Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort Menikmati Buffet Ramadhan Serendah Rm59
Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort (BGR) Menikmati Buffet Ramadhan Murah | Pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang sebulan je lagi bulan Ramadhan bakal tiba. Untuk korang yang memang tradisinya suka berbuka puasa dan menikmati buffet Ramadhan bersama keluarga dan kawan, mari sini aku nak cadangkan tempat buffet Ramadhan yang meriah menawarkan lebih 200 hidangan pada harga yang berpatutan. Tapi satu yang pasti juadah yang ada dekat sini memang sedap. Semestinya tak lain tak bukan mari kita Iftar sesama di Bangi Golf Resort (BGR) bersama yang tersayang.
Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort (BGR)
Macam aku canangkan tadi, semestinya tarikan utama mereka ialah seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, sehingga lah kepada hidangan barat untuk memenuhi citarasa yang lebih moden. Rambang mata aku malam tu tak tahu nak makan yang mana satu dulu.
Sedikit info yang menarik aku nak kongsikan, BGR menggunakan bahan-bahan mentah yang ditanam sendiri di kebun mereka untuk menyediakan menu-menu bagi masakan Melayu dan tradisional dalam hidangan buffet mereka. Nak masak je, kutip dulu dekat 'kebun dalam bandar' dan hidangkan untuk pelanggan. Memang terbaik dari ladang la.
Kenapa Bangi Golf Resort Patut Jadi Pilihan Tempat Berbuka Puasa?
1. Lebih daripada 200 menu yang meliputi sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India termasuk seksyen gerai dan live station. Sebut je semua ada!
2. Harga Buffet yang berbaloi untuk anda sekeluarga. Hanya RM59.00 nett untuk dewasa dan RM29.00 nett untuk kanak-kanak dan anda boleh makan sepuas-puasnya.
3. Mendapat status Halal oleh JAKIM dan diiktiraf sebagai Restoran Paling Patut Halal di Selangor oleh Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2017.
4. Ada banyak Parking dan ia nya PERCUMA. Ada lebih 800 lot parkir disediakan untuk pengunjung yang datang. Jadi jangan risau ok.
5. Kemudahan untuk solat dan lain-lain disediakan dan selesa. Surau dan tandas yang telah dinaik taraf untuk menampung lebih ramai jemaah.
Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort (BGR)Menu Menambat Selera dan Wajib Cuba
Banyak sangat senarai menu yang perlu korang cuba tapi yang aku tuliskan di sini memang korang WAJIB cuba.
Kambing Bakar & Sup Kambing Mamak
Memang beratur panjang pengunjung nak cuba kambing bakar jadi aku nasihatkan supaya beratur awal. Dah jadi pilihan nombor satu setiap tahun. Daging dia lembut dan berjus, lepas tu di makan dengan sos lada hitam memang sedap. Memang ramai yang sanggup beratur demi Kambing bakar. Sup kambing pula memang tak mengecewakan dan boleh dimakan dengan nasi mahupun roti. Meleleh air liur terbayang kesedapan kambing ni.
Menu Bangi Golf Resort
Masakan India
Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri dan daging kambing masak hitam Mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus. Tengok gambar pun dah tahu sedap.
Masakan Barat
Sajian pasta kegemaran ramai iaitu Spaghetti dan Penne dengan sos Bolognese ayam atau carbonara. Sos Carbonara dia memang padu. Lemak berkrim. Anak-anak pasti suka. Menu barat Wajib cuba semestinya Sous Vide Eggs dengan cendawan Espuma yang confirm buat korang tersenyum lebar. Tak boleh jumpa Sous Vide Eggs ni dekat mana-mana. Hanya di BGR.
Nasi Ayam BBQ ala Oriental
Makan nasi ayam dia je pun dah sedap, dan daging ayam dia lembut dan berjus. Mendapat thumbs up dari anak-anak aku. Kena la tu dengan selera diaorang.
Nasi Ayam
Nasi Kerabu Bersama Ulam Organik
Apa yang istimewanya, Chef BGR menggunakan Bunga Telang yang dipetik dari kebun BGR untuk menghasilkan warna biru pada nasi Kerabu. Bukan tu je, bahan-bahan dan ulam-ulaman organik yang dimakan bersama nasi kerabu dipetik sendiri oleh Chef khas untuk pengunjung yang gemarkan ulam-ulaman.
Sila cuba nasi kerabu bersama hidangan sampingan dia. Baru terasa kenikmatan dia. Antara menu yang akan aku repeat kalau berbuka dekat sini lagi.
Barisan Manisan dan Pencuci Mulut
Pelbagai jenis pencuci mulut yang enak disediakan kepada para pengunjung dan antara yang beratur panjang adalah Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat. Seleksi Kuih Muih Melayu: Kuih lapis, Aneka Talam, Kasui, Apam, Seri Muka, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Putri Ayu dan banyak lagi. Pelbagai jenis Cheese Cake, Swiss Roll, dan juga Mouse. Makanan manis sentiasa buat aku gembira.
Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap-sedap bakal disajikan kepada pengunjung sepanjang Buffet Ramadhan akan datang ni. Nak tahu apa yang ada lagi dan mungkin bakal jadi menu kegemaran korang pula, kena la datang ke Bangi Golf Resort jom Iftar sesama.
Makan Bersama Dan Berkongsi Pahala
Meneruskan tradisi makan sambil berkongsi pahala, BGR menyokong penuh dalam aktiviti kebajikan yang mana 1% daripada keuntungan sepanjang Ramadhan Al Mubarak akan disumbangkan kepada Persatuan Islamic Relief Malaysia.
Restoran BGR juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk selamatkan mana-mana makanan berlebihan daripada buffet Ramadhan dan sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Tambahan lagi, Restoran BGR bersama portal F8Buzz.com juga telah mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk pengunjung menderma tak kira makanan mahu pun pakaian. Kagum weh, Restoran pertama yang wujudkan Kotak Sumbangan macam ni.
Kenduri Durian Tajaan Durian Hill
Masa malam preview Iftar Sesama blogger dan media, kami telah dijamu dengan durian tajaan Durian hill. Makan sambil senyum lebar sebab anak beranak hantu durian. Memang terbaik la.
Website: https://www.durian-hill.com/Instagram: https://www.instagram.com/durianhill_official/
Terima kasih juga lah kepada penaja lain seperti Cotton Candy Nilai dan juga Photobooth Feteandfiesta yang sudi merakam kenangan manis aku kat sana. Nanti tengok gambar muka terkejut tu boleh la throwback saat manis makan sedap di Bangi Golf resort.
Instagram Feteand Fiesta: https://www.instagram.com/photobombkl/
Pertandingan siapa buka durian paling cepat
Sekali lagi aku tekankan yang seat berbuka dekat Bangi Golf Resort memang laris sepanjang tahun disebabkan seleksi makanan yang banyak dan sedap, serta kemudahan-kemudahan yang disediakan. Jangan tangguh lagi dan jom ajak keluarga dan teman untuk Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort (BGR) Menikmati Buffet Ramadhan Murah. Cepat sebelum terlambat. Boleh hubungi no dibawah untuk pertanyaan tempahan.
Untuk Tempahan dan sebarang pertanyaan:
Tempahan & Pertanyaan: 1 700 81 8557
Laman Web: https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/04/iftar-sesama-di-bangi-golf-resort-menikmati-buffet-serendah-rm59.html