde pinggan oval. Kelakar kan? Pleaselah korang bagi hadiah pinggan mangkuk banyak-banyak nanti okeh! Or, I need more shopping on that? hehehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2019/12/resepi-siakap-masak-3-rasa-paling-mudah-cara-kaksha.html