Limau Habis Ikan Siakap Rebus Ala Stim Halia Tanpa Limau
Macam biasa, hari minggu mesti akan ada blogpost resepi masak-masak. Masih lagi gunakan spesis ikan yang sama dengan Ikan Siakap Masak 3 Rasa, kali ini kita buat Ikan Siakap Rebus Ala Stim Halia Tanpa Limau.
Ye, seperti mana namanya, masak lauk ni tak guna limau atau lemon. Sebabnya?
Dua-dua bahan tersebut habis! Dan terlalu malas nak keluar ke kedai semata-mata nak beli bahan itu je. Wakakaka. Makanya kita kreatif sikit, guna je apa-apa barang yang ada di dapur sebagai pengganti limau.
Aku suka style rebus berbanding kukus sebab rasa halia lebih meresap ke kuah dan ikan. Cuma kekurangannya adalah.... Ikan cepat masak cara ini. Jadi kena masukkan lambat.
Okeh jom buat!
IKAN SIAKAP REBUS ALA STIM HALIA TANPA LIMAU
Bahan - bahan :- Ikan siakap - 1 biji bawang besar *racik- 2 ulas bawang putih *tumbuk- 2 inci halia *racik kasar- 2 batang serai *titik- 1 batang lobak merah *potong panjang* Kobis bunga (Pun habis. Aku ganti brokoli. Pun layan wakaka)- 2 biji tomato *belah 4- 1 asam keping- 1/2 cawan air asam jawa- 1 sudu sos tiram- Garam secukupnya
Cara buat :
1) Masukkan air ke dalam kuali. Tunggu hingga mendidih.2) Setelah mendidih, masukkan serai, bawang putih, bawang merah dan halia.3) Masukkan lobak merah.
4) Masukkan asam keping.
5) Setelah lobak merah agak lembut, masukkan ikan.
6) Siram ikan dengan kuah. Ratakan di bahagian atas ikan.
7) Selepas 2 / 3 minit, masukkan brokoli dan tomato. Biasanya guna kobis bunga, tapi oleh sebab kobis bunga habis, kita ganti dengan brokoli. Boleh saja.
8) Masukkan sedikit air asam jawa. Disebabkan takde limau, ganti dengan air asam jawa.
9) Masukkan 1 sudu sos tiram.
10) Terbalikkan ikan.
11) Tutup kuali sebentar dalam 2 atau 3 minit.
12) Selepas 3 minit, buka penutup kuali. Ratakan kuah ke atas ikan.
13) Tutup api.
14) Angkat ikan ke dalam pinggan cantik korang.
Siap 😉
Gambar atas versi kukus limau. Gambar bawah versi air asam jawa. Kaler kuah lain, tapi rasa sama-sama sedap 😉
Pelengkap lauk ini adalah...... Jeng jeng jeng..... Ikan terubuk masin dengan bawang dan cili potong.
Korang nak masak apa nanti?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2019/12/ikan-siakap-rebus-ala-stim-halia-tanpa-limau-resepi-mudah.html