10 Resepi Ikan Jenahak Yang Mudah Dan Wajib Dicuba


Ikan jenahak merupakan antara ikan yang cukup popular di Malaysia. Ia juga merupakan ikan yang popular dalam kalangan pemancing.
Ikan dengan nama saintifik Lutjanus johnii ini turut dikenali secara global dengan nama John’s Snapper atau Golden Snapper.
Bergantung kepada persekitarannya, jenahak boleh dikenalpasti dnegan sisik berwarna kuning keemasan serta tompokan hitam.
Bagi anda yang tiada idea untuk masak ikan jenahak, di sini kami ingin kongsikan beberapa resepi menarik untuk dicuba. Ayuh kita semak bersama-sama.
10 Resepi Ikan Jenahak 1. Jenahak Masak Taucu Bahan bahan:
3 keping ikan jenahak – lumur garam kunyit dan goreng 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 2-3 sb tauchu 3 cili padi 2 biji cili hijau Sedikit asam jawa Cara-cara :
Gorengkan ikan dan ketepikan Tumiskan bawang dan halia yang telah dihiris. Setelah garing, masukkan taucu dan kacau rata buat seketika. Masukkan pula cili padi dan cili hijau serta tambahkan sedikit air. Tambahkan pula air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan imbangkan rasa menggunakan gula dan serbuk perasa mengikut kesesuaian. Sedia untuk dihidang. 2. Jenahak Masak Cencuan Sumber : Facebook Eina Abdul Bahan-bahan:
2 potong ikan jenahak 3 biji bawang besar (hiris) 2 ulas bawang putih 1 inci halia 15 biji cili padi (dibelah dua) 1 sudu makan asam jawa Adabi Serbuk kunyit Garam dan perasa secukup rasa Cara memasak :
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit lalu goreng sehingga garing dan masak Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris Masukkan air asam Masukkan ikan Gaulkan dengan mesra dan perasakan hidangan dengan garam dan bahan perasa. Sedia untuk dinikmati 3. Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa Bahan A :
4 keping ikan Jenahak 1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan) Bahan hiris B (Untuk Tumis):
3 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 3cm halia Bahan C (Untuk Sos) :
3 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos tiram 3 sudu besar air 1 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil gula pasir Bahan D (Sebagai Hiasan) :
1 pokok daun bawang 1/2 batang karot 1/2 biji timun 2 biji cili merah 2 biji cili hijau 2 biji tomato – belah 6 Nenas – potong kecil Cara-cara :
Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung sehingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiriskan hingga kekuningan. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata dan masukkan bahan hiasa. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi. Sedia untuk dihidang. 4. Jenahak Tumis Lada Hitam Sumber : Facebook Zaleha Yusof Bahan-bahan :
5 keping isi jenahak Cuka makan 1 labu bawang holland (dihiris nipis) 2 sudu lada hitam biji * 6 ulas bawang putih * 2 ketul besar halia muda * 2 ketul besar kunyit hidup * Pes asam jawa Garam, gula dan serbuk perasa Cara Memasak
Lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit/serbuk cili dan gaulkan dengan cuka makan. Gorengkan ikan hingga garing dan ketepikan. Tumbuk bahan kasar yang bertanda *. Bancuh asam jawa dengan suku cawan air Panaskan minyak secukupnya dan masukkan bahan tumbuk dan tumiskan sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang holland yang telah dihiris dan tumiskan sehingga layu, Masukkan air asam, serta garam, gula dan bahan perasa. Kacau sebati sehingga menjadi agak kering kemudian masukkan isi ikan yang telah digoreng. Kacau sampai mesra dan hidangan sedia untuk dinikmati. 5. Ikan Jenahak Bersambal Bahan bahan:
1 ekor ikan jenahak – saiz sederhana 3-4 sudu besar cili kisar – boleh tambah 3 ulas bawang putih – hiris 5 ulas bawang merah – hiris Garam Gula 1-2 sudu besar sos tomato 1-2 sudu besar sos cili Cara-cara :
Lumurkan jenahak dengan garam dan serbuk kunyit lalu gorengkan hingga garing. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili agak garing. Masukkan pula sos cili, sos tomat, garam dan gula dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul mesra. Sedia untuk dihidang. 6. Kari Ikan Jenahak Sumber : Facebook Zuraizah Zulkifli Bahan-bahan
Ikan jenahak 1 biji kelapa (kisar dengan 3 cawan air, perah dan ambil santannya) Bendi Tomato 1 cawan air jika perlu 3 senduk minyak masak untuk menumis Bahan tumis:
1 ½  biji bawang besar (hiris nipis) 5 ulas bawang putih (hiris nipis) 1 sudu besar halba campur Bahan pes:
2 paket kecil rempah kari brand cap O’,  (boleh juga gunakan jenama lain dengan sukatan 4 sudu besar) 1 paket kecil serbuk cili jenama Baba’s 1 keping asam keping 3 tangkai daun kari 1 sudu besar garam 1/2 sudu kecil gula Sedikit perasa 1 1/2 cawan air Nota : gabungkan bahan ini menjadi pes
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris sehingga layu dan naik bau. Seterusnya, masukkan bahan pes dan masak sehingga naik minyak dan garing Masukkan santan dan biarkan mendidih buat seketika Sambil kacau, masukkan ikan, tomato dan bendi Biarkan sehingga mendidih kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut kesesuaian Tutupkan api dan sedia untuk dihidang. 7. Asam Pedas Jenahak Bahan-bahan :
1 ekor ikan jenahak 1 sudu kecil halba 1 sudu besar serbuk kunyit 6 sudu besar cili kering kisar – 1 cawan 50 gram asam jawa – 1 sudu besar pes asam jawa 1 sudu besar garam kasar Serbuk perasa Daun kesum 1 kuntum bunga kantan – belah 2 10 batang kacang bendi 1 cawan minyak masak 700 – 800 ml air Bahan kisar :
2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1 inci halia Cara-cara :
Panaskan minyak yang agak banyak dan masukkan halba serta bahan kisar. Kemudian, masukkan cili kisar dan serbuk kunyit. Bila telah terbit minyak, masukkan sedikit air dan tumis lagi. Ulang masukkan air beberapa kali sehingga cili benar-benar masak. Setelah cili benar-benar masak dan garing (kelihatan minyak berbuih), masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan. Masukkan sedikit dahulu garam dan serbuk perasa dan kacau rata. Masukkan pula 400 ml air dan biarkan hingga mendidih. Jangan masukkan air banyak sangat kerana boleh tambah selepas masukkan ikan. Setelah mendidih, masukkan ikan dan tambah iar secukupnya. Pastikan kuah hanya sekadar tenggelamkan ikan sahaja kerana tidak sedap jika kuah cair. Akhir sekali, masukkan bendi dan sesuaikan rasa menggunakan garam dan sebuk perasa. Sedia untuk dihidangkan. 8. Sup Ikan Jenahak Bahan-bahan:
Ikan jenahak 1 paket bunjut sup ikan Adabi Lobak merah Bawang besar Bawang putih Halia 1/2 biji limau nipis Daun ketumbar/daun sup Mushroom seasoning Garam Air Minyak untuk menumis Akar daun ketumbar/ akar daun sup Lada putih Cara-cara :
Panaskan minyak dan masukkan sup bunjut, akar ketumbar/akar daun sup, bawang besar, bawang putih, halia dan lobak merah. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan pula perahan ½ biji limau nipis Seterusnya, masukkan sedikit lada putih Kemudian, masukkan ikan. Ini bagi menghilangkan hanyir ikan. Setelah ikan sudah separuh masak, masukkan air secukupnya. Masukkan pula daun ketumbar/daun sup, garam, serbuk perasa dan mushroom seasoning. Tunggu sehingga masak dan mendidih Sedia untuk dihidang. 9. Ikan Jenahak Masak Kicap Halia Chinese Style Sumber : Facebook Eny Yusnizar Abdullah Bahan-bahan :
4 Keping isi ikan jenahak (digoreng seperti biasa menggunakan garam dan serbuk kunyit) 4 sudu besar kicap pekat lemak manis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar serbuk lada sulah 1 sudu kecil minyak bijan Halia dihiris nipis (lebihkan halia dari bawang baru sedap) Bawang putih (dihiris nipis) Bawang besar (dihiris nipis) Daun bawang Bawang besar (dibelah) Sedikit minyak untuk tumis Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dihiris sehingga layu Seterusnya, masukkan kicap, sos tiram, minyak bijan dan tambahkan sedikit air Masukkan pula lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidiih Kemudian, masukkan kepingan isi ikan yang telah digoreng tadi dan bawang besar. Akhir sekali, taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang. 10. Jenahak Masak Kengsom Baha-bahan :
1 ekor ikan jenahak 1 batang serai 1 mangkuk nenas 3 keping asam keping 10 batang bendi Garam Gula Bahan kisar :
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup 1 inci belacan 5 biji cili padi 1 potong nenas Cara-cara :
Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus Masukkan serai yang telah diketuk Masukkan pula asam keping dan biarkan sehingga mendidih Tambahkan secawan air atau sesuaikan mengikut saiz ikan Setelah mendidih, masukkan 1 mangkuk nanas yang telah dipotong kasar dan biarkan nanas masak hingga lembut. Kemudian, masukkan ikan dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Setelah ikan masak, masukkan bendi. Tutupkan api setelah bendi masak. Sedia untuk dihidang. Resepi jenahak yang dikongsikan memang sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan juga kebanyakannya mudah untuk didapati dan sudah ada di dapur.
Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk sediakan hidangan buat keluarga. Selamat mencuba!
Sumber : umpan.com, Masak Apa Hari Ni (MAHN) (1), Resepi dan Menu Masakan Kampung (RMMK), Facebook Zaleha Yusof, Facebook Zuraizah Zulkifli, Resepi Free dan Sedap, Facebook Eina Abdul, Facebook Bob Kelanang, Facebook Eny Yusnizar Abdullah
Baca Juga : Ikan Pari : Jenis, Tips Pilih Pari Segar dan Resepi Wajib Cuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ikan-jenahak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikan-jenahak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Pari Jenis Tips Pilih Pari Segar Dan Resepi Wajib Cuba

Ikan Pari Jenis Tips Pilih Pari Segar Dan Resepi Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 372 hits
Berbadan leper dan sering ditemui di dasar laut ikan pari merupakan ikan jenis pemangsa yang tangkas dan agresif Oleh sebab itu ia menjadi salah satu spesis wajib tangkap dan menjadi kebanggaan buat kaki pancing pantai Ikan ini juga sering ...
Tiga Resepi Sos Mudah Dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich

Tiga Resepi Sos Mudah Dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Tiga Resepi Sos Mudah dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich Kali ini saya ingin kongsikan resepi sos buat sandwich yang ramai tak tahu Kita ingat bila buat inti sandwich kat rumah tu letak mayonis dan sapu butter dah paling s...
Video Prabowo Menggelegar Keras Di Atas Podium Mudah Mudahan Kau Tak Berkhianat

Video Prabowo Menggelegar Keras Di Atas Podium Mudah Mudahan Kau Tak Berkhianat

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 173 hits
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto melakukan kunjungan kerja ke Akademi Militer Magelang Minggu
Syl Bantah Tudingan Bisa Ganti Eselon I Kementan Seenaknya Tidak Mudah Diganti

Syl Bantah Tudingan Bisa Ganti Eselon I Kementan Seenaknya Tidak Mudah Diganti

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 107 hits
SYL membantah tuduhan bisa sesuka hatinya dapat mengganti pejabat Eselon I di Kementerian Pertanian
Kuasa Dan Manusia Yang Mudah Lupa

Kuasa Dan Manusia Yang Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 215 hits
Sebelum ini saya ada menulis kata kata bahawa syaitan paling besar dalam kehidupan manusia ialah kuasa Kadang kadang dengan dapat kuasa sebagai Pengerusi JKKK atau ketua cawangan saja pun ada yang semacam sudah hidup bagai terawang awang di...
12 Zikir Pilihan Yang Mudah Diamalkan

12 Zikir Pilihan Yang Mudah Diamalkan

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 165 hits
Zikir pilihan yang sering diamalkan oleh umat Islam termasuk 12 zikir pilihan yang mudah diamalkan Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar La ilaha illallah Astaghfirullah La hawla wala quwwata illa billah Hasbiyallahu la ilaha illa huwa Sub...
Begini Tata Cara Sembelih Hewan Kurban Wajib Perhatikan Yang Halal Dan Haram

Begini Tata Cara Sembelih Hewan Kurban Wajib Perhatikan Yang Halal Dan Haram

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 243 hits
Dalam berkurban dan penyembelihan hewan kurban diketahui ada beberapa tata caranya
Tanjong Karang Deposit Tetap Pn Menang Mudah Jika Prk Dakwa Pemimpin Bersatu

Tanjong Karang Deposit Tetap Pn Menang Mudah Jika Prk Dakwa Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 132 hits
Nurul Syazwani Noh menerima watikah pelantikan ketua bahagian Bersatu Tanjong Karang daripada Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Parlimen Tanjong Karang yang sebelum ini kubu kuat Umno kini dian...
Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Mahathir Tidak Curi Wang Negara Lebih Mudah Dari Cabar Anwar Ke Swiitzeland

Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Mahathir Tidak Curi Wang Negara Lebih Mudah Dari Cabar Anwar Ke Swiitzeland

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 277 hits
Oleh Adam Malik Jika ada akaun saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia 100 peratus duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu MahathirBaru baru ini Tun Mahathir telah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya bole...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket